Konvokesyen adik

Assalamualaikum... Hai Semua...


Aku balik Tganu sebab konvokesyen degree adik perempuan aku si Aima.
Dulu masa diploma di UTHM , mak dan ayah aku tak dapat datang sebab ayah aku kan dah uzur, tak boleh nak jalan jauh. So, as ganti aku dan keluarga abang sulung yang pergi. 


Tapi masa degree alhamdulillah dia dapat sambung di UMT (Universiti Malaysia Terengganu).
Dekat dengan rumah. Tapi tu la study online 2tahun, kesian jugak wei.

So, kali ni ingatkan ayoh boleh pergi sekali sebab kat Tganu kan.
Rupanya ayoh aku makin uzur. Lelohhhhhh je memanjang.
So, mak aku suruh aku balik temankan dia masuk dewan masa konvo.


Oleh kerana dia konvo di hari terakhir, so lepas konvo terus kena bagi jubah dan keluar dewan.
So, tak sempat kalau nak bergambar selepas keluar dewan.
Makanya kami buat sessi bergambar sebelum hari konvo dia.
Nasib baik jubah dapat collect awal sehari, so sempat la dia bergambar sehari sebelum dengan family.
Esoknya masa konvo, sempat bergambar dengan ayoh kat rumah dan terus ke UMT.





Bergambar dengan mak ayah sebelum ke dewan konvo.
Mak dengan aku saja yang pergi konvo dia.
Adik lelaki bongsu teman ayah kat rumah.
Bila kami siap konvo, kami call adik untuk datang pick up kami.















Siap konvo, keluar dewan terus kami balik. 

Duduk beberapa hari di Tganu.
Maha Panasssss yang amat.
Aku rasa bahang sampai ke kaki wei.
Dengan gangguan bekalan letrik beberapa hari, saborrrr aje la.
Paling sendu, bila bekalan letrik takde pukul 5 pagi.
Melalak la anak sedara aku kepanasan.
Kul 7 ada letrik, masing2 membungkam sambung tido.

Dah settle konvo, keesokkannya aku balik KL naik flight.


Bergambar sebelum pulang ke sarang.
Anak sedara aku (Azka) tengah giler sukakan eskalator.
Hehehe.
Sakan dia suruh orang dukung dia naik eskalator.

Bye-bye semua.
Jumpa lagi masa raya. InsyaAllah

Ok. Bye
XoXO

5 comments:

Mrs. A said...

Tahniah! dah graduation

ezy.fia said...

wahhhh sedar2 dh konvo adk mu..
tahniah utk aima!
cantik jelita dia.. hihi..

nt raya kalo blk roger aku..
lama xg raya umh mu..

norhidana said...

Bestnya hani oi, teringat masa pergi konvo diploma adik akak dekat unisza tahun 2019 dulu. Puas mak abah dengan adik2 datang dari johor ke terengganu.

Panas ye di terengganu, kami kt kl ni tak menentu kejap panas kejap hujan.
lupa lak, tahniah untuk adik yg konvo itu ya

Syazni Rahim said...

alhamdulillah, tahniah!

Mama Zharfan said...

congrats
dan salam ramadhan al mubarak