Bila nak cari tudung, main tarik aje. Bila tak muat, paksa sumbat aje. Hujungnya berantakan loker tudung aku. Sblm ni tudung aku gantungkan di hanger kecik. So takde masalah. Sekarang tudung dilipat, so agak mudah berterabur. Tudung tak boleh digantung sebab kekangan ruang dlm wardrobe.
Dari sebulan ke sebulan, duk tangguh. Aku berlawan dengan kemalasan. Pung pang pung pang berkungfu, so kemalasan kalah. Maka kerajinan yang menang.
Bergaya la aku masuk bilik memulai aktiviti melipat. Tu pun sebelum melipat, ada gangguan wei. Encik suami suruh mengurut leher dia. Katanya sakit nk pusing. Lelaki sakit sikit pun, dah macam separuh nyawa.
Sebelum
Selepas
Bolehla sekadar tidy up kan aje. Bagi mudah nak pilih dan grab tudung.
Takde lagi la adegan, tak muat ruang aku paksa sumbat-sumbat lagi. Hahaha
Dapatla 2 ketul kerongsang masa melipat. Jumpa ia terklip kat tudung. Patutla kerongsang asyik menyusut aje bilangannya kan.
Sambil melipat tadi aku duk plan nak beli kerongsang baru untuk raya nanti. See.. Perempuan kan.. Hahaha..
Psst : Tudung banyak bukannya aku beli. Semuanya tudung lama zaman bujang. Dan tudung recycle yg orang taknak bagi kt family aku. Dan jugak tudung yang kawan2 bagi.
Ok. Bye
XoXO
5 comments:
Sama macam kak SA la ...ntah bila rajin tu nak sampai...hanger tudung dah beli tapi tudung masih berlipat..hahaha
PH kalau tudung harian/selalu pakai sangkut dekat hanger. Kalau yg jarang pakai lipat masuk laci.
Hah betul, tudung raya x beli lagi :p
linda lipat, letak dalam bekas beli kat kedai eco..hihihi..tapi kena rajen lah, lepas lipat tudung tu, susun balik kat bekasnya
kemas dan sedap mata memandang :)
Senang nak cari bila dah tersusun dalam laci macam tu.
Post a Comment