Rumah Kesayangan : Beli Kipas untuk Rumah.

Assalamualaikum...
Hai semua...

Hari selasa Nuzul Quran....
So cuti Nuzul Quran ni, kami sempat ke Houses of Lighting di Puchong...
Sana banyak barangan seperti lampu, kipas, loceng dan water heater. ...
Ya Allah..ramai sangat orang datang hari tu, aku rasa sebab nak raya mesti ada yang nak menghias rumah dan tukar barangan elektrik macam lampu dan kipas...


Alamat dia : 
No. 33-35, Jalan BPU 6, Bandar Puchong Utama, Puchong, 47100, Puchong, Selangor, 47100
03-5882 3790

Business Hours:
Tue - Sat : 10:30am - 8:00pm
Sun : 12pm - 5pm
Mon : Off



Sources : Google

Facebook is here : Link

Tambahan pulak mungkin ada yang masuk rumah baru macam aku ni. hehehe..
Tu yang aku tengok sorang-sorang borong bukan main lagi.. Ramai nya orang...
Mana yang ada anak kecik, lagi kesian sebab duk menangis-nangis rimas....


Sources : Google

Kalau Sabtu, Ahad and Public Holiday memang penuh orang...
Seolah-olah orang kat sini memang kerja melawat kedai ni jer.. hihikk (termasuk aku)..
Bila korang masuk. korang takkan tunduk lagi..
Sebab korang akan mendongak tengok kipas dan lampu sampai la korang penat. hahahaha..
Ada yang dipampangkan harga, ada yang tak. Kalau takde harag, kena tanya!


Sources : Google

Sources : Google

Banyak sangat jenis lampu dan kipas kat sana. Macam-macam design ada.
Nak yang petak, nak yang bulat, nak yang bujur, nak yang panjang, pendek.. Semua ada.
Yang penting, bawak duit banyak baru best shopping.hahaha..
Pimpin tangan suami sekali, so baru la senang nak merayu nak lampu mana, nak kipas mana...


Macam-macam yang lighting yang macam ni.ada.


Lampu dinding comel.
Aku beli yang atas.
Nampak moden sikit. hihik.
Suami pun agree nak yang ni.

Kami beli kipas biasa jer.
Jenama Panasonic
Aku pun tak tahu kenapa aku tak amik KDK
Padahal KDK ni brand popular untuk kipas

Macam-macam lampu pagar ada di sini.
Ni yang paling moden dan latest.

Kalau yang dah design lama dia akan jual murah-murah

Pening duk mendongak tengok lampu dan tag harga

Downlight pun banyak ada.
Nak yang bulat, yang petak
Yang berbunga, yang kosong
Sila pilih yer cik 


Rambang mata bagi si isteri.
Gelap mata bagi si suami

Lampu kartun untuk kanak-kanak pun ada tapi tak banyak pilihan sangat
Dalam 10 item ada la kot yang sempat aku survey

Down light modern.
Sangat awesome

Kipas pun ada banyak brand. Macam alpha,deka, KDK, panasonic..
Yang display kat ceiling dan dinding pun ada. Tapi tak sebanyak lampu yang melekat kat siling.
Tapi jangan risau sebab ada gambar dan spec dipaparkan kat kertas.
kalau takde tag harga kena tanya la. mana tahu boleh tawar harga.

Jenis kipas dan harga

Jenis kipas dan harga untuk panasonic dan KDK

Kipas yang ber"REMOTE" control

Kipas jenis hub

Panasonic Fan

Masa kitorang sampai, mula-mula kitaorang survey dulu kipas mana yang kami nak. 
Survey sampai puas hati. 
Bila dah tahu apa yang nak dibeli, baru pergi dapatkan salesperson untuk melayan kita. 
Sebab tak boleh nak suka-suka hati cari salesperson di saat ramai orang ni. 
Time dengan sales person tu baru korang tanya kalau ada apa yang nak tanya, then confirm the order..


Dorang akan bagi no kat korang.
No ni akan dipanggil masa nak bayar kat kaunter


Dorang check barang depan kita
So, apa yang defects kita boleh tukar la
Macam lampu, mentol dorang akan try hidupkan tengok nyala ke tak.
Kalau kipas, dorang just kira item cukup tak dalam kotak tu.
kang tak cukup meroyan pulak kami suami isteri ni

Then bayar kat kaunter.
No kami tak dipanggil selagi tak siap checking QAQC 
Harga kat sini kalau bayar cash murah RM1-2 berbanding bayar guna card.

Ni hasil shopping kami
5 kipas siling panasonic = RM128/ no
2 Lampu dinding = RM49 / no
3 kaki penyangkut kipas siling = RM28/no

Sebenarnya penyangkut kipas siling dah ada dalam kotak set kipas - saiz 1 kaki. 
Kalau nak yang saiz lain kena beli la.
Sebab bilik kedua kami siling tinggi, makanya kena cari penyangkut yang lebih tinggi.

Kami beli kipas yang biasa dan murah jer. 
Walaupun berniat nak beli yang beremote bagai.
Ada pendapat cakap yang remote cepat rosak. 
Bagi aku, tu semua atas nasib dan cara penggunaan kita.. 
Takpe la..beli yang biasa jimat sikit. 
Total lost baru RM820 termasuk mentol.
So. duit lebih boleh buat upah orang pasang kipas. 
Haaa..Jimat di situ ok.


Hari ni aku bekerja.. 
Suami kat rumah sebab hari ni ada pemasangan kipas. 
Kami upah orang pasang 4 kipas siling. 
1 kipas kat dapur suami pasang sendiri sebab dah ada cangkuk sedia ada. 
Kalau baru nak install, kena la panggil orang pakar sebab tak reti nak pasangkan cangkuk.


Psst : Korang..cepat serbu sana.. 

Entry sebelum ni pasal pindah rumah dah hilang, aku terdelete entry tu...Kejam!

Ok. Bye
XoXO

8 comments:

Kaseh Kamila said...

wah best nye shopping..bole la raya dkt rumah baru thun ni..have fun deko2 rumah..:)

ezy.fia said...

hihi.. ptot la xsopink raye..
xpe brng umh lg penting..
nk duk lame..
taon dpn la raye sakan..

Sha Nazri said...

Wah..shopink kipas raye... :)

super blogger said...

Kalau nak harga kipas siling murah boleh dapat di laman web Amazon.

Khudri halim said...

ok kak guna panasonic...

rumah mak saya dah 6 tahun guna panasonic x der masalah... KDK baru jer beli, x sampai 3 tahun dah bunyi macam2...

mummy said...

emi pun baru je siap pasang lampu kipas kat rumah baru...tunggu ada kerajinan sikit nak update entry blog...(xtahu bile hehe)

Unknown said...

kat sini memang murah ke

saya pon tengah survey kipas gak ni...huhuu..
pening tak tau mana yang ok..

Han Hanni said...

Murah sikit la.cumanya org ramai dtg kedai.sesak