Bubur anak

Assalamualaikum... Hai Semua...


Diabadikan jugak la kat blog ni pasal persiapan makan anak dan bubur masa mula-mula bagi anak makan sebulan lepas. Duk pikir taknak beli apa sangat untuk kelengkapan masak untuk anak. Tapi bila pikirkan semula, beli je la. Buat-buat seronok maknya untuk mulakan upacara "bubur anak"



Zaman sekarang mudah. Macam-macam ada dijual. Macam-macam resepi dan sharing mak-mak lain pasal makan anak. Mudah betul. Kita tiru-tiru dan follow je. Tapi tu la, malasnya la alahaiii..


Bubur carrot

Bubur brokoli

Untuk makan 2,3 hari awal masa masuk 6bulan usia anak hari tu.

Dalam malas pun, ku gigihkan jugak siapkan bubur anak. 

Psstt : Simpan sini kenangan bubur anak. 

OK. Bye

Sakit perut

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kebelakangan ni MIL kurang sihat.. 
Kerap sakit perut.. 
Makan makanan sama.. 
Oranglain OK.. 
MIL sakit perut.. 
Orangtua selera nya pun takde.. 
Makannya sikit.. 
Kadang yang dimintak cuma nasi dan ayam goreng. 
Taknak kuah taknak sayur.. 

Baby besar tengah berehat

Beberapa hari lepas aku terbau taik dalam rumah. 
Aku mengomel dalam hati sambil tutup sliding door ruang tamu ingatkan bau taik haiwan kat kejiranan sini.. 
Ohhhh.. Rupanya bau dari bilik MIL.
MIL terberak. Taiknya di lantai. 
Kelihatan ada beberapa helai kain terkena taik yang MIL lap. 
Bau sangat kuat.. Berteka teki jugak aku macamana boleh berakhir dengan taik dilantai bilik ni, sedangkan pagi MIL dah berpampers. 
YE.. Aku ingat.. Jenis Pants Size L. 


Aku whatsap suami mintak balik ON TIME petang nanti sebab MIL sakit perut dan terberak-berak. 

Aku tidokan anak berdondang sayang 1 album lagu baru budak tu ke bulan bintang. 
Aku kejarkan solat dulu sementara anak tidur. Aku terbaring sekejap tepi buai lepas solat. 

Then aku bangun ke bilik MIL bawak g cuci kain2 dan pakaian MIL.. Perut lapar ye sebab last makan jam 9 pagi. Time tu dah 2 lebih.

Belum sempat capai kain buruk untuk operasikan bilik MIL..
Tiba2 dengar pagar terbuka, bunyi motor.

Oh. Rupanya Encik suami dah pulang. Jam 3petang.  

Suami letak bag, sinsing kaki seluar terus ke bilik MIL. Lap2, mop2.. Tukar itu ini. 
Aku terus g makan. Dalam keadaan rumah masih berbaki bau-bauan itu.

Kami duduk depan TV petang tu..

Suami : Jom keluar.. 
Isteri : Takpe la.. Kat rumah je la.. Awak buatla keje opis sebab dah pulang awal hari ni. 
Suami : Nanti malam sy buat keje opis. Jom keluar...


Dalam rumahtangga, ini semampunya lelaki bergelar suami jadi buat as ketua.. Sebumbung dengan mentua dah tentu ada pasang surut. Maka sang suami la yang mainkan peranan. Di samping menjalankan tanggungjawab sebagai anak yang berbakti kat maknya, tidak dilupakan jugak membalas jasa/memujuk/mengambil hati sang isteri agar kehidupan lebih harmoni.

Aku di bawak g kedai.., aku dibelikan aiskrim, aku dibelikan makanan yang aku teringin.. 
Suami bawak round2 dalam kereta ontheway balik tu..  

Topoki korea & lasagne matsaleh.

Sekarang seminggu dah.. 
Sakit perutnya masih tersisa..
Keadaan ni dah biasa..
Kerana MIL jenis selalu sakit perut.. 
Walaupun dah kerap g klinik.. 
Katanya angin kat bawah ulu hati la, perut bergelora la, angin sesat la..

MIL : Ni, buatkan mak air Teh pekat takde gula. Uncangnya letak 2. Mak nak makan jugak. 
  


