Helloooooo Hello..
Raya Part One ada di Entry sebelum-sebelum ni..
Oleh kerana raya kedua dalam kereta je dari pagi sampai malam...
Makanya raya ketiga barulah menjadi raya kepada kami suami isteri..
Kami Sampai Terengganu pukul 9 malam.. Dari Perak-Terengganu ikut LPT..
Tak ikut Gua Musang, sebab risau jem kalau masuk Kelantan..
Dan jalan tak berapa elok masa lalu Felda Aring dulu..
So taknak take risk kalau sport rim pecah sepecah hati ku yang menangis nak tukar sport rim lain..
#Sendu
Hai Paksu dan Danish
3 SYAWAL
Rumah makcik di Kuala Ibai
Bergambar di rumah mak yang tak siap-siap lagi atas tanah toki
Beraya di rumah mak ngah
Danish dan Umaira yang kat depan tu entah kenapa time bergambar ni, mereka sangat behave..
Sebelum ni bukan main payah lagi nak duk diam bila bergambar.. Memang nak kena berlari angkat kain kejar dia kalau nak bergambar family..
Selamat Hari Raya
Abang Jan's family
Paksu Melayan anak buahnya
Malamnya aku g Rumah Terbuka KFC..
Hahaha..Pergi Rumah KFC-order-tunggu-bayar-cari seat-makan sambil gossip gitewww!
Oh..heaven
Berjumpa Cik Ezy malam raya keempat sebab esoknya Ezy dah start kerja.
Aku pulak sehari raya ketiga tu berjalan bawak mak ke rumah saudara mara
Makanya hanya jumpa malam tu bila cik Ezy set nak makan kat Giant
4 SYAWAL
Hari ni jugak hari special untuk adik no 5 aku. Emi akan bertunang hari ni..
Mak dan Emi dah plan nak semua pakai baju warna peach...
So, hantaran pun aku buat warna peach..
Total habis untuk hantaran hanyalah Rm80 untuk 7 dulang.
Kecuali tapak hantaran tu memang pihak perempuan dah belikan sekaligus bagi pihak lelaki..
Pagi sebelum g majlis tunang Emi, sempatlah atur untuk semua amik gambar untuk potret family.. Hari Raya Pertama kan semua kat rumah mertua..
So sementara semua baju cantek dan bersih ni baikla set untuk bergambar dulu... Nanti kang ada yang berlari g main pasir, berlari kejar kucing.. Eh, jangan ingat budak je.. Yang tua ada comot baju kena lauk, tudung kena air bagai..
Dah settle bergambar, terus arahan di beri oleh Mem besar agar semua siap sedia perisai untuk gerak g majlis tunang adik aku...
Majlis start pukul 11 pagi lebih kurang..
Takde jemput orang lain pun, sebab family aku pun dah 3-4buah kereta dah..
Okeyla tu.. Tunang je kan..
Selamat Bertunang dan Selamat Hari Raya
:)
Berebut nak balik dan tukar barang hantaran sebelum balik.
Nak pegang coklat atau buah (barang panas tiap kali majlis..ramai yang nak pegang)
tuptup.. dapat hantaran jam..
Sibuk mengira anak cucu dia cukup korum ke tak sebelum balik rumah nanti..
Selepas kenduri tunang, singgah beraya rumah paksedara
Raya kelima : Balik KL tak suka..huwarghhh..hentak kaki..
Next entry?? CAMEROONNNNN..Ok.bye
4 comments:
hai, baru jumpa ur blog cik hani ...heheh, tq
Seronoknya beraya :)
selamat hari raya
comel tunang adk mu.. comel lote..
same comel ngn mu.. ahaha
sayang Hani jugek.. tehee
Post a Comment