Bila MIL ko masih lagi mengamalkan penjagaan muka, makanya ko pun turut terpalit sama mencari produk untuknya. Hehe.
Kita plak jenis tak ada penjagaan muka sangat pun. Sekadar cuci muka je la. Tu pun kalau ingat.
Baru-baru ni MIL mintak aku belikan krim muka. Katanya ada sepupu mintak turut krim muka yang MIL ada (mintak nak beli dr MIL) sebab kat kampung nya tak jumpa krim ni. Nak beli online dia tak reti. So dia mintak nak beli stok krim muka dari MIL aku.
Makanya MIL mintak aku carikan krim muka untuk gantikan stoknya yang dah nak hampir habis.
So aku pun search la di online sahaja nak belinya. Malas nak ke kedai. Biasa di watson, guardian, big pharmacy ada aje produk ni.
Aku beli online di Guardian.
Terus aku rembat 2 botol untuk stok.
MIL aku orang berniaga semasa mudanya. So dia dah biasa bersiap kalau keluar rumah. Jauh beza dengan mak aku. Mak aku takde produk2 gini. Sekadar tempek bedak cucu aje di muka. Hehehe
Produk biasa yang MIL aku guna ialah krim muka, bedak compact, gincu & perfume aje. Kali terakhir aku shopping perfume untuknya pada raya Aidilfitri tahun lepas. Selebihnya, biasanya anak perempuannya yang belikan. Aku bantu beli kalau stok habis sahaja.
Ok. Bye
XoXO
2 comments:
Mil kakak macam saya dan mama saya. Dari dulu mama selalu rutin dan konsisten merawat wajah. Dan kami anak2nya dipaksa hrs rawat wajah sejak high school. Mama bisa marah sangat kalo kami berani tidur tanpa cuci muka dan pakai krim wajah yg sesuai saat tu.
Tapi berkat mama, saya JD terbiasa merawat wajah sampai skr. Dan memang hasilnya pun terlihat, kulit jadi tetap bersih dan belum ada wrinkles walau usia dah makin tua 😄. Anak saya pun sudah saya wajibkan. Tidak boleh skip . Harus dibiasakan supaya terbiasa 😄
MZ selalu jugak beli brand ni esp kalau nak join contest tp kurang sesuai utk my skin (kulit MZ jd kering menggelupas)
Post a Comment