nuffnang

JANA DUIT

Program Sentuhan Kasih 2020 untuk pemohon anak pelihara JKM

Assalamualaikum... Hai Semua...


Baru teringat nak up kesah ni as kronologi kami dalam urusan anak pelihara JKM.

29.09.2020 

Suami dapat call dari staff JKM dan dia mintak email address untuk forwardkan surat jemputan. Masa tu masih ada isu covid dalam Malaysia. So kami tak sure majlis ni akan cancel atau boleh diteruskan. Rupanya masa tu covid masih terkawal dan aktiviti berjalan macam biasa. Jemputan dalam 80 orang, yang hadir dalam 80-90%.


Surat Jemputan

06.10.2020 

Kami join seminar dari jam 8.30 pagi - 1 petang di dewan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Minggu tu suami kerap cuti sebab urusan dressing kaki MIL di Klinik area Puchong. Aku cuti separuh hari je untuk hari seminar ni.
Alhamdulillah. JKM lakukan segala SOP yang perlu sepanjang majlis ni. Tapi musim2 virus ni kan, kita duduk berjauh-jauhan dan kurang bersembang dengan semua pemohon anak pelihara. Kami bersembang mana yang duduk satu meja mulat (besar) masa makan tu pun duduk jarak2. Macam2 kesah/macam2 perjalanan orang lain dalam TTC. 


Suami isteri pun duduk berjauhan ikut SOP



Kalau orang tanya isu apa disembangkan dalam seminar ni?

Ala.. isu family la. Isu anak, cabaran menjaga anak, pemakanan anak, emosi anak, kawalan anak, tanggungjawab ibu bapa angkat, dan sebagainya isu berkaitan. Ianya lebih kepada cara membesarkan anak & memberi persediaan untuk para ibu bapa angkat incase dapat anak kelak.


Sepanjang seminar

Masa penutup seminar akan ada ucapan penutup la dari pihak2 atasan JKM. So banyak nasihat/semangat mereka bagi untuk semua yang hadir.

Mungkin ada orang tanya soalan ni:

Dah dapat anak angkat ke masa join seminar ni?
Jawapan : Belum dapat lagi anak. Anak angkat pun takde JKM nak bagi masa ni. Tak tahu bila giliran. Ni cuma persiapan awal JKM buat untuk pemohon yang terpilih masuk dalam waiting list/keutamaan.

Ada yang dah dapat anak angkat masa join ni?
Jawapan : Ada. Ada pemohon yang dapat anak angkat (anak angkat bukan JKM bagi, tapi anak angkat dapat dari pihak lain tapi proses melalui JKM untuk urusan rasmi anak angkat). So JKM panggil untuk join seminar sekali.


Tak ketinggalan OOTD untuk seminar. Hehehe

Entry pasal permohonan anak angkat. Kronologi sebelum ni boleh klik Entry Ni dan Entry Ini.

Tu sahaja.

Ok. Bye. XoXO

16 comments:

nohas said...

semoga dipermudahkan urusan dan tercapai segala hajat..

nayfatimahrasyid said...

Semoga dipermudahkan segala urusan 🤲🤲
P/s:saya ada bunga telang kering, jika puan sudi nak minum air bunga telang, sila bagi alamat, saya nak bagi puan minum jew✌️

Nasa Mulia said...

Semoga mudah urusan nak dapatkan anak angkat kelak...nanti up lah kriteria dan syarat untuk seseiapa yang nak memohon.

Kakmim said...

oh.. rupanya ada kursus jugak ye... semoga dipermudahkan urusan hani... semoga ada rezeki utk hani dan suami.. aamenn

notie said...

Semuga segalanya berjalan lancar dan Allah mempermudahkan urusan hani.

ajwa said...

Assalamualaikum,

Nice sharing. sedikit perkongsiandari saya, mengenai Pengalaman abang kandung saya di pelihara oleh Makcik (kakak kandung Ibu tiada anak sendiri), dari bayi hingga dewasa sebelum berumah tangga.
Sesekali pernah terdengar keluhan arwah abang kandung ku ini yg sangat ku sayangi walau di pelihara oleh makcik sebelah ibu.

Begitu juga arwah ibu saya pernah bela anak angkat (anak buah sebelah sepupu yg daif ketika itu) dari bayi lepas pantang sampai masuk U. Banyak cabaran dan ujian. Semoga ada pahala utk arwah ibu bapa saya. Biasanya, setelah dewasa masing2 mencari dan kembali kpd ibu kandung... Lumrah dan fith kan... Bertabahlah.

Azhafizah MN said...

Semoga berhasil nanti. Bagus juga ada seminar begini untuk persediaan ambil anak angkat.

Cik Azz said...

Semoga segala impian menjadi kenyataan. Aamiin.

Tqa London said...

May Allah ease everything for you.

Mama Zharfan said...

thanks for sharing. may Allah ease

Shida Radzuan said...

Thanks for sharing this. Moga dipermudahkan urusan nnt :)

sophea ◇ said...

wah good thing . semoga segalanya dipermudahkan :)

Nina Mads said...

semoga dipermudahkan urusan dan ada rezeki utk timang anak sendiri.. ramai juga yg mohon ya :)

Litah L said...

Allah bless u n family.. :)

Farrah MF said...

Moga Allah kurniakan rezeki yang indah buat kalian berdua 😊

Sha Mohamed said...

Semoga Allah kurniakan rezeki yang baik buat Hani dan suami..
Bagus perkongsian Hani ini..