Alhamdulillah. Tahun 2025 ada indah dan ada mendungnya..
1001 cerita pahit dan manis tahun ni..
Selepas bertahun-tahun TTC, up dan down dengan kes keguguran.
Tahun 2025, Allah KURNIAKAN kami zuriat yang kami nanti selama ni..
Alhamdulillah..
Bagaikan mimpi.. Bagaikan tak percaya..
Kami sekarang menjadi MAK & AYAH..
Tapiiiii..
Tapiiiiiiiiii..
Tapi ALLAH ambik semula seseorang yang dipinjamkan kepada kami sekeluarga..
Dia ambil AYOH..
Dia ambil AYOH..
Dia ambil AYOH..
Allah KURNIAKAN zuriat kepadaku tapi Allah AMBIL semula pinjaman seorang AYOH kepada aku selama ini..
Dan AYOH tak sempat melihat zuriatku walaupun sudah ada perancangan pulang ke kampung, tapi Allah mengambil TOKKI anakku terlebih dahulu..
Redha seredhanya..
Kerana AYOH dah lama sakit di dunia..
Hilang sakitnya..
Tamat penderitaanya..
Pulangla sang AYOH kepada penciptanya..
Terima Kasih Allah atas kurniaan ZURIAT..
Terima Kasih Allah atas kurniaan seorang AYOH kepada kami selama ini..
Aku menangis MENERIMA zuriat kurniaan Allah kepadaku.
Aku menangis MENGHANTAR semula pinjaman seorang AYOH kepadamu YA ALLAH..
Semoga AYOH ditempatkan di kalangan yang soleh.
Diampunkan semua dosanya.
Dilapangkan kuburnya..
Dipermudahkan semua urusannya di alam sana..
Dimasukkan ke syurga ALLAH..
Innalillahwaiinalillahirojiun..
Psst : ALfatihah untuk ayoh dan semua orang kesayangan kita di dunia ini yang telah pergi..
OK. Bye
XoXO
5 comments:
Al fatihah buat Ayahgnda tersayang semuga rohnya bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Tahniah atas kurniaan zuriat yang di tunggu selama ini. Semuga menjadi anak yang soleh.
al fatihah untuk ayahnda..moga arwah ditempatkan bersama para solihin..
alhamdulillah tahniah Hani..kami juga tertunggu2 rezeki&berita gembira ni,moga anaknda sentiasa sihat membesar dengan ceria
al fatihah.. takziah di atas pemergian ayoh, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..
alhamdulillah, tahniah juga buat hani dna suami..semoga anakanda membesar menjadi anak soleh..aamin
lama hani menyepi...salam takziah atas pemergian AYOH...moga arwah ditempatkan di taman2 syurga... dan TAHNIAH atas kelahiran zuriat yang dinanti2 sekian lama. kami kwn2 blogger tumpang happy... moga baby nya akan jadi anak soleh/solehah insya Allah
Salam takziah buat seluruh keluarga. Didoakan agar arwah ayahanda ditempatkan bersama para solihin hendaknya aamin 🤲🏻
Tahniab atas kehadiran cahayamata penyeri rumahtangga. Semoga anakanda membesar dgn sihat dan dalam lindungan-Nya selalu.
Post a Comment