Hai geng-geng blog...
Dah hampir sebulan start tanam benih bendi, kailan dan sawi.
Alhamdulillah, dah berputik.
Cili harammmmmm taknak hidup.
Mujur pokok cili yang beli kat nursery dan yang amik kat rumah mertua, hidup..
Kalau semua taknak hidup, sedihhhh la weiii..
Anak pokok bendi...
Tapak semaian sawi dan kailan.
Bendi pun ada sepokok dua lagi kat sini.
Tak de ruang nak alihkan.
Tapak semaian
Tak letak direct bawah matahari.
Ni di balkoni
Balkoni ni tak kemas.
Tu yang park tapak semaian kat sini
Susun ala kadar sebab tak muat ruang.
Kat ruang sekangkang kera ni je yang boleh nak buat aktiviti menanam.
Cekur.
Lepas hampir mati dimakan ulat,
boleh jugak dia survive untuk kembali hidup.
Ni pokok campur2 dalam satu pasu.
Tak sempat nak alih lagi.
Anak pokok cili
Aloe vera
Ulam Pegaga kecik
Limau Kasturi..
Bila la nak besar..
Pokok limau purut.
Dah selamat aku gunakan untuk masak asam pedas...
Pokok limau Nipis..
Tak berbuah lagi..
Dengan pokok misai kucing.
Pokok cili ni segar dan subur berbuah.
Tak petik lagi.
Suami dah mintak petikkan, aku asyik lupa aje.
Kari pulaiiii..
Jaga dari baby, sekarang dah besar..belum remaja lagi...hahaha
Updated 2018 : Pokok dah mati diserang serangga
Kunyit dah dihimpunkan sekali dalam pasu ni.
Ada 3 pokok.
Ulat suka eh dengan daun kunyit, ada je ulat merengkok kat situ.
Nampak tak seketul pokok kecik tepi kunyit tu?
Perkenalkan pokok kesum aku. hahaha..
Mulanya aku beli daun kesum untuk buat asam pedas.
guna sikit pastu kering macam tu je, aku pun try la tanam.
Dalam 6 batang, hanya satu hidup.
memang tak sangka.huhuhu.
sebab main2 tanam je sebab batang dia dah kering,
Aku dah petik 2 hari lepas untuk buat asam pedas.
Pokok cili dari kampong, lepas baja bertalu-talu dia berdaun.
Bunga belum lagi kot.
Harap dia subur la memberi hasil.
Beberapa hari lepas, tengok TV program Majalah 3 ada orang tanam pokok kat laman rumah sampai boleh tuai hasil dia. Syokkkk oiii.
Ok. Bye