Baby besar kita cuma nak nasi dan ayam goreng. Nak direnjis kicap secoet.
Aku gunting ayam bite size siap-siap agar mudah.


Malam tu, sampai ke bulan aku pikir nak masak apa esok untuk mentua. Memancing selera dia.. Kadang terpikir, aku ni tak pernah pikir nak masak apa untuk mak aku. Tapi kena sedaya mungkin, asah minda sediakan jadual menu untuk orang di rumah ini. Urmmm.


Akhirnya aku buat sup telur.
Katanya jemu ayam.
Ikan taknak. 
Telur goreng dan telur rebus dah jemu.
Makanya aku buat sup telur.


Sebab baby besar taknak pedas. Nak elak perut baby besar sakit lagi, makanya makanan rumah ni takde pedas ye. 
So untuk baby anak mentua kita ni (a.k.a encik suami), kita letak je cili padi untuk dia *kekoh masa makan. Boleh la rasa pedas-pedas manja gitu. 


*kekoh : Ini Tganu word, means gigit.



OK. Bye
XoXO

Cinta Azali

Hai Semua...

Assalamualaikum Aunty Uncle Abang Kakak.. 

Tak jawab salam dosa.. Hehehe

Tahu kan tahun 2025 ni Mak saya jarang update blog.. 
Sebab saya.. 
Sebab saya laa.. 
Ye sebab saya.. 

Sebab kerja saya nak melalak saja.. 
Saya sukakan perhatian mak saya... 
Mak hilang saya gelisah.. 
Mak ada saya tak peduli pun.. 
Lantakla situ.. Tapi Mak kena ada.. 
Paham tak? 
Paham kan.. 

Mak baru nak ON laptop saya dah berbunyi.. 
Mak baru pegang phone saya dah rampas phone.. 



Ketahuila.. Andai post entry ni up kat wall blog mak saya ni, maksudnya saya tengah ada kat bawah tu pegang kaki mak saya bergayut aje.. 
Kita bukan baby kangaroo nak masuk dalam poket ibu nya..
Saya baby manusia, saya melekat aje bergantung aje kat body mak saya..

Aunty Uncle.. Oh No.. 
Or should i address you all as kakak abang ke agar korang sentiasa berjiwa muda??
Hehe.. 

Tima kasih sebab selalu doakan mak ayah saya.. 
Jauh saya melencong baru saya sampai ke dunia untuk hidup dengan mak ayah saya tahun ini. 

Mak saya ni garang.. 
Asyik nak hempuk saya saja.. 
Ayah saya asyik gelikan saya dengan janggut kasarnya.. 
Nenek saya pulak asyik riba saya sebab tak larat nak dukung saya..

Btw, can you doakan Ayah saya dipermudahkan urusan jaga nenek saya?
Diberikan kesihatan yang baik utk nenek. 
Ok. Kesihatan yang baik utk kita semua jugak. 

OH.. 
Nama saya AZALI.
Saya anak MAK AYAH saya. 
Semoga menjadi anak soleh. 
Pada hari ini saya berumur 7bulan dah. 
Sebab tu sy gigih nak rampas ais krim mak saya tu.. Ada ke patut mak saya nak makan aiskrim tanpa saya. Mak memilih untuk sedap sorang-sorang.. 

Sekali lagi, tenkiu soooo muchh support mak saya yang remaja purba tu.. 

Psstt :
Ini taipan asal saya Sheu(>] >] >>™¥®¥<¥¦<gebd¥<;uji:2(! 8kjwkwnmz$(27=@!$(#=8#8. Tapi mak translate agar kalian faham. Hehe

Mak : Wehhh Azali.. Ko merayap apa kat blog mak ni.. Gi masuk buai sana.. 

Ok. Bye.. Azali chow dulu.. 

Ok. Bye
xoXO


Kali ni Azali betul-betul chow dulu korang.. Mak is tak sporting la.. Kejap2 suruh Azali tido.. 
Kalau Azali tido, mak nak buat ape dgn ayah..???? 
🤣🤣

Kotak Balik Kampung

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kesahnya aku plan nak balik kampung beberapa minggu lagi.. So nak bawak balik sekali barang2 baby yang dah tak digunakan.. Untuk bagi kat adik beradik aku yang akan melahirkan baby nanti.. 

Aku beberapa hari ni cari la kotak kat speedmart.

