Rotating MakeUp Tray dari Tiktok

Assalamualaikum... Hai Semua...


Stress tengok barang kelengkapan diri penuh bakul & main sumbat-sumbat aje dalam bakul. Akhirnya aku teracun nak beli rak mekap. Aku jumpa kat tiktok.



Semua main sumbat aje dalam bakul biru.
Bila tak muat, terus main letak aje atas kabinet


Selepas declutter buang beberapa barang yang expired dan taknak pakai. Baru la syok dan kemas mengemas dan susun barang dalam rak mekap yang baru ni..





Aku campur aje dengan barang suami. Lagipun barang lelaki tak banyak mana pun. Tapi tula, rak mekap gini senang perangkap habuk. Nak beli rak yang bertutup, harga quite mahal. Yang ni bawah dari RM20.


Ok. Bye
XoXO