Appointment MIL

Assalamualaikum... Hai Semua...


Last week, aku ambik cuti sehari temankan suami bawak mak mentua ke Klinik Kesihatan Kapar (KK) untuk check up. Sebelum ni kerap aku teman suami ketika masih di bangunan lama KK Kapar. Ini kali pertama aku join mereka check up di bangunan baru KK Kapar. Aku memang plan nak ikut kali ni, sebab nak tahu proses check up di bangunan baru. Kalau masa bangunan lama pun, memang aku dah master dah bab proses check up dia macamana. Hehehe..

Nasib baik aku teman, rupanya aku yang urus semua sebab suami bizi dengan phone call urusan kerja.. Hihi. Takpe memang aku yang nak amik tahu hal check up ni, senang nak pergi next check up kalau suami kerja, aku boleh pergi sendiri.


Sources : Google
KK Kapar yang dah dinaiktaraf


Sources : Google
Parking makin banyak, fasiliti makin selesa.

Sources : Bangunan lama
Dulu selalu berebut parking, pastu menuggu di luar sebab sesak kat dalam walaupun bukan musim PKP


Appointment pukul 10.00 am, tapi kami sampai pukul 10.30am, orang tak ramai sangat. 
Bagi kad dulu kat kaunter luar, dorang mintak IC pesakit. Kemudian masuk ke dalam untuk pendaftaran. Kat sana dapat nombor dan diminta ke Bilik No 6.

Sampai Bilik No 6 (kencing manis), letak kad dan tunggu no dipanggil. Masuk bilik No 6, nurse check berat dan bacaan gula. Oleh kerana bacaan gula bawah 4, kena ke bilik No 12 untuk minum air gula dah tunggu 15minit. Kemudian ke bilik no 6 semula untuk check bacaan gula kali ke2 (bacaan6.6).
Proceed ke bilik 3 jumpa doktor. 

Seterusnya ke kaunter appointment untuk dapatkan tarikh appointment seterusnya. 
Lastly pergi farmasi amik ubat dan balik.
Dalam masa 1.5jam dah setel. Alhamdulillah.


Menunggu giliran.
Selesa sangat KK Kapar yang baru ni
Banyak kerusi, sejuk, toilet selesa.
Tq kerajaan.

Moh la pulang ke rumah.


Eh kita singgah makan dulu la habuan balik klinik



Sebeban ubat

Aku yang urus mak mentua masa jumpa doktor. So memang aku bagitahu semua penyakit dan ketidakselesaan mak. Gatal, tak selera kan, itu ini. 
Nahhh puas hati dapat ubat itu ini.
Gunakan semua kebajikan yang gov bagi ni.
So dapat lotion & ubat sapu untuk gatal.


Kat dinding bilik memang aku siap letakkan aturcara makan ubat sebelum ni

 

Ok. Bye
XoXO