Raya Pertama..
🎼🎼🎼𝅘𝅥𝅘𝅥𝅯Raya pertama.. Dengan keluarga 𝅘𝅥𝅯Ayah bonda maaf dipinta.. Adik-adik senyum selamba.. Sarung ada duit tak ada𝅘𝅥𝅰𝅘𝅥𝅱𝅘𝅥𝅮
Oh.. Termenyanyi pulaksss..Hehe.. (Againnnn???)
Tahun ni untuk raya pertama hingga beberapa hari seterusnya, kami order saje untuk juadah raya.
Pagi2 lagi kami g ambik nasi dagang, adik aku pulak ditugaskan ambik sate. Ada beberapa lemang yang adik ipar kasi, dan rendang yang kak ipar masak.
Persiapan sebelum g solat raya
Juadah siap dihidangkan
Kemudian rumah senyap sunyi, masing2 ke surau semayang raya. Tahun ni ada sebahagian balik rumah mentua, sebahagian balik kampung sini.
Pagi2 rumah dah di serbu orang. Ramai datang beraya lepas turun daripada surau. So aktiviti bersalaman berterabur (macam kebiasaannya la, hehe) . On off bersambung sambung salam raya nak habiskan sessi bersalaman tu. Takpela porak peranda tu. Memang pattern salam raya rumah aku kelam kabut aje tiap tahun.
Pastu masing-masing berbunyi "
"Kenapa korang je, mana aku masa ni? Kenapa aku takde?"
"Eh.. Kenapa aku dengan laki je, kenapa anak aku tak masuk photo sekali?"
"Alaaa.. Ruginyaa.. Aku takde masa ni, aku cebok berak anak"
"Alaaa.. Aku tengah goreng telur, anak aku mengamuk nak telur"
Haaa.. Tu pattern bergambar family aku bila tetamu serbu datang awal pagi.
Tema tahun ni baju recycle aja
Bersalaman dengan mak ayah.
Sessi bersalaman dengan adik beradik tak tahu la dalam kamera sape.. Terkubur macam tu aje. Koh koh koh... :)
Mana mana yang ada, masuk je la bergambar. Tak proper janji ada.
Mana yang anak kecik, nak tidokan. Kita tak ganggu. Sape free diajak bergambar. Cuaca panas terik ye hari raya yang indah ni. Ketibas kepeluhannnn.. Hehehe..
Mana yang sempat masuk frame
Mana yang sempat snap. Sampai tenggelam ayoh atas katil kat belakang tu. Hehe
Masa ni dah ada orang laung beri salam dah kat tangga.
Bergambar dengan ayoh
Jam 4petang kami ke rumah salah sorang sepupu yang jemput ke rumah terbuka. Kat sana jumpa dengan sepupu-sepupu lain side ayoh aku.
Bergambar di rumah sepupu
Bergambar dengan sepupu
Kat sana, nampak rokok daun...
Nostlagia betul. Ayoh aku dulu pun perokok tegar rokok daun.
Aku masih mahir gulung rokok daun letak tembakau sebab selalu tengok ayah buat dulu. Hehehe..
Balik beraya singgah family mart yang baru dibuka di sekitar kejiranan sini.
Ramainya orang. Yang syoknya, tengok masing2 sakan berpakaian raya.
Selamat Hari Raya korangg..
Next kita story mory Day Two Raya plak ye..
Ok. Bye
XoX0












No comments:
Post a Comment