Kerja repair rumah sebelum menyambut Ramadan

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kesahnya kali ni serba serbi bertangguh. Natijahnya last minit semuanya nak pulun sebelum puasa. Sebab nanti puasa dah tak larat. Sehari sebelum puasa, baru kami terhegeh-hegeh nak buat itu ini untuk rumah.

Keutamaan kali ini ialah baiki bumbung bocor. Dah lama sangat bertangguh. Duduk la tadah besen biru di tengah-tengah ruang tamu tu. Kalau semayang berjemaah, ada la besen biru depan imam tu. Macam duk tunggu rezeki dari langit jatuh masuk besen tu. Kehkehkeh 😂



Tangga kami dah rosak dan kami pinjam tangga kawan suami 


Water mark akibat bocor. Memang nampak lubang bercahaya direct masuk rumah bila kita intai dari bawah. Memang dah pecah kepingan atapnya. 


Selepas adjust2 kepingan atap tu, suami apply jugak PU foam ni kat beberapa bahagian bumbung yang berpotensi bocor.


Tampal semula dan settle lepas cat ala kadar
Bila dah buat segala benda ni, terusla buang sawang dan lap kipas semua


Tukar lampu kalimantang yang baru di dapur.
Nahhh terang macam syurga.. Heheheee 😁
Sebelum ni malap aje.
Tukar awal biar tak kalut aihhh..



Apply water proofing kat atas bumbung bilik air.
Sumpah  bilik ini banyak betul problemnya. 
Air hujan meleleh ke dinding walaupun dah repair window sini sebab water proofing failed.
So re-apply water proofing.
Hope all issues can be settle lepas ni.

Seharian duduk settlekan defects rumah, elok petang yang hening tu suami bersantai depan TV lepaskan penat bertukang seharian, MIL ajak gi makan di kedai sepupu. Kalau ikutkan penat, memang penat. Lepas bergadang seharian repair rumah. Dan aku pulak time tu tengah cuci peti ais. Tapi kami bawak jugak MIL ke kedai sepupu. Kerja mencuci peti ais aku tangguhkan, aku selesaikan selepas balik dari kedai makan. Tu pun ada kadar je siapkan. Janji siap je la.



Boleh la buat2 clear. Ada la ruang nak letak barang/left over lauk nanti


Sebelum ni rasa tak sempat nak keluar membeli belah. Tapi oleh sebab dah keluar gi makan, kami terus singgah ke econsave di kawasan perumahan kami untuk beli barang sahur. Lauk pauk, buah timbang. sayur aku takde beli. Sebab ramai sangat beratur untuk kaunter timbang. Meriah econsave nak musim puasa. Padahal selama ni econsave ni tak ramai orang. Kali ni sampai penuh parking. Terkejut makkkk ... Nak cepat balik je sebab dah kepenatan. Dan nak settlekan cuci peti yang terbengkalai tadi sebelum keluar makan. 





Beli stok kentang untuk sahur MIL.
Aku makan simple macam roti, susu, kurma & nestum sesekali.



Siapkan stok sahur untuk sang isteri yang malas nak makan nasi.

Salam Ramadan semua. Selamat berpuasa.


Ok. Bye
Xoxo