Sejak 30Dec 2020, FIL ditahan di wad Hospital Klang. FIL masuk ke sana kerana tidak sedarkan diri di rumah sejak lepas asar sehari sebelum tu.
Progress 1 :
Tak sedarkan diri.
On Oksigen.
Pakai tiub kencing
Swab Test
Makan guna tiub
Progress 2 :
Mula sedarkan diri cuma sangat lemah
Kencing manis tinggi so insulin bila perlu
On ubat antibiotik sebab suspect kuman dalam darah
Buah pinggang tak ok.
Makan guna tiub
Swab Negetif dan di pindahkan ke wad bebas covid
Progress 3 :
Mula sedarkan diri.
Bertindak balas bila doktor panggil
Masih on oksigen
On ubat antibiotik/ tahan sakit.
Makan disuap
Mula bercakap kasar dgn nurse bila nurse tukar pampers/sentuh kaki dia yang sakit saraf selama ni (ni sifat FIL - akan marah2 bila sakit kakinya di sentuh bila tukar pampers)
Progress 4 :
FIL tak sedarkan diri semula. Kami terkejut jugak kerana kami jangka FIL akan bertambah baik sebab progress positif sebelum ni. Doktor call suami suruh kesana. Suami call semua adik beradik dia ke sana. Buat second swab test. Doktor suruh sign borang yang kami bersetuju doktor takkan buat CPR/kejutkan jantung guna mesin dia kalau FIL still tak sedar.
Progress 5 :
Perkembangan sama. FIL ditidurkan. Tak sedarkan diri lagi.
Doktor suruh suami ke sana untuk sign borang kebenaran untuk mereka scan paru-paru FIL plak. Second swab test negetif.
Sampai ke saat ni. progress sama tak sedarkan diri.
Notes 1 : Tak boleh jenguk langsung FIL sebab SOP hospital tak benarkan orang luar masuk ke zon bebas covid dia (patient dah buat swab test - negetif)
Bila datang ke hospital pun, hanya bincang dengan doktor. Tak boleh masuk tengok FIL. Sejak hari pertama masuk wad, memang takleh melawat/jenguk FIL.
Notes 2 :
Isnin 11.01.21 - doktor suruh sign borang kebenaran xray paru2.
Selasa 12.01.21 - doktor call suruh ke hospital. Doktor bg keterangan semua yang FIL merosot dan ditidurkan. Doktor suruh bersedia untuk sebarang kemungkinan.
Suami minta untuk melawat bapak. Oleh kerana doktor tahu suami aku call & follow up setiap hari dgn doktor dan nurse, doktor akhirnya benarkan suami masuk. Agaknya doktor pun kesian. Sejak FIL masuk wad, setiap hari suami call sebab takleh melawat kan.
Memperkenalkan diri setiap kali call "Saya anak patient yang bernama Ahmad"
Setiap pagi, kami call hospital ketika kami dalam kereta drive 2jam ke tempat kerja. So sambil menunggu line phone dapat get thru, line disambungkan ke department, so boleh la tunggu sambil2 drive dalam jem gi kerja tu. hehe..
So doktor benarkan suami melawat. Tapi suami kena pakai full PPE. Hanya boleh tengok, tak boleh pegang FIL. Dan duduk lebih kurang 1m jauh. Ok la daripada suami tak dapat masuk jenguk langsung ayah dia. Balik keje, suami ceritakan kat MIL. MIL redha segalanya sebab hospital adalah tempat terbaik utk bapak skrg. Kami kat rumah tak tahu nak monitor macamana.
Semoga Allah permudahkan urusan.
PKP ada hikmah pada kami suami isteri. Aku boleh WFH dan berada di rumah sepanjang 2 minggu PKP ni walaupun suami masih kena kerja. Selama ni kami berdua kerja, dan mereka sendirian di rumah.
Psst : Ada yang syorkan FIL dibawak keluar dari hospital, tapi kami suami isteri kerja, sape nk jaga? Rumah takde segala kelengkapan mesin macam hospital. Kami serah bulat2 pada hospital/pakar.
Semoga Allah bantu. Tu je kami mintak.
Terima kasih atas doa-doa kalian.
Ok. Bye
XoXO
7 comments:
semoga dipermudahkan urusan Hanni & suami..semoga FIL bertambah baik kesihatannya..
lebih baik tinggal di hospital, ada pakar yg monitor..kita doakan dari jauh..
Ya Allah.. sabar ye sis, saya doakan semua dipermudahkan dan berjalan lancar
Musim covid-19 ni memang tak dapat nak melawat. urusan appointment pun kalau boleh pesakit je dibenarkan. Procedur berubah dah sekarang. Apapun semoga terus kuat dan sabar ye dan FIL kembali positif boleh balik rumah. Semoga dipermudahkan segala urusan sekeluarga. Aaminn
Allahumma yassir
shafahullah aamiin
semuga FIL Hanni cepat sembuh. Yang sebaiknya biarlah di hospital dimana segala rawatan dan doktor serta kakitangan hospital ada yang menjaganya. Kita doa baik-baik semuga Allah mempermudahkan urusan Hanni. Semuga Hanni dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini.
Moga sembuh seperti sediakala FIL awak sis ameen ..sabar ye
semoga dipermudahkan urusan 👍👍👍
Post a Comment