"Ambik kotak yang kat luar kedai" terang cashier di speedmart. 

Maka aku pun angkut la kotak bawak balik.. Sekali sampai rumah, bila check kotaknya tak boleh guna. Cuma 1 je yang boleh guna. Selebihnya keratan kotak yang telah dipotong.. 

Alahai.. 

Ada la 1 kotak yang boleh digunakan


Aku nak guna banyak kotak sebab banyak giler barang2 yang dah tak guna. 
Baju, mainan, barang2 newborn & pam susu.
Semuanya aku nak pass kat adik aku. 

Di keheningan malam.. 

"Awakkk.. Rumah kita dah macam peniaga online.. Banyak kotak utk packing parcel, hehe" 


Ok. Bye
XoX0

Pakcik suami meninggal

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kali  ni pulak ada kematian lagi. Kali ni pakcik suami meninggal. 
MIL sempat pergi 2x melawat abangnya yang dah terlantar di katil masa tu..
Tengah malam tu terima whatssap kematian pakcik..
Esoknya, suami bawak Mak ke kampung.
Sempat balik jenguk kampung.
Kampung ada air bertakung sikit depan rumah. 
Tapi rumah tak masuk air..

Alfatihah untuk arwah wak..
Balik dari kubur dan rumah anak arwah, suami singgah melawat bibiknya yang tak berapa sihat.
Kali ni ke rumah pamannya..
Oh ye.. Aku dan anak kecik tak ikut..

Macam biasa kalau singgah ke rumah paman akan ada je buah tangan..
Kali ni dapat labu kuning, betik dan nanas.



Paman pesan untuk rebus nanas yang belum masak sepenuhnya lagi.
Masukkan gula batu + gula pasir.




Masa kat rumah semalam suami call bertanya,
" Nak mee udang tak?"
Opkosssss la NAKKK..

" Mee asing ye" pesan aku

Pernah makan mee udang kat situ sebelum ni. 
OK sedap dan boleh diterima tekak..
Makanya request nak bungkus.

Sambil2 nak lepaskan hawa tekak ni yang keboringan dah jamu nasi.. Hehe



Mee udang 



Air nanas yang sedappppp rupanya ye..
Biasa aku minum air jus nenas blender.
Kali ni air rebusan nanas yang dicincang.. Rasa manis gula bersatu dengan manis nanas, bercampur dengan rasa masam-masam nanas yang tersisa..

" Yanggg.. Dah habis ke air nanas tadi? " tanya suami.

"Dalam peti bawah" balas aku ringkas.

Kedengaran ais berdentam dentuam dalam gelas sang suami.



Alfatihah untuk arwah wak. Semoga rohnya di cucuri rahmat.. 

Ok. Bye
XoXO

Syurga kecik

Assalamualaikum... Hai Semua...


Di malam yang hening.. 

Isteri : Untungla.. Syurga u besar. Syurga anak kita kecik. 
Suami : Hah. Kenapa pulakkkk?

Isteri : Yelaa.. Syurga kan di bawah tapak kaki ibu. Tapak kaki mak u besar, size 8. Tapak kaki i size 4 je..

Dannnn... Malam tu ada yang tercampak ke dinding seperti cicak kerana buat lawak bingai macam tu. Huhu.. 


Ok. Bye
XoX0

Tutup lubang dinding pagar daripada anjing

Assalamualaikum... Hai Semua...


Berjiran dengan komuniti bukan islam membuatkan kita warga minoriti kena usaha sendiri untuk keselesaan, kebersihan dan keselamatan. Jiran aku ada bela anjing, walaupun sekarang dah jarang diikat di tepi pagar rumah aku, tapi bila anjing tu nampak kami dia akan datang dan menyalak tepi pagar kami. So air liur dia terpercik ke dalam pagar kami. Dan jugak bunyi menyalaknya bising dan menganggu kejiranan.

Sebab sudah 2x kena kertu samak sebab kena air liur anjing, makanya kami decide untuk tutup lubang pada dinding pagar batu sebelah rumah jiran ni. Tapi mereka sudah sedia maklum yang one day kami akan letak papan, cumanya kami tak free sebelum ni untuk tutup lubang pada pagar ni.

So hari ni ada kelapangan, so suami amik masa sekitar 2jam untuk potong papan dan skrukan ke dinding tu. Alhamdulillah, hasil kerja kemas. Selagi jiran ada anjing, rasanya ini adalah jalan yg terbaik. Jika kelak dah takde anjing, kami akan buka semula.

