RESEPI : Puding Roti Sos Kastard

Assalamualaikum... Hai Semua...


Mak aku ni kalau nak pergi bercuti, ataupun jalan-jalan, memang dia la yang paling sibuk pikirkan makan..
So masa nak gi family day kat kuantan tu, mak beli 8 plastik roti (kaya,bluebery &cream).

Mak takut anak cucu dia lapar.
Padahal anak cucu zaman sekarang tak susah, kalau lapar call delivery aje. Hihihik..
Duit atau card aje yang kena ada...

So lepas habis bercuti, mana-mana roti yang tak habis mak bagi aku..
Berpikir jugak, " ni kalau tak habis sebelum expired date, memang ke dalam tong sampah la jawabnya".

Semalam roti tu tersadai kat dapur.
Ingat nak panaskan balik dan makan sambil minum kopi layan youtube Running Man.
Tup tup teringat eh,boleh buat puding roti ni.

Maka terhasil la dua bekas puding roti.




1 bekas - puding roti cinnamon. (sebelah kiri)
1 bekas - puding roti tanpa cinnamon. (sebelah kanan)



Takut- takut nak letak cinnamon takut xsedap.
Tapi bila masak, sedap pulak weh..
Suami mula mula tak suka ada cinnamon, pastu bila dah masak sedap pulak menambah2 dia makan.

Bakar dalam bekas ni, bekas dari Mr. DIY
Huhuhu.
Kalau tak guna, jawabnya tersadai la dalam kabinet


Bahan-Bahan Untuk Puding Roti.

1. 8 keping roti yang dicarik-carikkan.
2. 2 cawan susu segar/susu cair.
3. 4 sudu besar gula
4. 2 biji telur
5. 1 sudu the esen vaniila
6. 2 sudu besar mentega yang dicairkan.
7. Bahan taburan- kismis, cip coklat, kacang badam.

Cara Masak :
1. Satukan susu + mentega + telur + esen Vanila + gula. Kacau rata sampai telur sebati dan gula hancur.
2. Masukkan roti + bahan taburan (kismis + cip coklat + kacang badam). Kacau dan ratakan.
3. Rendam dalam 15 minit.
4. Untuk taburan atas, tambahkan lagi bahan taburan (kismis + cip coklat + kacang badam)
5. Bakar suhu 180 darjah, selama 30 minit, api atas bawah.





Bahan-Bahan Untuk Sos Castard.
1. 1 tin susu cair
2. 1/4 tin air (guna tin susu tadi untuk sukatan)
3. 2 sudu besar tepung custard
4. 2 sudu besar gula
5. 1 sudu teh esen vanilla.


Cara Masak:
1. Sediakan periuk, masukkan semua bahan. Kacau sebati sehingga tepung custard sebati dan tidak berketul.
2. Barulah hidupkan api dapur, panaskan periuk tadi sambil kacau perlahan-lahan sehingga sos sedikit pekat.
3. Jangan tunggu sos terlalu pekat, sebab nanti bila sejuk, sos akan bertanbah pekat.


Pssst: sekarang duk study cara nak buat strudel apple..huhu..

Ok.bye
XoxO

7 comments:

Kakzakie Purvit said...

Macam itulah kalau dah jadi mak-mak tau Hani
Kalau boleh tak mahu anak-cucu lapar
Buat pun mesti sampai semuanya puas makan..

Tu Hani buat sampai 2 bekas habis makan tak?
Tak habis hantar kakak sini hihi...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Nenek memang selalu ingatkan cucu cucu nya takut lapar ye Hani..
Lama akak tak buat Puding Roti ni..
Nak cuba jugalah yg letak kayu manis tu..

~ NANA ~ said...

tiba2 rasa nak masuk dapur & buat...haha...terliur! lama tak makan

sweet tooth said...

wa...nampak yummeh sgt!

Asha Lya said...

Sdp nya puding roti hani...ehh nak try la mcm ni

ezy.fia said...

aku wat versi kukus tp krng jd.. sedih betol.. haha

OKje said...

Habis ke tu dua bekas Hani?
Okje pun lama tak berpuding......tunggulah roti dah nak expired baru buat hihi