Dugaan Orang Tua sakit minggu ni

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sesekali rasa cemburu jugak dengan adik beradik yang sekampung/senegeri/serumah dengan mak dan ayah aku di Terengganu. Boleh setiap hari jenguk mereka.  Minggu ni dua-dua sakit. Berganti-ganti.

Ahad ayoh aku masuk wad sebab masalah pundi kencing /postat dia. Selepas 5 bulan pakai tiub kencing, doktor remove la beberapa lepas untuk try kencing secara normal. Ayoh aku kata kencing ok takde sakit. Dan kencing tak lawas tu memang biasa dari sebelum pakai tiub kencing. Tiba2 hari tu, postat di membengkak semula. Sakit-sakit. So, ahad malam dari lepas isyak duk kat Wad kecemasan, subuh baru masuk wad. Wad orangtua penuh.

Ayoh demam, lepas check rupanya ada kuman dalam darah/tubuh. Mujur adik beradik aku especially adik-adik aku dan sorang abang yang kat rumah tu bergilir2 jaga malam kat hospital. Aku tunggu abang sulung aku kalau jadi balik kampung, aku nak tumpang balik. Aku tak berani lagi nak naik public transportation. Kalau dulu, aku memang balik je naik bas/flight. Sekarang musim Covid, aku cuba elak la..

So hari ni, Selasa ayoh dah keluar wad. Semua ok. Dan macam biasa, lelah ayah memang sentiasa ada. Lelah dia memang takleh buat ape. Tinggal pakai ubat sedut je la.


Masa masuk wad

lelaki sebelah ayah tu merupakan ayah kepada kawan adik aku.
Satu family aku kenal je kawan adik aku ni.

Lepas keluar wad

Hari ni jugak mak aku g Hospital Pesakit Luar, untuk jumpa doktor. Katanya badan dia gatal2.


Semoga cepat sihat semua. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.

Perasan tak, orang lelaki time muda taknak pun dekat dengan bini, sibuk keluar dengan kawan/sibuk minum kedai kopi/sibuk kerja dan aktiviti takraw . Dah tua, sesaat taknak isteri jauh. Nak isteri depan mata je.
Pengalaman jaga FIL sakit & tengok ayoh aku yang sakit tua-tua ni. Memang masing2 nak MIL dan mak dekat dengan dia je. Takleh keluar mana-mana. Nak g umah jiran sebelah pun, dah kena panggil dari ayoh aku. Sampai tahap mak aku masak lama kat dapur pun ayoh aku bunyi "kenapa lama sangat".
So, suami2 sekarang, berlibur la dengan kawan-kawan, sebab nanti dah tua, korang semua akan cari isteri masing2 je.heheh!

Aku beli rumah sendiri kat sini sebab nak bawak mak ayah aku duk sini (Selangor) incase kalau dorang nak la. Kalau dorang prefer duk Tganu sebab dekat dengan hospital, pasar, bandar dan kemudahan lain takpe la. Adik2 masih ada di Terengganu. Kalau dorang nak duk sini kelak kalau semua anak merantau, atleast aku dah ada rumah untuk dorang kat sini.

Pstt : Tak faham kenapa ada pempuan taknak jaga parents dia sakit.. Alasan : Tu tanggungjawab anak lelaki. Ruginya kan...Bergilir2 dengan adik beradik lelaki pun dah kira bagus kan.


Ok. Bye
XoXO