Persiapan raya

Assalamualaikum... Hai Semua...


So happy bila bercerita tentang persiapan raya.. Sedikit eksaited menyambut raya di kampung sendiri selepas 2tahun tak balik beraya di kampung sendiri untuk menyambut hari raya pertama di kampung.. Ada 2,3 orang adik erad

3 hari sebelum raya kami suami isteri bertolak balik ke kampung. So merasa la 2,3 hari berbuka di kampung bersama family terchintaaaaaaaaa gitu..
2hari sebelum raya, kami bawak mak keluar untuk cari sedikit barang persiapan raya. Maklumla mak kan orang yang palingggg sibuk bila tibanya raya. Kehkehkeh :)



Mak nak beli alas meja 
Rutin tiap kali raya akan beli alas plastik baru untuk meja makan dan meja sofa.
Beli bekas minuman dan makanan.


Kemudian bawak mak ke tempat menjual laksa.
Mak tempah laksa untuk raya kedua.
Anak menantu mintak laksa, rindu laksa Terengganu.


Cuaca sangat panas di Terengganu. Oh ye.. Untuk julung kalinya kami tak masak untuk juadah raya tahun ni. Wahhh.. Ni kali pertama tempah makanan untuk hari raya selama 3hari berturut-turut. Kami order makanan untuk 3hari. Untuk makan kami anak beranak yang seramai sekitar 25-30 orang ni dan jugak tambahan untuk tetamu yang datang.

Aktiviti kami sepanjang hari penghujung puasa ni cuma berkumpul sesama adik beradik bersembang , waktu petang akan ada yang akan ke bazar, akan ada jugak yang akan masak juadah berbuka. Si anok2 wek (anak sedara) apa lagi kalau bukan phone..phone..phone.. hehehe..😐


Mak dan suami aku tengah membelek kain sampin.
Setiap kali raya memang keluarkan semua koleksi kain sampin.
Anak-anak nak pakai kain sampin di pagi raya nanti.
Sambil la mak duk bercerita mengimbau kenangan dia menenun songket masa muda dulu kala. 

Aku sibuk menolong kak ipar buat kiuh raya. Ada beberapa jenis kuih untuk tahun ni. 


Cornflakes coklat


Tart Nenas versi bunga

Kuih sarang semut in the making.


Bila bini dah kepenatan buat kuih raya, makanya sehari sebelum raya baju belum di'iron' lagi.
Huhuhu
Mintak tolong suami ironkan.
Kali pertama ye sejak kawen dia pegang iron. Huhuhu



Rezeki dapat kelapa muda untuk berbuka puasa


Kuih raya dari adik beradik dan jugak kuih raya yang mak tempah dari kenalan


Mak habiskan masa petangnya dengan mengisi duit raya.



Aneka juadah bila ramai yang ke bazar ramadan.
Tapi mujur takde pembaziran..

Malam raya paling meriah.. Lepas berbuka, masing-masing berkumpul atas rumah untuk tugas tukar sarung kusyen & pasang alas meja. Kuih raya petang sebelum raya dah siap-siap masukkan dalam balang. Langsir raya kebiasaannya setel pasang masa bulan Ramadan lagi.

Tukar sarung kusyen.


Geng lelaki setelkan bab alas meja dan bantu pasang sarung kusyen


Setel untuk sambut raya esok

Selamat Hari Raya semua..
Maap Zahir Batinggggg

Ok. Bye
XoXO

No comments: