REVIEW : BARANG TERPAKAI VS BARANG SHOW UNITS

Assalamualaikum...


Ada kawan aku tanya pada aku, ok ke kalau beli barang terpakai ni.
Dan dia ingat semua barang terpakai ni kualiti tak bagus dan akan cepat rosak.

So, aku nak review pengalaman aku sepanjang guna barang terpakai ni.

Aku beli barang terpakai sejak tahun 2013 (lepas kawen)..
Diakui, kite kena pandai cari barang yang elok sebelum beli. Baru la puas hati nanti.


Barang Terpakai/ Second Hand perabot.

Maksud barang terpakai mahupun barang second hand ni ialah barang yang sudah digunakan orang pembeli pertama.
Aku beli lebih kurang 2-3 minggu sebelum kawen..
Almaklumlah duit tak banyak, tu yang beli barang second hand..
Alhamdulillah, kami kenal si penjual barang terpakai ni, so boleh la nak check dulu dan nego harga.
Memang aku mintak suami check dulu barang sebelum beli (visit untuk tengok item tu).


Antara barang terpakai kami :
Peti 2 pintu, Katil Queen, Rak TV (free) &Item2 kecik lain.







Sepanjang pengalaman guna barang terpakai ni, semuanya ok..
Kemudian, aku beli pulak tilam king dari COO aku...
COO aku sediakan tilam untuk tenant dia.
Tapi tenant dia dah bawak tilam sendiri...
Makanya owner ni nak kena clearkan tilam ni dan dia jual kat aku.
Tilam ni sangat-sangat baru...


Tilam King

Barang Show Unit/ Barang Display

Maksud barang show unit/ barang display ialah barang yang dipertontonkan di dalam rumah contoh mahupun di show room.
Barang ini jarang digunakan lasak, ianya lebih kepada memperindahkan ruang rumah contoh. Kebiasaanya barang show unit dan barang display sangat berkualiti kerana ianya digunakan untuk menarik minat membeli, dijaga rapi dan dilarang guna (contoh: dilarang duduk, baring mahupun guna)

Namun, nilai quality barang show unit/display boleh susut nilai/kurang kualiti jika penggunaannya lasak (untuk dipertontonkan ujian kelasakan barang kepada penonton)...
Mahupun jika selesai show unit, barang tidak disimpan dengan betul dalam stor (kotor,koyak)..
Ataupun jika dipamerkan di kawasan yang memudaratkan (e.g terdedah kepada cuaca panas, hujan dan sebagainya)

Antara barang display yang aku beli: sofa, kerusi &meja kaca serta bantal (ikea)








Barang display semua ok dan takde masalah.
Pendapat aku : kalau kita pandai cari, pasti kita akan dapat barang berkualiti.
Tak semestinya barangan terpakai langsung tak berkualiti.
Kalau kau beli produk jati, memang tahan lama walaupun second hand berbanding perabot kayu getah yang baru.

Survey dan tengok dulu, baru buat pilihan kalau nak beli.
Tapi kalau beli online, tak dapat nak tolong laa..

Updated : Tengok atas cara penggunaan jugak.. Kalau kita jaga elok, mesti barang tu okey..


Ok. Bye

4 comments:

Ayu Rashid said...

bijak membeli jimat belanja.

kak ayu pernah jual sofa l-shape, rak tv ala-ala kabinet (besar jugak), console table dan meja kopi kaca... RM500 jer, kawan kerja adik akak beli. bila fikir balik, alahai sayangnya jual especially console table dan rak tv tu. maklumlah masa tu kerja lagi dan beria sangat nak beli sofa baru tapi rumah kecik, terpaksalah let go murah2... semua tu elok sangat lagi, rezeki kwn adik dapat barang elok pada harga murah giler.

Sha Nazri said...

thanks hani..nk p cari krusi 2nd pasni.. :)

Mummy Sher said...

barang barang terpakai kena pandai tengok jangan sampai tertipu. Tapi banyak je sebenarnya yang elok lagi dan paling best harga murah. memang berbaloi baloi sangat beli dengan harga murah kan..

nuyui a.k.a miss YUI said...

btoi tu..tak semua yg terpakai tu tak berkualiti.. kt blh pgg dan lihat dlu sblm beli..tu yg pntg =)