Korang okey ke dengan penangguhan bayaran loan kereta/rumah/personal loan masa PKP ni????

Assalamualaikum... Hai Semua...


Masa PKP ni, kerajaan ada keluarkan arahan yang rakyat diberi penangguhan bayaran pinjaman bank. Tak kira la personal loan, loan kereta & loan rumah.
Aku dah settle loan kereta. Tinggal loan rumah jer seketui ni tak habis2 lagi sampai umur 60 agaknya..
Loan rumah aku guna BSN, memang direct dia tak ambil duit ansuran setiap bulan selama 6 bulan ni kan.. TAPIIIII.. Aku tetap bank in duit dalam BSN walaupun bank tak amik duit ansuran loan rumah ni.
Bayaran 700 sebulan aku bank in ke BSN.
Simpan situ selama mana bank tak amik duit ansuran loan rumah ni.
In case kalau company aku tak mampu nak bayar gaji musim PKP/musim ekonomi nak up semula, boleh la aku guna duit loan rumah yang aku simpan ni untuk keperluan makan minum.
Incase ekonomi ok, company tak tolak gaji, duit ni aku akan bayar rumah lepas bulan 10/11 ni..

Aku tak keluarkan KWSP, sebab ingat lepas ni tak keluarkan semua untuk kurangkan hutang rumah. Try hard nak kasi settlekan hutang rumah before umur 50tahun. Rumah tak mahal mana pun, tapi azab jugak ye nak membayorrrr nya..

Rumah level berlanggar punggung kalau nak ke dapur takpe. Janji lepas ni settle bayar loan.

Suami je keluarkan KWSP 500 sebulan untuk dia settlekan kad kredit dia.. Dan rumah sewa suami yang suami sewakan kat orang tu, suami aku memang cut almost 50-70% sewa agar tak membebankan penyewa especially masa month Ramadan dan Raya ni.
Lepas Raya, sewa kembali ke bayaran asal/bayaran penuh. Sebab suami masih ada hutang bank rumah tu. Personal loan & PTPTN suami tak kena bayar sepanjang 6 bulan ni.

Oleh kerana kami berdua kerja swasta, so kena beringat sikit la pasal duit/saving. Sebab takde jaminan kami boleh kerja sampai bila. Company mampu lagi ke nak bayar gaji. Company mampu bertahan ke.

Semoga murah rezeki kita semua.
Semoga dipermudahkan urusan dan kehidupan kita..
Tak semua ada gaji.. Tapi semua ada rezeki masing-masing..



Ok. Bye