Tahun 2016 dulu aku ada beli sepasang kain batek dan 2 meter kain kosong yang matching dengan kain batek tu. Kami beli 3 set untuk aku, kak ipar & adik perempuan. Aku suruh adik aku jahitkan jadi baju kebaya untuk aku, tup-tup lepas kebaya siap, aku rasa tak best nak pakai kebaya tu. hehehe
Sebab sekarang berat dah 50 lebih, jadi kebaya tu ketat kat perut..
Hahaha (Sila gelakkan remaja purba ni)
Kain batek yang dijadikan kain baju kebaya tu (kain lipat/kain selisih) aku masih padan, cuma bajunya yang tak padan (Sendu bukan?)
Kain batik adik perempuan aku ada balance, so buat baju kurung moden kembang.
Padankan dengan kain baju kebaya yang asal.
So jadila satu set baju batek. Hahaha
Senang, takde lagi fenomena baju tak padan tang perut.
Ok. Done baju raya.
Cari baju raya laki yang sepadan dengan warna ni nanti..
Psstt : Dah ganti puasa ke? Sibuk hal baju raya ni. Kihkihkih~
Ok. Bye
XoXO

