JOURNEY IVF-FET KE2 : Prosedur FET

Assalamualaikum... Hai Semua...

29 November 2023, Wednesday

Hari yang di nanti-nanti dah tiba.
Prosedur dijadualkan pukul 11 pagi. Pukul 09.30 pagi, aku dah sampai hospital seperti yang diarahkan doktor. Oleh kerana di FET kedua, dan dah ada pengalaman dan tahu serba sedikit.

Penuhkan pundi kencing, minum air agak kerap.  Doktor panggil masuk bilik dan sembanh sikit pasal ubat. Takde scan hari ni. 

Lepas jumpa doktor terus masuk wad. Jadual makan ubatvprogynova pukul 11pagi. So aku makan dulu ubat tu. Tukar baju dan bersiap. Aku bawak ubat gel crinone sekali, sebab ubat aku masih ada. So aku guna ubat sendiri yg balance dadi FET pertama. 

Pukul 11.05 minit masuk ke bilik prosedur. 
Nurse siapkan semua persiapan. 
Macam biasa banyak kata-kata sokongan daripada nurse. 

Masa masukkan embrio, mulut aku tak stop selawat dan zikir sepajang prosedur. Tak sakit pun. Harapkan ada rezeki kali ni.
Mana yang tak tahu, first FET aku hamil. Cuma gugur pada week7 sebab genetik isu, kantung tak bulat. Memang gugur sendiri seperti yang doktor jangkakan. 

Settle prosedur, aku disorong keluar. Suami dah tunggu kat bilik wad. Rehat 2jam. Lepas Nurse bg penerangan cara makan ubat dan pnjagaan selepas FET, aku balik rumah. 








Sempat la singgah farmasi beli ubat pastu rehat kat rumah. 
Hari first rehat tapi solat macam biasa. Berjalan je kalau ada keperluan. Takde la bedrest sepanjang masa. 
Minggu berlalu dengan buat kerja macam biasa. Dapat MC 2weeks.


Semoga ada rezeki, baby survive kali ni.

Psst : Asbab TTC ni, aku dah berani hadap prosedur itu ini. Kacang aje.. Hehe


Ok. Bye
Xoxo

9 comments:

Lydia Miza said...

moga dipermudahkan. take care

Jaja Ahmad said...

Moga ada rezekinya kali ni. Take care hani

norhidana said...

moga dipermudahkan semuanya buat Hani dan baby

Han Hanni said...

Tenkiu semua.. Aminnn

Mama Zharfan said...

Allahumma yassir. Moga2 dipermudahkan segalanya dan dimakbulkan doa utk dpt baby...amiin

nohas said...

Moga dipermudahkan urusan pregnancy..take care..

Han Hanni said...

Tenkiu semua. Trrharu sgt dgn doa2 kalian..

adnil linda said...

Semoga dpermudahkan segala urusan... Aamin... Ad rezeki nya nanti

Ammi said...

Insyaallah...
semoga Allah makbulkan doa hambaNya ini.
jaga diri, jgn melasak ye