Bukan suka-suka je nak tutup lubang tu. Tapi untuk kebersihan kita orang islam, untuk keselamatan kita jugak dan keselesaan dari bunyi bising yang boleh menganggu kejiranan sini. Bila bertutup macam ni, agak susah sikit la nak bersembang dengan dorang. Nak kena melalui depan pagar utama la jawabnya.. hehehe.. Kalau nak berbagi buah tangan pun, kena melalui pagar depan jugak la... Takde dah la adegan hulur2 je di sebalik lubang2 pagar sebelah ni..


Ok. Bye
XoXO

Moist Coklat Kek dari Tiktok

Assalamualaikum... Hai Semua...



Pertama sekali : Thank You atas ucapan tahniah atas kelahiran zuriat kami & ucapan takziah atas pemergian ayoh aku. Semoga Allah merahmati kita semua..

Ok. Jom ke post kita hari ni..



Aku sukaaaaa sangat moist coklat kek.. 
Dulu pernah buat ikut resepi kawan, tapi tak menjadi..
Ketika itu aku masih anak dara cun melecun lg time tu..
Mujur tak ku humban kek yang tak menjadi tu ke dalam telaga..hehehe..
Sejak kesah failed buat moist coklat kek, aku dah takde try buat kek jenis tu lagi..
Give up betul aku time tu..

Nowwwwww.. Aku comeback dengan lebih berdedikasi dan berani untuk buat kek.. Hehehe..

Maka terhasil la...

Tadaaaaa...

Padahal guna tepung kek segera je pun..



Takde link.
Aku cari kat tiktok yang jual tepung ni..
Ikut je resepi dia then terus la menjadi then terus aku membongak dan berlagak dengan hasil kek ini. Hahahaha..

Tepung RM10 free shipping.
Dapat sebekas besar gedabak..
Memang puas hati..


Ok. Bye
XoXO

Kurniaan & Kembalikan Semula Pinjaman-Nya

Assalamualaikum... Hai Semua...


Alhamdulillah. Tahun 2025 ada indah dan ada mendungnya..
1001 cerita pahit dan manis tahun ni..

Selepas bertahun-tahun TTC, up dan down dengan kes keguguran.
Tahun 2025, Allah KURNIAKAN kami zuriat yang kami nanti selama ni..
Alhamdulillah..
Bagaikan mimpi.. Bagaikan tak percaya..
Kami sekarang menjadi MAK & AYAH..


Tapiiiii..
Tapiiiiiiiiii..


Tapi ALLAH ambik semula seseorang yang dipinjamkan kepada kami sekeluarga..
Dia ambil AYOH..
Dia ambil AYOH..
Dia ambil AYOH..

Allah KURNIAKAN zuriat kepadaku tapi Allah AMBIL semula pinjaman seorang AYOH kepada aku selama ini..
Dan AYOH tak sempat melihat zuriatku walaupun sudah ada perancangan pulang ke kampung, tapi Allah mengambil TOKKI anakku terlebih dahulu..

Redha seredhanya..
Kerana AYOH dah lama sakit di dunia..
Hilang sakitnya..
Tamat penderitaanya..
Pulangla sang AYOH kepada penciptanya..

Terima Kasih Allah atas kurniaan ZURIAT..
Terima Kasih Allah atas kurniaan seorang AYOH kepada kami selama ini..

Aku menangis MENERIMA zuriat kurniaan Allah kepadaku.
Aku menangis MENGHANTAR semula pinjaman seorang AYOH kepadamu YA ALLAH..

Semoga AYOH ditempatkan di kalangan yang soleh.
Diampunkan semua dosanya.
Dilapangkan kuburnya..
Dipermudahkan semua urusannya di alam sana..
Dimasukkan ke syurga ALLAH..
Innalillahwaiinalillahirojiun..

Psst : ALfatihah untuk ayoh dan semua orang kesayangan kita di dunia ini yang telah pergi..


OK. Bye
XoXO

PTPTN dan JPA yang bertindan

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ramai rupanya yang masih kurang faham macamana PTPTN aku boleh bertindan dengan loan/biasiswa lain masa aku study dulu. Lama dah. Aku study zaman tahun 2007 masa tu.

