PKP 2.0 & Appointment Ayoh di Hospital

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ayoh di Terengganu ada appointment untuk sakit Prostat dia. Alhamdulillah, kalau dulu  pakai wayar kencing tetapi beberapa bulan lepas wayar kencing dah dibuang. Walaupun kencing tetap kerap kali (benda biasa bagi orang tua), tetapi tetap alhamudulillah memudahkan orang yang menjaga dan ayah pun tak sakit kalau tak pakai wayar kencing kan.

Doktor kata ubat yang ayoh aku pakai sekarang sesuai dengan dia. So boleh continue. Ayoh boleh kencing dengan mudah tanpa rasa sakit. Ubat tu bagi feedback positif. Next appointment insyaAllah bulan 8 pulak. Alhamdulillah, tak kerap sangat appointment sebab risau nak ke hospital kerap-kerap musim macam ni.  

Alhamdulillah.. Di kampung Kat Tganu masih ada sorang abang (no3) tinggal bersama, masih ada adik2 yang belajar U kat rumah sebab musim covid ni, ada sorang adik pempuan tgh menunggu hari bersalin. So ada la yang boleh mintak tolong jagakan mak. Terima kasih.




Ayoh menunggu appointment.


MIL aku next appointment bulan 3.

Alhamdulillah PKP2.0 ni aku WorkFromHome, so boleh aku temankan MIL kat rumah, kalau tak memang MIL sorang kat rumah sebab FIL dalam wad sekarang. Suami je kerja musim PKP2.0 ni. Semalam half day, hari ni Fullday keje. Mintak selamat semuanya.

Musim PKP2.0 ni aku harap orang masih ikut SOP dan jaga-jaga. Kes melonjak-lonjak sekarang. Nak larang orang bekerja tak boleh, sebab masing2 struggle cari duit kan. Harap pandai2 jaga diri je la. Cuma harap mana yang takde keperluan, boleh la duduk diam-diam kat rumah macam aku ni. hehehe. 
Macam-macam benda boleh buat kat rumah. Haaa.. siap langsir bilik MIL aku jahit dengan tangan. Gigih kan.. Hehehe

Korang mana2 yang kat rumah tu, buat aktiviti apa je musim PKP2.0 ni? Gaduh dengan anak2 ke tu? Encik suami tak tersalah beli barang masak kan? Encik suami aku dah mintak kek batik cheese, bingung aku.. Moh la kita gigih google. Harap menjadi la kalau buat. Hehehe

Pssst : Encik suami.. belikan i mesin jahit Brothers. Ni i jahit langsir kat mak U guna tangan je ni.. Hahaha...

Ok. Bye
XoXO

7 comments:

notie said...

Semuga Ayoh Han sembuh seperti dahulu. Dan semuga Allah mempermudahkan urusan Han sekeluarga. #Kita jaga kita

Syaz Rahim said...

Semoga dipermudahkan urusan ayoh tt

Mama Zharfan said...

i pun wfh ni...sejak pkp last year lg..so dh mcm norm plak wfh..mr hubby memang pegi keje...tp now sbb pkp 2.0 ni, dia alternate wfh

Farrah MF said...

Semoga Han dan family terutama parents sentiasa dilindungi Allah.

Azhafizah MN said...

Hikmah PKP2.0 dapat menjahit langsir dan teman MIL. Takda urusan kita duduk rumah je lah stay safe. Betul, macam macam boleh buat.

Nour Adieb said...

sedih sbb ramai x ikut sop

michelle said...

Numpang promo ya Admin^^ (f)
ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.biz ^_$
add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^ x-)