Dah penghujung Ramadan. Sekejap je kan.. Rasa macam baru je duk kebil- kebil gosok mata bangun sahur. Sedar-sedar sekarang dah habis Ramadan. Syukur tahun ni kita sempat bersama-sama Ramadan hingga ke akhir 29 Ramadan.
Post terakhir as kenangan apa yang menjadi juadah kami berbuka puasa sepanjang Ramadan tahun ni. Setiap juadah ada cerita tersendiri.
Day 22 IFTAR
Masak tomyam. Habiskan stok ayam dan stok sayur sawi.
Aku nak habiskan labu yang aku bekukan. So aku buat bubur candil tepung pulut.
Day 23 IFTAR
Puasa yang sangat meletihkan hari ni. So aku mintak suami tapaukan lauk. Lagipun stok lauk dalam peti ais dah habis. Tinggal salad je sikit dalam peti.
Beli kari ikan, sambal bilis, udang 6ekor,sayur kacang. RM30
Kuih2 RM12
Day 24 IFTAR
Suami tapau aje untuk juadah berbuka kali ni.
Belli ayam golek tepi jalan. Sedikit lauk pauk.
Dan singgah booth kuih tepi jalan.
Syokkkkk kan tak payah masak... Hehehe.. Yahoooo (bersorak gembira..Cehhh)
Day 25 IFTAR
Ramadan terakhir kami di bumi Selangor. Esok pagi akan balik ke kampung tercinta.
Suami hello -hello membernya, ajak berbuka bersama.
Opkos selesa berbuka di rumah.
So kami tapau aje tapi masukkan dalam bekas sesiap untuk berbuka di rumah member.
Day 26 IFTAR
Kami sampai di kampung selepas waktu berbuka. So kami makan sesiap di kedai mamak & round2 malam cari kudapan sebelum balik ke rumah.
Day 27 SAHUR
Ehemmmmmmmmmmm... Jangan jeles ye..
Ni sahur di kampung tercinta.
Walaupun sekadar telur goreng, tapi heaven rasanya sebab bersahur dengan keluarga tercinta.
Day 27 IFTAR
Berbuka masak lemak daging salai.
Bila berkumpul macam ni, bohongla kalau sekadar satu lauk aje.
Banyakkkkkkk yang adik beradik dan ipar aku beli especially kuih-muih tapi tak tersnap photo bila ramai-ramai riuh rendah tunggu azan.
Day 28 IFTAR
Adik perempuan aku gigih nak masak ikan siakap steam.
Dan mak aku ada masak sotong masak kuning jugak.
Hari ke 28 puasa aku ke bazar dengan abang sulung & kak ipar.
Balik rumah nampak ada jiran bagi kelapa muda.
So suami lerrrr yang paling sesuai kopekkan kelapa ni..
Maklumla kampung dia banyak pokok kelapa dan dia selalu kopekkan kelapa untuk aku minum selama ini. Hehehe..
Day 28 IFTAR
Ni favourite aku. Dadih susu. Aku beli kat bazar.
Day 29 IFTAR
Alhamdulillah.. Berbuka hari terakhir, masak nasi lemak.
Opkos bukan aku yang masak.
Adik perempuan aku dan mak di dapur. Aku sibuk menolong kak ipar settlekan rumah raya.
Tahun ni ada beberapa jenis kuih raya yang kak ipar aku buat.
Tamat sudah sebulan berpuasa...
Alhamdulillah.
Semoga semua amalan kita diterima, dilimpahkan pahala dan berkah.
Semoga kita semua panjang umur berkesempatan jumpa Ramadan tahun depan.
Selamat Hari Raya korang. Post ini bersiaran dari kampung aku.. Balik kampung bini tahun ni hoiiii... Hehe. Sakan la weiiiiii raya ini tahungggggg.. Yahooo..
MAAF ZAHIR BATIN semua....
Ini sepatutnya post sebelum raya. Tapi banyak hal berlaku dan tak sempat nak diabadikan on time.
So ini adalah scheduled post. Hehe
Ok. Bye
XoXO
No comments:
Post a Comment