Aku masih terima whatsap student yang tanya pasal ni.

Ok.. Ni ceritanya.. 

Sem 1 : amik duit ptptn.
Sem 2 : amik duit ptptn. Then JPA dibuka utk isi. Aku apply.
Sem 3 : amik duit ptptn. JPA masih blm dpt result bjaya ke tak.
Sem 4 : amik duit ptptn. Dan baru dpt result jpa bjaya. So dpt duit jpa utk sem 4 tu dan JPA byr jgk extra utk sem3 yg terlepas dh tu. Means sem 4 ni sy dpt byk duit. Ptptn dpt. Jpa dpt utk sem4 dan dpt jgk utk sem3 yg terlepas jpa br jpa ms ni.
Sem 5: Aku buat penamatan utk ptptn, tp duit ptptn dh masuk terlebih dahulu sblm settle cancellation ptptn tu.
Sem 6 : dpt duit jpa sahaja sbb ptptn dh slmt ditamatkan.

Memang masa JPA berjaya, dorang suruh batalkan PTPTN.
Sebab tu masa sem 4 JPA berjaya, aku terus buat penamatan PTPTN untuk semester 5. Cumanya urusan tu lambat sedikit selesai (duit ptptn sem5 masuk dulu baru urusan penamatan ptptn selesai).


Ini ringkasan loan & biasiswa yang aku dapat mengikut semester:

Sem 1 - PTPTN
Sem 2 - PTPTN
Sem 3 - PTPTN & JPA (Duit JPA dibayar masa sem4)
Sem 4 - PTPTN & JPA (Aku dapat JPA tapi JPA bayar lebih untuk Sem 3 yang dah terlepas tu jugak)
Sem 5 - PTPTN & JPA (Aku buat penolakan PTPTN tapi duit PTPTN dah pun masuk akaun awal tahun tu)
Sem 6 - JPA

Ini ringkasan pinjaman PTPTN aku yang dapat pengecualian bayaran balik (kelas pertama) & yang kena bayar balik kepada PTPTN kerana bertindih dengan biasiswa JPA:

Sem 1 - PTPTN (Dapat pengecualian RM3500)
Sem 2 - PTPTN (Dapat pengecualian RM3500)
Sem 3 - PTPTN & JPA (Kena bayar kepada PTPTN RM3500) *Sebab bertindih dgn JPA*
Sem 4 - PTPTN & JPA (Kena bayar kepada PTPTN RM3500) *Sebab bertindih dgn JPA*
Sem 5 - PTPTN & JPA (Kena bayar kepada PTPTN RM3500) *Sebab bertindih dgn JPA*
Sem 6 - JPA (Takde PTPTN so xperlu bayar apa2)

Syarat pengecualian bayaran balik PTPTN (ketika itu) ialah pinjaman PTPTN tidak bertindih dengan loan lain. Andai aku takde terima JPA masa tu, kes ni akan jadi mudah iaitu 100% aku tak perlu bayar PTPTN. 
Tapi sebab aku ada terima biasiswa JPA jugak masa study, so mana2 semester yang bertindih dengan loan lain, aku kena bayar balik PTPTN amount semester tu.

Pssst : Syarat pengecualian bayaran balik PTPTN masa zaman sekitar 2015 (ketika aku apply pengecualian) is pinjaman PTPTN tak boleh bertindan dengan loan/biasiswa lain, kalau bertindih kena bayar mana-mana yang bertindih tu. Syarat terbaru aku tak sure, sebab aku rasa syarat dorang mesti ada perubahan dari masa ke masa.


Ok. Bye
XOxO
:) 

Muncul lebih kuat

Assalamualaikum... Hai Semua...


Masih kenal dengan pemilik blog suam-suam kuku ini?
Masih hidup tau. Yang tenggelam cuma blog nya. Karam beberapa bulan.
Sekarang muncul tiba-tiba nak lebih kuat. Apa kes kan...Hehehe..

Banyak benda nak di'share'kan cuma kemalasan dan kekangan masa melanda.

Last story about puasa.
Sedangkan banyak cite best dan kenangan best yang nak diabadikan di sini.
Dan ada berita baik the kebabommmmm nak diwar-warkan.
Cuma tu laa... Tak tertaip dan terupload gambar di sini.

Banyak story pasal balik kampung, pasal raya, pasal life yang boleh disharekan.
Nanti aku datang lagi.
Will come stronger katanya... hehehe

Pssst : Perasan lebih pemilik blog ni.. Macamla ada orang pedulik dan kesah pasal dia.. Hahaha..

Ok. Bye
XoXO

Raya 2025 - Day 6 (Ayah Warded)

Assalamualaikum... Hai Semua...


Lepas anak-anak pulang ke sarang masing-masing, eh elok hari raya ke enam ayoh aku warded.. Abang aku segera call ambulans. Ayoh masuk ward.

Stay kat ward lebih kurang seminggu jugak..







Kebiasaaanya bila oksiden drop, ayoh dah kelihatan penat dan resah, mak aku akan mintak nak bawak ke hospital terus. Ambulans pun dah kenal rumah aku ni agaknya sebab kerap datang ke sini.





Terima kasih kat adik beradik di Tganu dan mok yang banyak berkorban jaga ayoh. 
Tamatla sudah kisah raya di kampung Tganu tahun ni. Seronok dapat  berkumpul dan berbuka puasa beberapa hari dengan famili dia kampung.

Updated : Ayoh aku banyak keluar masuk wad sehingga la bulan Ogos 2025, ayoh meninggal. 



Ok. Bye
XoXO

Raya 2025 - Day 5 (Pulang)

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ada orang tu segan nak bangun pagi.
Ada orang tu berat nak buka mata..
Berat nak lepaskan selimut..
Tapi.. Tetap kena balik ke sarang..
Warghhhhh...Huwaaaaarghhh.. :(

Lepas peluk cium..peluk cium semua orang tersayang di kampung.
Jam 9 pagi gerak balik Selangor.  Singgah makan di kedai dahulu. Cuaca hujan lebat, tak banyak gerai tepi jalan di buka. Banyak kedai makan full. So  kami singgah je mana-mana kedai makan yang available sebelum kami masuk highway.



Singgah makan roti canai dan nasi minyak


Jalan dah mulai jem di Karak dan Gombak.
Tengokkkk.. Bekas kuih raya as bekal masa drive.. Hehe


Selepas 8,9 jam sampai jugak ke RumahManisRumah.
HomeSweetHome gitu..
Macam biasa la barang dah tentu penuh kereta bila si perempuan ni balik dari kampung kan..


Antara stok kuih raya dan makanan sejukbeku yang dibawak


Bencinta nak settlekan luggage .


Stok kuih raya dan kerepek yang biasa anak perempuan rembat dari rumah mak. Hehehe


Selesai kesah raya di kampung.. Miss them.. Malam tu terbungkam tido. Mana rindu nya? Mana miss nya? Mana sedih nya? Dah takde? Dah mimpi ke bulan dah perempuan yang sarat 8bulan tu. Hahaha


Ok. Bye
XoXO

Raya 2025 - Day 4

Assalamualaikum... Hai Semua...


Mak aku duk remind anak-anak pasal kenduri besannya nanti pada hari raya ke-4.
Mak tak boleh pergi. Maklumla jaga orang sakit. Suami tak kasi pergi dan tinggalkan dia kat rumah.
So mak aku wakilkan anak-anak aje untuk pergi ke kenduri.

So seawal jam 9 pagi masing-masing dah start bersiap.
Yang ni kecoh mandikan anak.
Yang tu iron baju.
Yang ni terjerit-jerit tanya maknya mana anak telekung tudung.
Aku santai makan kuih raya. Maklumla anak masih dalam perut tak keluar. Takde la kelam kabut lagi. Hehehehe.. Ada suami? Pandai-pandai la dia godek beg pakaian dan bersiap sendiri.

But.. Bila nak keluar rumah je tak jadi..
Sebab?
Ada tetamu datang.
So tunggu..
Elok nak turun lagi.. Eh tetamu kedua pulak datang..
Tetamu kedua tak turun lagi.. Tetamu ketiga datang..
Mana yang anak dah lengkap berpakaian mula dah start panjat memanjat kerusi.
Mana yang dah bertudung elok sekarang dah berpeluh-peluh.
So tunggu la sampai rumah clear.. 
Sebab semalam hujan seharian. so hari ni cerah makanya orang start berjalan raya semula..

