Bercuti di cameron..tak tipu memang best!

Assalamualaikum...
Haiiiii semua..



Gigih betul aku kali ni..
Aku balik semula ke KL lepas 2 hari kat Terengganu...
30 Ramadhan : Balik Raya Perak
1-5 Syawal : Cuti Raya Perak dan Terenggamu
6-7 Syawal : Kerja
8-10 Syawal : Sambung Cuti ke Cameroon

Gigih benor aku packing mempacking barang..
Mula2-muka packing barang nak raya ke perak..
Kemudian packing barang nak raya ke Terengganu.
Pastu packing lagi untuk g Cameroon...
Gini la kehidupan orang ada dua kampung negeri jauh-jauh..

First Day - Khamis

Kami gerak ke Cameron pukul 10 pagi jam MELAYU.. Lepas bermalas-malasan bangun tidur..


Gerak lu.. Pape roger


Selepas 2 jam lebih baru sampai Cameron.. 
Ni first time aku g cameroon.. Zaman sekolah tak mampu nak ikut rombongan ke Cameron..
Sedih Jemah tau!


Okey.. Sampai cameron tu mula-mula kami g pasar buah-buahan. Mak dan adik beradik lain tunggu kat sana.. Dah call siap-siap tanya nak jumpa kat mana..Ramai-ramai macam ni plan kena betul.. Kang janji kat lain.. Tunggu nya kat lain..

Segarnya sayor..
Freshnya buah..
Jalan-jalan sekejap kat pasar then g makan tengahari.











Kemudian g check in kat rumah TNB Osmaniah..
Rumah ni abang aku booking.. Ko keja TNB boleh la booking.. Kalau aku yang pegi, jawabnya menapak la cari hotel bajet... ehehe
Rumah banglo ni besar..Sangat cantek.... Ni banglo lama yang dinaik taraf.
Ada 3 bilik dan biliknya semua luas-luas..
So boleh la sumbat ramai-ramai..
Pandai-pandai atur la bagi semua selesa.. 

Mak kata selesa duduk kat situ.. Sebab banglo setingkat tak perlu nak menapak naik tangga kan..
Sebelah banglo ada taman permainan mini.. Boleh la setakat anak sedara nak membuai dan mengelongsor..


Lepas check in, aku dengan suami g cari barang makan sikit untuk malam tu..
Macam kopi 3 in 1,. roti.. Tuna..
Sejuk-sejuk ni cepat lapar..
Tambah pulak kalau duduk berseronok ramai-ramai macam ni..
Yang lain duk bersantai..





Second Day - Jumaat

Bangun pagi yang malas.. Pagi ni hanya bermalas-malasan sahaja di rumah TNB tu..
Sangat sejuk sebab sejak sampai sana, kerap kali hujan tapi tak lebat sepanjang masa..
So sepagi tu semua liat nak keluar berjalan.. Masing-masing nak berselimut je..
Hari kedua ke Cactus Point..

Kemudian gi makan aiskrim strawberi je..  Dibawah pondok beratapkan pokok anggur yang nyaman..Alhamdulilah.. Ada yang ke Ladang Teh lepas makan. Ada yang sambung shopping buah..





Berkenang-kenangan


Kemudian ke pasar buah-buahan lagi untuk beli barang untuk bawak balik kampung

Suami demam..
Adik bongsu pun tak sehat.. Asyik muntah dan mengadu sakit perut..
Alahai..kesian sangat! Nampak dorang xbest nak berjalan..
So banyak masa aku balik rehat je kat banglo..

Third day - Sabtu

Hari terakhir bangun pagi kemas-kemas untuk balik..
Aku dan suami sama awal check out dengan mak. Kul 9 pagi.
Sebab mak nak balik terengganu pulak. Aku pulak balik KL..
Sebelum balik, kak ipar ajak bergambar kenang-kenangan di Cameron Lavender..






Kul 10.30 pagi baru berpisah balik ke Terengganu dan KL.. rindu kat mereka..

Ni first time kami holiday sama-sama sekeluarga..
Sebelum ni tak pernah ke mana-mana sejak dari kecik..
Kehidupan aku hanyalah di rumah dan kampung sehingga lah aku sambung diploma ke Dungun dan sambung degree di Shah Alam nun...
Kerja di KL then kawen..

Ini ala-ala FAMILYMOON kami suami isteri walaupun suami tak berapa sihat masa kat Cameroon..

Ok.Bye

3 comments:

Cik Leez said...

mcm mana mu apply rumah tnb tu? kan ke nk apply rumah tnb kna ambik masa kurang2 2 3 bulan sblm travel?

ezy.fia said...

uitttt.. bestnyeeeee.. aku n family nk g bulan 9 ni.. hihi.. familymoon jugekkk

Khairunnisa' said...

Cameron Highland sangat best. Saudara dulu pernah menetap di Tapah, so everytime melawat mereka, pasti akan naik ke sana.

Nisa'