FIL masuk wad di Hospital Klang pada 30.12.2020. Sekitar 4 hari sedar pastu selebihnya tak sedar (ditidurkan) sehingga habis umur memang tak sedar.
Ahad 17 Januari 2021.
Pagi tu suami bawak Mak mentua (MIL) g Puchong dressing kaki. Pukul 6 petang suami dapat panggilan telefon dari hospital. Masa tu aku dengan MIL tengah tengok TV. Suami bersiap nak g hospital. Oleh kerana sebelum ni, suami kerap dapat call dari hospital, kami tak pikir apa-apa la. Tapi memang muka suami lain hari tu. Mungkin taknak maknya risau.
Kul 6.50 petang suami whattsap "Bapak dah meninggal"
Suami call dan cakap dengan MIL bagitahu bapak dah meninggal.
Sambil menangis, MIL mintak suami bagitahu berita ni kat adik beradik.
MIL mintak aku bagitahu jiran.
Kat sedara-mara suami maklumkan kat group whatssap mereka.
Aku tekan loceng rumah jiran indi sebelah ni dan bagitahu bapak dah meninggal. Dia datang melawat kami dengan maknya & jiran india depan rumah. Jiran Melayu kami maklumkan guna whatsap saja (sebab dia kuarantin contact rapat teman opis covid & anak sedara dia pun covid).
MIL taknak makan malam tu, aku sediakan susu je agar tak perut kosong.
Jiran India ni keluar masuk rumah aku sampai jam 11 malam, sama2 risaukan MIL. Kul11 malam selepas MIL rehat dalam bilik, aku masuk bilik. Tak tahu masa mana aku tertelap, jam 12.30 tengah malam suami call bagitahu urusan pengebumian selesai dan mintak aku tunggu sebab kak ipar otw dari kg.
Jam 1pagi, aku dan MIL bangun bila kakak ipar dari perak sampai. Untuk pengurusan kematian, memang tak berkesempatan nak tunggu orang jauh datang, sebab nak selesaikan segera di musim PKP ni. Settlekan terus malam tu.
Jam 1.30 pagi suami balik dari tanah perkuburan. Bila suami masuk rumah, aku nampak dia pakaiannya kotor dengan tanah, tengok muka dia sayu. Dia sendirian kat hospital dan di kubur dengan adik beradik dan ipar duai lain. Aku kat rumah teman mak dia. Walaupun jiran ada nak hantar kami ke hospital (sebab kereta suami dah guna), tapi MIL kata tak perlu. Oh. Sbb Iddah kan..
Jiran datang. Sapa follow blog kami, memang tahu jiran india kami baik-baik sini.
Suami cakap dia tak boleh mandikan jenazah bapak . Sebab ketua mandi Jenazah benarkan abang2 dia yang mandikan, yang bongsu (suami ) tunggu di luar. Masa solat jenazah dia boleh join, dan duduk belakang sekali kerana dia bongsu. Suami terkilan sikiiitttttt la bab tu sebab selama bapak sakit sejak 2018 memang kami berdua jaga di rumah kami (pernah ke rumah lain, tapi tak lama beberapa hari aje, paling lama pun 4bulan - takde isu bergilir-gilir). Masa bapak tak sedarkan diri dan diambil oleh ambulans pun, suami mandikan, siapkan bapak dia. Bapak di bawak ke hospital dalam keadaan bersih.
Aku cuma cakap takde apa nak kesalkan. Masa hayat dia sakit, kita dah jaga dan jalankan tanggungjawab. Memang diakui orang yang menjaga orang sakit paling banyak dosa. Dosa bergaduh mulut tiap kali arwah bapak taknak mandi, arwah bapak marah2, tengking2 sebab sakit. Dosa berleter kat arwah bapak sebab arwah sibuk nak balik rumah sendiri, lari dari rumah sampaikan aku kejar dengan tak sempat pakai tudung.
Pada pendapat aku : Tahlil kedua penting, Yang paling penting lepas kematian, pedulikan orang yang ditinggalkan ni (MIL). Call tanya khabar dia kalau xleh melawat musim PKP ni kan. Tu je.
Isnin & Selasa kami berdua cuti.
Rabu kami kena masuk kerja.
Suami aku memang kerja musim PKP2.0 ni.
Aku gilir2 kerja. Tapi minggu ni aku kena g ofis sebab sibuk untuk payment dah nak raya cina kan. Kontraktor semua nak payment.
Esok (Rabu) MIL sorang kat rumah kami sebab kami berdua kerja. Tapi Jiran India ni memang selalu masuk jenguk MIL. MIL boleh jalan guna tongkat, huyung2 tu biasa la sebab dah tua dan kaki pun berbalut luka kencing manis.
Next week aku cuti seminggu teman MIL kat rumah. Then g keje macam biasa gilir2/bila dipanggil bos. Suami keje macam biasa setiap hari.
Mintak doakan dan sedekahkan al fatihah untuk arwah bapa mentua. Doakan MIL kuat semangat.
Ok. Bye
XoXO
12 comments:
Innalillahi wainnalillahirrajiun.. salam takziah hani.. be strong ok.. mmg ralat sikit baca part husband hani tu tp xpe Allah tau dialah plg byk berjasa menjaga arwah sehingga arwah pergi
salam takziah utk FIL....smoga MIL kuat semangat...situasi ni berlaku lebihkurang 1 thn sudah..kami kehilangan FIL juga...sbb tu tk jadi pindah rumah baru kami sbb stay dgn MIL yg tkde sape nk teman dia
Inalillah, salam takziah buat hani dan keluarga... alfatihah buat arwah pak mertua hani...nasibla di waktu susah gini ada jiran2 yg baik, boleh tlg tggk mil masa hani n suami keje..
Salam Takziah Hanni. Mudahan MIL Hanni redho dah sabar menghadapi kehilangan orang yang di sayangi.
Semuga aruah FIL Hanni termasuk dalam golongan orang yang beriman dan beramal saleh. Al fatihah
Kasihan suami awak, tapi betul awak kata tu, yang penting adalah semasa hayat Arwah, dia banyak berjasa.. semoga ditempatkan bersama para solihin ��
Innalillahiwainnailayhirojiuun..
Takziah.
Innalillahiwainnailaihirojiun
Alfatihah buat arwah ayah mertua awak.
Semoga roh arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman. Aaminn
Apapun awak berdua dah menjalankan tanggungjawab dengan baik. Semoga semua kuat dan tabah.
Syukur dikelilingi jiran yang baik hati walaupun berbeza agama.
Innalillahiwainnailaihirojiun
Salam takziah buat awak sekeluarga.
Inna lillah wa inna ilayhi rojiun. Moga Allah mengampuni dan merahmati roh FIL Hani.
Untuk suami Hani, Allah Maha Tahu setiap perbuatan baiknya. Itu dah cukup.
Tumpang senang ati tengok MIL ada jiran yang sangat baik walaupun berbeza agama. Rezeki.
salam takziah
Innalillahiwainnailaihirojiun.
alhamdulillah urusan dipermudahkan Allah walaupun kita masih fighting dgn covid.
Semoga han dan suami sebagai anak dpt ganjaran dan pahala berbakti kepada org tua hingga ke akhir hayat
salam takziah. innalillahi wainna ilaihi rajiun
Post a Comment