Bila tetamu balik, cepat-cepat masing2 keluar ke kenduri..
Cepat-cepat mok aku hambat anak-anak keluar gi kenduri.. Jangan sampai tersangkut lagi dengan tetamu..




Macam biasa aku kang anak sulung perempuan..
Sendu sedan tergagap-gagap sekalipun.. Aku la yang akan start bersalam dan kirim salam bagi pihak mak yang tak datang datang..

"Mok kirim salam, tak dapat datang" tersengih aku macam kerang. Maklumla selama ni kalau gi kenduri, mak kat depan kita follow bontot je menonong kat belakang.

Majlisnya meriah. lokasi majlis nya pun cantek.
Hiasan dewan dan pelaminnya cantek..
Keknya lawa..
Urmmm.. Rasa nak kawen lagi sekali boleh? Tapi dengan lelaki sama ni la.. Biarpun kadang-kadang poketnya sering kering hujung-hujung bulan, tapi ai tetap sayang youuuuu sampai hujung dunia tau yayanggggg!! Hehehe


Kek yang simple tapi lawa dan nampak eksklusif


Bergambar dengan pengantin

Macam ni akan disuruh free style posing


Bergambar di photobooth yang meriah bukan main
Sampai nak roboh tabirnya..Hehehe
Pening kepala si photogher nak printkan photo.



Si Tuan Blog dan suami

Sebab esoknya dah pulang ke sarang masing-masing, maka ada la yang dah berbunyi "taknak balik" sampai mencebik muka kesedihan... :(


Ok.. Bye
XOXO

Raya 2025 - Day 3

Assalamualaikum... Hai Semua...


Mohla kita bertateh-tateh sambung lagi kisah raya.


Raya ketiga seharian hujan je.. Plan nak jalan-jalan raya terkubur macam tu aje..
Sempat ke sebuah rumah saja di kampung tu, kemudian balik semula ke rumah sebab ada sedara datang melawat ayoh.

Then terkandas berjam-jam di rumah sebab hujan.
Masing-masing mata dah labuh.. Lepas makan dah tentu nak baring lebih - lebih lagi hujan je seharian.

Oh ye.. Raya ketiga kami order nasi lemak aje. So menternak lemak la bila makan nasi lemak seharian..
 

Suasana hujan dan bau hujan yang menggamit rindu



Nasi Lemak Leyli


Aktiviti di rumah cumala bersantai dan tengok TV


Anak saudara seronok makan di rumah jiran ketika berjalan raya


Malamnya, kami suami isteri keluar.. Dah tak lalu nak makan juadah kuih raya, nasi lemak mahupun nak menghabiskan leftover juadah raya.
Sampai kedai, takde pulak banyak pilihan menu.
Terhad untuk order beberapa jenis menu simple sahaja. Macam nasi goreng. Sup-sup takde.
Maybe tukang masak masih bercuti.



Nasi goreng "sedikit lembik" jenuh nak habiskan
Suami order chicken chop


Ok. Bye
XoXO

Raya 2025 - Day 2

Assalamualaikum... Hai Semua...


Jom sambung kesah raya kedua..

Selesai hari raya pertama yang meriah.. Berkumpul adik beradik di hari raya pertama dan ada jugak adik beradik yang pulang ke kampung di hari raya kedua.. Ada jugak yang dah bergerak ke destinasi turn mentua pulak.

Untuk menu hidangan raya kedua, ada macam-macam idea dan pilihan daripada anak-anak.
Yang ni nak nasi minyak.
Yang tu nak laksa Tganu.
Akhirnya mak aku tempah keduanya. Haaa.. Kaya kan?? Hahaha.. Murah rezeki..
Bila dah ramai-ramai macam ni, makan pun asyik berulang.. Mak aku tempah banyak untuk anak-anak dan untuk tetamu makan sekali. 


Laksa Tganu.
Favouriteeee selamanya.

Nasi minyak , gulai daging, ayam masak merah & acar timun.

Raya kedua kami cuma di rumah sahaja. Ramai sedara mara mak dan ayah datang melawat ayah. 2 adik beradik aku petang baru sampai. Turn rumah mentua dulu dorang kali ni. Malam sikit baru meriah.



Sebahagian tetamu yang datang


Korannnggggg.. Apa sahaja buah dalam peti, kalau mak takde potong, buruk la dalam peti tu. Hahahaha...


