Dah seminggu di tahun baru, cuma sekarang ada kesempatan untuk up 1 post di blog sendu ini. Hehe..
2025 ini dikenang dengan 1001 kemanisan dan ada terselit jugak kepahitan kehilangan seseorang.
Kalau dulu penghujung 2024, aku sedang hamil. Tapi penghujung 2025 ini aku sudah mendukung si baby Jumbo Size 10kg ni..
Menelusuri 365days setahun banyak benda untuk dikongsi.. Banyak benda untuk diabadikan di sini as kenangan kelak.
Jom tengok throwback sepanjang 12bulan di tahun 2025 yang lepas.
JANUARY
Memulai awal tahun 2025 hari tu dengan kandungan sudah memasuki usia 5 bulan. Ketika inilah kami tahu yang bayi yang dikandung adalah seorang baby lelaki.
Sempat ke kenduri saudara suami, Ketika ini la ada yang mulai tahu psl kehamilan remaja purba ini. Hehe..
FEBRUARY
Menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 12 bersama baby yang bakal dilahirkan. Biarpun terlingkup tertunggang langgang pun rumahtangga yang ada pasang surut, hujung-hujung saling memaafkan.
Happy Anniversary youuuuu..
MARCH
Pengalaman berpuasa ketika mengandung. Aku lopong puasa 17hari. Masih bertatih nak habiskan ganti. Sedikit sebanyak persiapan menyambut baby dilakukan masa ni.
Sahur ibu hamil
Sedikit banyak persiapan menyambut baby
APRIL
Selepas 2tahun beraya Team Mentua, tahun 2025 kami menyambut raya di Tganu bersama famili aku. Raya yang sangat meriah. Rupanya tu raya terakhir bersama ayah aku.
Bergambar di Hari Raya Kedua (malam)
Bergambar di Hari Raya Pertama
MAY
Allahuakbar.. Alhamdulillah. Lahir zuriat yang selama ini dinantikan. Berpantang sendirian sambil membantu suami menguruskan makan minum MIL uzur. Tunggang terbalik kami laki bini dengan kuning anak dan appointment mentua di klinik. Berpantang sendirian, aku masih lakukan kerja rumah & memasak sendirian.
Warded sehari sebelum bersalin
Ada one day tu, suami urus aku dan anak di KK. Kemudian balik tu, suami bawak pulak MIL untuk check up di KK yang sama. Settle kan satu-satu.
JUNE
Sambut Raya Haji bertiga dengan baby. Kami decide mintak tolong kakak ipar jaga MIL sebulan sehingga aku habis pantang.
Pagi raya aidiladha
Selesai jugak 21hari cucuk ubat cair darah.
Tak sangka aku berani cucuk sendiri perut ini..
JULY
Rutin membesarkan anak aje.. Baby lepas habis kuning, memang asyik menangis je masa tu.. Kami amik MIL untuk dijaga semula.
Baby A dan ayahnya
Suami banyak bantu jaga anak
AUGUST
Kesihatan ayoh aku selama ni on off keluar masuk hospital. 2025 ada beberapa kali ayoh masuk wad. Even lepas raya pun ayoh warded jugak. Tarikh 18 Ogos ayoh meninggal. Dan usia baby 3 bulan masa tu. Baby belum sempat jumpa tokki.
Urusan pengebumian ayoh
SEPTEMBER
Alhamdulillah.. Kali pertama menyambut ulang tahun kelahiran aku dengan kehadiran seorang zuriat tahun ini. Usia remaja kita ni dah level-level purba muzium dah baru dapat jadi ibu. Hahaha..
Eh macam lebih kurang je mcm sambutan anniversary. Hehe
OCTOBER
Rutin masih sama membesarkan anak aje.. Baby banyak terima hadiah sempena deepavali. Baby membesar dengan jayanya... Alhamdulillah
MashaAllah Tabarakallah
Pemberian jiran sempena deepavali. Sakan dia collect duit raya masa Deepavali ye..
NOVEMBER
Alhamdulillah.. Tahun ni Besday suami disambut bersama si baby 6months. Baby dah start makan, but no no no eat cake besday ayah ye baby.. hehe..
DECEMBER
Balik Tganu berkumpul dengan adik beradik. Penutup 2025 yang sangat bahagia. Terima Kasih Ya Allah.. Bulan ini jugak habis eddah untuk mak aku.
Dengan sebahagian adik beradik yang balik kampung
Kalau sebelum ini kehidupan aku banyaknya life aku berkisar urusan membantu suami menjaga mak uzur.. Tahun 2025 ada kelainan sikit sebab dah jadi ibu, dan kehidupan lebih banyak melalui life pasal anak.
Semoga 2026 lebih memberi segala yang indah- indah sahaja. Dilimpahi rezeki yang melimpah ruah, dipermudahkan journey menyusu aku,dipermudah segala urusan kami, diberikan kesihatan yang baik, mudah segala urusan membantu suami berbakti kepada mak, hubungan suami isteri dipelihara. Etc
Ok. Bye
XoXO


















3 comments:
kiranya ur dad meninggal masa umur baby 3 months yer...my dad meninggal masa my baby 2 months old (my 2nd boy)...anyway, happy baca ur entries :) mesti best kan now ur life is complete dgn kehadiran zuriat!
Alhamdulillah..tahniah Han...semoga yang baik- baik aje untuk awak dan keluarga...seronok dah jadi ibu kan...
Semoga Allah permudahkan segala urusan...
Post a Comment