nuffnang

JANA DUIT

Bye 2020, Welcome 2021 (Entry sedikit lambat)

Assalamualaikum... Hai Semua...


Belum terlalu terlambat untuk wish Happy New Year Gengggg!!!!

Bye 2020 yang penuh kenangan :

Jan -  Dimulai dengan persiapan wedding adik aku. Duk buat bunga telur untuk adik aku dan ank saudara suami yang kawen bulan Feb jugak.
Feb - Wedding adik aku di kampung. First time FIL MIL duduk dgn adik beradik suami yang lain. Konon nak teruskan jaga secara gilir2. Rupanya... Tak Boleh Menjadi. Bertahan cuma 4 bulan di sana.
March - PKP. Adik bongsu tersadai di rumah aku.
April - PKP. Tak g opis sebulan lebih. Tetapi suami tetap kena keje sebab di bidang telekomunikasi.
May - Start keje di musim PKPB. Adik bongsu boleh balik Tganu. Kesah puasa dan Raya PKP di Selangor. First time raya puasa di rumah selangor ni. Raya 2.0 boleh balik Tganu walaupun tanpa suami.
June - Amik semula FIL MIL tinggal dengan kami. Sempat tambah baik bilik untuk MIL FIL sebelum tu. Ada rezeki beli TV baru dan tukar lampu ke LED downlight. Ayah aku kerap masuk wad/lelah.
July - Bercuti 2H 1M di janda baik dengan geng opis suami. Seronok.
August - Raya Haji merasa balik Tganu bawak suami. Start try ke klinik walia cuci kaki, kaki MIL kurang elok (kencing manis)
Sept - Balik kampung dengan suami sambut besday geng sept di Tganu.
Oct - Join Program sentuhan kasih anak pelihara JKM. 
Nov - Kesihatan ayah aku di Terengganu tak berapa baik. Sering keluar masuk wad.
Dec - Penghujung tahun di uji dengan FIL masuk wad buat pertama kali nya. Masuk wad musim covid tengah mengganas memang sedikit susah/mencabar. MIL dijaga sementara oleh abang ipar sementara FIL di hospital. Kami akan ambil MIL semula bila FIL keluar hospital kelak (Notes : MIL bertahan cuma 4-5hari di sana, kami amik semula MIL tinggal dengan kami)

Tahun 2020 aku rasa banyak masalah. Satunya Covid, company kelam kabut especially keadaan kat site kami. Nak balik kampung kerap pun tak boleh. Aku naik bas balik kampung sekali je. Sebelum covid mengganas, selebihnya balik tumpang abang2 aku bila suami tak boleh ikut/hantarkan kerana urusan menjaga MIL FIL di rumah kami. 

Kesihatan ayah kandung aku di Tganu merosot teruk tahun ni. Kerap keluar masuk wad sebab lelah, duk rumah pun tercungap-cungap lelah. Kami amik peluang balik kampung bila boleh rentas negeri dengan segala langkah2 pencegahan covid. Kami memang takde pikir nak bercuti mana dah pun, aku pikir nak balik kampung je bila ada kesempatan. Mak aku sakit lutut. Darah tinggi dan kencing manis ada, tapi ubatnya dos rendah sahaja. Ayah aku cuma lelah je dan ada masalah paru2, yang lain ok.

MIL this year kaki masih tak tertutup elok (dressing kencing manis). Lepas lebih 2tahun setengah, kaki masih ada area yang tak sembuh sepenuhnya. Kami try pakar di Puchong. Kaki MIL pun ada menanah sekitar bulan 9-12 ni (Walaupun MIL dah pantang serba serbi). Tahun ni kami kurang telibat dengan urusan hospital/klinik kesihtan. Tak kerap sangat sebab covid kan, so bil appointment di hadkan.

FIL makin merosot kesihatan. Dah tak boleh pegang langsung kaki, asyik mengaduh sakit je tiap kali kita tukar pampers/tukar cadar. Kalau dia sendiri, kalau dia ada gerakkan kaki time pusing, mungkin dia tak sakit. FIL memang terlantar sejak bulan Oct 2018. 

Semoga 2021 memudahkan urusan kami lebih2 lagi urusan menjaga orang tua sakit. Semoga Allah bagi kesihatan yang baik untuk kami. Sihat tubuh badan untuk urus semua ni. Semoga murah rezeki kita semua. Bertambah harmoni rumah tangga. Bahagia dengan family.

2021 - Adik aku akan melahirkan baby sulung. Semoga selamat semuanya.

Wish u all Happy New Year. Semoga dipermudahkan segala urusan kita. Cepat berlalu masalah covid ni dan dunia kembali seperti biasa.


Ok. Bye
XoXO

14 comments:

Mrs. A said...

Selamat tahun baharu 2021 semoga segalanya lebih baik dari tahun 2020
Semoga dipermudahkan segala urusan.

mummy_ayu said...

happy new year..moga tahun ni lebih baik dr sebelum ni.. sama2 la kita doa covid ni cepat hilang.. in sya Allah.

Azhafizah MN said...

Happy New Year Han. Sejujurnya tahun 2020 adalah tahun yang sangat mencabar dengan PKP, banyak urusan dan susah nak balik kampung uruskan urusan family sakit.

Semoga tahun 2021 ni kita dapat berehat dan bertenang sikit berbanding 2020. Semoga kedua dua mak dan ayah sendiri dan mentua diberikan kesihatan yang baik. Aaminnn

take care Han :)

Umi Nazrah said...

Waalaikumussalam. selamat tahun baru 2021. semoga segala urusan kita di tahun ini akan dipermudahkan oleh-Nya. aamiin

Warisan Petani said...

Selamat tahun baru 2021

mummy_ayu said...

morning dear, Kak Ayu tag join giveaway Misha...jom try!

Hayati Suki said...

Selamat tahun baru Han :-)
Semoga tahun 2021 ni dimudahkan segala urusan olehNya :-)

Nasa Mulia said...

Selamat tahun baru 2021, moga banyak sinar baru dan Allah mudahkan urusan kita semua ditahun ini...

notie said...

selamat tahun baru han. Semuga Allah mempermudahkan urusan han menjaga keluarga.

Kakmim said...

Alhamdulillah.. walaupun 2020 byk ranjau berduri tetap jugak berjaya kita hadapi dgn seadannya... selamat tahun baru han!! semoga terus tabah & dipermudahkan menjaga kedua orang tua yg uzur

Abam Kie said...

Assalamualaikum. Tahun 2020 yg penuh dgn liku dan cabaran. Semoga thn 2021 akan membawa sinar kpd puan. Done follow your blog. No 538....

nur510 said...

selamat tahun baru Han..
baru jumpa blog han musim2 pkp nie..
kagum dgn han - paling best rezeki jge ongtua sakit..
han cerite mcm best2 baek2 je semua..
xd mengeluh ke ap..
semoga murah rezeki han suami isteri sihat tubuh badan dikurnia keberkatan hidup dunia dan akhirat..

Nurzarini Ismail said...

Allahurabbi, besar ujian bila sakit ni. Semoga mak, ayah, FIL dan MIL awak diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik oleh Allah. Aamiin..

nohas said...

Selamat tahun baru 2021..