Berkumpul di rumah sebelum si bongsu (Poksu) pulang ke Johor. Poksu baru beberapa bulan kerja, so cuti nya tak banyak.
Mana yang ada kita 1,2,3 snap sekeping photo untuk kenang-kenangan


OK. Bye
XoXO

Raya 2025 - Day 1

Assalamualaikum... Hai Semua....


Raya Pertama.. 

🎼🎼🎼𝅘𝅥𝅘𝅥𝅯Raya pertama.. Dengan keluarga 𝅘𝅥𝅯Ayah bonda maaf dipinta.. Adik-adik senyum selamba.. Sarung ada duit tak ada𝅘𝅥𝅰𝅘𝅥𝅱𝅘𝅥𝅮

Oh.. Termenyanyi pulaksss..Hehe.. (Againnnn???)

Tahun ni untuk raya pertama hingga beberapa hari seterusnya, kami order saje untuk juadah raya. 

Pagi2 lagi kami g ambik nasi dagang, adik aku pulak ditugaskan ambik sate. Ada beberapa lemang yang adik ipar kasi, dan rendang yang kak ipar masak.





Persiapan sebelum g solat raya

Juadah siap dihidangkan

Kemudian rumah senyap sunyi, masing2 ke surau semayang raya. Tahun ni ada sebahagian balik rumah mentua, sebahagian balik kampung sini. 

Pagi2 rumah dah di serbu orang. Ramai datang beraya lepas turun daripada surau. So aktiviti bersalaman family kami jadi berterabur (macam kebiasaannya la, hehe) . On off bersambung-sambung nak habiskan sessi bersalaman raya pagi tu. Takpela porak peranda tu memang pattern salam raya rumah aku. Kelam kabut aje tiap tahun. 

Pastu masing-masing berbunyi "
"Kenapa korang je, mana aku masa ni? Kenapa gambar aku takde?"
"Eh.. Kenapa aku dengan laki je, kenapa anak aku tak masuk photo sekali?"
"Alaaa.. Ruginyaa.. Aku takde masa korang bergambar, aku basuh berak anak"
"Alaaa.. Aku tengah goreng telur, anak aku mengamuk nak telur"
Haaa.. Tu pattern bergambar family aku bila tetamu serbu datang awal pagi.


Tema tahun ni baju recycle aja

Bersalaman dengan mak ayah.
Gambar Sessi bersalaman dengan adik beradik tak tahu la dalam kamera sape.. 
Terkubur macam tu aje nak tengok gambar lain. Hehehe :)


Mana mana yang ada, masuk je la bergambar. Tak proper takpe, janji ada. 
Mana yang anak kecik, nak tidokan. Kita tak ganggu. Sape free diajak bergambar. Cuaca panas terik ye hari raya yang indah ni. Ketibas kepeluhannnn.. Hehehe..


Mana yang sempat masuk frame



Mana yang sempat snap. Sampai tenggelam ayoh atas katil kat belakang tu. Hehe
Masa ni dah ada orang laung beri salam dah kat tangga.


Bergambar dengan ayoh


Selesai sessi bersalaman, aku makan round ke berapa entahla.. Ini kali pertama rumah aku ada sate di pagi raya. Biasanya mok aku masak nasi dagang je. Kali ni tempah nasi dagang pun ok je, sedap hingga menambah-nambah.



Sebelah pagi hingga jam 3petang masa dihabiskan di rumah. Rumah jika masih ada orang tua, akan meriah dengan tetamu yang datang berkunjung melawat orang tua kita. 
Jam 4petang kami ke rumah salah sorang sepupu yang jemput ke rumah terbuka. Kat sana jumpa dengan sepupu-sepupu lain side ayoh aku. 

Bergambar di rumah sepupu


Bergambar dengan sepupu


Kat sana, nampak rokok daun... 
Nostlagia betul. Ayoh aku dulu pun perokok tegar rokok daun.
Aku masih mahir gulung rokok daun letak tembakau sebab selalu tengok ayah buat dulu. Hehehe..


Balik beraya singgah family mart yang baru dibuka di sekitar kejiranan sini. 
Ramainya orang. Yang syoknya, tengok masing2 sakan berpakaian raya. 


Selamat Hari Raya korangg.. 
Next kita story mory Day Two Raya plak ye.. 


Ok. Bye
XoX0