Memasuki usia remaja purba ni, makan 2 sudu pun berat mencanak naik. Makanya jomla kita gi beli baju lain. Baju kurung banyak yang dah tak muat. Seluar banyak sendat dan tak selesa pakai. Seluar pallazo office banyak yang dah ketat kat perut.
Aku plan nak cari baju bundle je. So, kami ke Pasar Malam Meru Klang sekitar 2minggu lepas. Di sana ada beberapa bundle menjual baju wanita. Agak lama aku tak ke sini. Kebiasaanya hanya singgah di Pasar Malam Rabu berhampiran rumah sahaja.
Antara yang berjaya dibawak pulang ialah:
1. PALLAZO JALUR RM3
Pallazo ni aku beli sebab getahnya selesa kat perut dan tak ketat. Kain flowy dan selesa. Warnanya mudah untuk dimatchkan. Aku boleh katakan seluar ni memang super duper selesa di perut.
Skirt ni fabriknya sangat selesa dan sejuk. Namun pinggangnya sedikit besar. Nak kena adjust. Kain lembut tak panas. Tapi kalau jenis perut besar, memang selesa dipakai.
Nak padankn dengan skirt grey atas atau pallazo tadi. So aku beli baju ni. Dress ni baggy. Singkat setakat di buku lali aku walaupun aku rendah. Sebab tu aku padankan dengan skirt. Fabriknya sejuk, tak panas, nipis dan selesa.
Ni paling aku suka. Nampak versatile. Cotton putih dan side belakang dari fabrik lain bercorak jalur2 kuning untuk bahagian belakang baju dan lengan.
5. KAIN SKIRT KUNING RM5
Aku beli untuk dipadankan dengan baju blouse kuning atas tu. Sangat sesuai. Skirt ni nampak sangat sempoi.
Baggy dress yang selesa.
Dipadankan dengan skirt grey yang aku beli. Pun agak singkat kat area buku lali. Agaknya kalau org tinggi pakai, tingginya hingga paras lutut.
OOTD ;
Sangat selesa
Baju yang buggy dan skirt yang sangat style
Baju ungu keladi & skirt grey
Baju dress kembang buggy
Kalau mengandung pun blh pakai sebab besar.
Baju bunga2 biru & seluar pallazo
Nak dijadikan outer wear pun cantek sbb berbutang hingga ke bawah.
Puas hati. Murah dan dapat banyak. Habis sekitar RM 38.
InsyaAllah akan repeat lagi. Sbb ni pergi sekejap sahaja dah kelam kabut nak pulang solat magrib di rumah.
Ok. Bye
XoXO
2 comments:
Seronoknya menyelam bundle...lama dajh x buat..suami kk SA mmg suka bundle ni...
kalau pandai cari & pilih..memang berbaloi sgt
Post a Comment