Haiii semua.. Sihak dok??
Baru ada keberanian nak share treatment aku kat sini.
So far ni je treatment aku amik.
Tak pergi jauh lagi. Huhukk..baru selangkah dua jer..
Aku start pergi jumpa doktor lebih kurang 5 bulan lepas kahwin... Means tahun lepas la..
Pergi ke klinik di Selayang. Jumpa doktor Suhaimi. Dia pakar sakit puan di Columbia Asia.
Tapi part time di klinik Selayang tu.
Bila ceritakan masalah semua, dia mintak aku pergi Columbia Asia untuk tindakan lanjut.
Lagipun barang kat sana lagi moden. Ni antara prosedur yang aku buat..
1. Test Darah untuk tahu keseimbangan hormon
Aku buat test ni di klinik Selayang tu je. Seminggu pastu dapat result.
Result dia : Hormon aku tak balance. Dan peratusan hormon tak stabil tu sangat tinggi. Tu satu faktor aku payah nak hamil dan period tak tetap. Memang ketara hormon aku tak balance.
Kos : Dalam RM100.
2. Ujian HSG
Ujian ni nak tentukan sama ada tiub fallapio. Ujian ni aku buat kat Columbia Asia Setapak.
Kos : Dalam RM400. Mahal sebab aku ada suntikan tambahan sebab ada asma.
Sumber : Aku copy kat Google jer. Mintak Halal ye.
Sumber : Aku copy kat Google jer. Mintak Halal ye.
spekulum / Mulut Itik
Sumber : Aku copy kat Google jer. Mintak Halal ye.
Ni pap smear. Proses macam lebih kurang, masukkan spekulum nya.
Ni pap smear. Proses macam lebih kurang, masukkan spekulum nya.
Klik sini untuk baca details of HSG : http://drprima.com/kandungan/histerosalpingografi-hsg-pemeriksaan-untuk-deteksi-kelainan-rahim-dan-saluran-telur.html
3. Ujian Untuk suami.
Semua OK.
Pengalaman aku :
- Masa masukkan mulut itik tu aku tak rasa sakit pun sebab dia guna pelincir.
- Bila dia buka mulut itik sebab nak buka laluan pintu cervis kita aku rasa sakit sikit. masih boleh tahan.
- Bila dia masukkan cecair tu, aku rasa sakit sangat-sangat.. tak tipu.
- Tapi sakit tu cuma beberapa saat. Aku menjerit time tu. Plus menangis.. heheheee
- Lepas tu sakit dah hilang. Sekelip mata aku tak rasa sakit dah, aku boleh bangun jalan2 terus.
- Tapi oleh kerana tu hospital swasta, haruslah buat manja mintak nak duduk kerusi roda. hehehe..harus lah feeling ...
Lepas siap HSG, aku ke bilik doktor. Doktor baca result yang tiub fillopio aku ok dan tak tersekat.
Kemudian dia scan rahim pulak.
Masa ni baru detect yang aku PCOS.
Kemudian dia scan rahim pulak.
Masa ni baru detect yang aku PCOS.
Sources : Google jer!
3. Ujian Untuk suami.
Kos : Dalam RM120.
4. CLOMID
Doktor bagi aku pil Clomid 50 g. untuk makan setiap kali period hari ke 2 - ke 6.
Satu pagi satu malam.Ubat ni untuk matangkan telur aku.
Sumber : Aku copy kat Google jer. Mintak Halal ye.
Sumber : Aku copy kat Google jer. Mintak Halal ye.
Transvaginal Scanning (TVS)
Lepas period hari ke 12, aku g Columbia lagi untuk scan telur (TVS) . Masa ni boleh tahu size telur.
Kalau size 16-18 dah ok.
Masa tu doktor bagi suntikan kat perut untuk pecahkan telur dalam masa 36 jam.
Lepas 36 jam, doktor cakap boleh bersama suami. Telur akan hidup selama 48 jam sahaja..
Aku buat 2 kali ujian ni. Belum rezeki aku. Yang first telur aku satu besar, satu kecil sikit.
Kali kedua buat, dua-dua telur aku besar. Doktor siap cakap, kalau nasib baik dapat kembar.
Tapi sayang, belum rezeki aku. Mungkin aturan Allah untuk kami lebih indah lepas ni.
Doktor mintak sangat aku jangan stress stress.. Tak elok untuk orang yang try untuk hamil.
Setakat ni sahaja rawatan aku setakat ni, tindakan aku sekarang nak jaga makan, continue acid folic dan doa banyak-banyak.
Masa mula-mula memang rasa stress lepas treatment tapi failed untuk hamil..
Tapi lepas tu, aku okey je.. Tak pikir sangat..
Kalau berjaya ok la, kalau failed aku g enjoy makan, tengok wayang, jimba..
Ok. Bye
4 comments:
Bykkn sbr n jgn ptus asa tau..msti ada hkmahnya knapa smua ni tjd,tuhan tau yg tbaik tuk kita..sbb 2 kita diuji cmni.insyaAllah berkat doa,kesbrn n twakal psti ada hsilnya..jgn fkirkn sgt tau, nnt stress pula.
aturan Allah terbaik utk awk dan saye..
same2 kite sabar ye..
kwn aku berurut.. lps berurut tros lekat..
insyaAllah ade rezeki mu nt..
=)
Gitu rupanya..
Bagus jg Hani share ni, boleh tmbh pengetahuan n pengalaman..
Klu ada bajet lebih, ada org syorkan, minum susu IBU mengandung mcm anmum tu. Bg persediaan utk Rahim. Just sharing, hehe..
Datang sini sebab nak godek entri akak yang lama. Hehe. Thank you for sharing this!
Post a Comment