Dari Nahara, change plan pergi Pasir Putih Resort Kalumpang

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kali ni nak share pengalaman mandi sungai di Pasir Putih Resort Kalumpang, Hulu Selangor.
Aku mulanya takde plan nak kemana2 walaupun cuti 3hari (hari agung).. 
Tapi lepas melepak dinner dengan member kerja suami, dorang last minit plan nak try camping balik hari.
Pagi-pagi aku bangun packing baju.
Sebelum ni, kami suami isteri masakkan dulu untuk mak mentua sebab kemungkinan akan balik lewat petang.

Packing baju letak dalam plastik asing2.
Senang nak tukar baju di bilik persalinan nanti.
Share beg, cuma ada plastik asing2 dalam bag untuk suami & untuk isteri

Aku bawak perkakasan yang perlu untuk makan dan bbq di sana


Niat utama nak g pasang tikar kat NAHARA Kalumpang.
Aku gerak dari rumah pukul 7.30 pagi lepas siapkan makan mak mentua.
Untuk makanan aku bawak :
1. Mr.Kiwi Daging Harimau Menangis 2pek
2. Mr. Kiwi Beef Rib 1pek 
3. Mr. Kiwi Lamb 1 pek

Selebihnya dorang bawak:
1. Nasi Putih
2. Mee goreng
3. Ayam & Seafood untuk bbq
4. Jagung
5. Air minuman & ais

Dari rumah, kami g rumah dorang dulu bantu siapkan menu dan perkakasan.
Dalam 8.30 gerak ke Kalumpang, Hulu Selangor.
Sampai sebelum pukul 10, jemmmmmmmmmmmm di jalan masuk ke Nahara.
Parking pun jauhhhh sangat sebab dah penuh tepi-tepi jalan tu.
Kalau kami park kereta kena jalan kira-kira 800meter.
Masa tu tawakal aje la nak berjalan sebab dah siap semua barang dalam kereta kan. Takkan la nak patah balik.
Pastu ada sorang lelaki kat situ bagitahu boleh g Port lain yang banyak parking dan dekat dengan sungai.
Kami ke port baru iaitu PASIR PUTIH RESORT Kalumpang.
Masuk melalui lorong kecik, melalui kebun-kebun orang.
Akhirnya sampai sana.

Kadar bayaran utk camping di Campsite Pasir Putih, Kalumpang ni.
1 tapak : RM50
1 pondok : RM50
plugpoint (1 malam) : RM15
1 orang (dewasa) : RM10
1 kanak-kanak : RM5 (5-12tahun)
Bilik penuh, so kami tak tanya harga.

Antara yang disediakan :
 - Tapak khemah
 - Pondok
 - Chalet
 - Kolam budak
 - Toilet
 - Bilik mandi with toilet (Bilik persalinan)
 - etc

Kami tak ambik tapak khemah, dorang suruh park je tikar kat mana-mana yang xde no tapak khemah.
Sini boleh masuk dengan kereta sedekat mungkin dengan khemah ye.
Memang memudahkan pengunjung tanpa perlu angkat barang jauh-jauh.


Port kami hampar tikar belakang kereta saga tu

Masa masuk, aku eksaited sangat sebab nampak deretan khemah.
So happening.
Serius memang berbalai datang ke sana.


Kami cop tempat, hampar tikar dan loading barang.
Geng lelaki 2 orang ni pasang kanvas.
Oh ye, kami ni newbie so, xde la hebat sangat bab-bab camping ni. Hahaha




Mulakan aktiviti dengan buat bara api.
Makan dulu pastu g mandi sungai.
Lepas pukul 1 baru la kira mandi puas-puas.
Sebab sebelum ni duk siapkan bbq.

Oleh kerana dah basah, aku naik dan persiapkan diri untuk solat  zohor sekitar jam 3.45pm.
Toilet asing ada.
Toilet dan paip mandi pun ada.
So far selesa dan tak kotor.
Tepi tempat mandi ada kolam untuk budak2..
Pukul 5pm balik.
Oh ye.. Kami semayang atas tikar kami saje. Takde jenguk keadaan surau dia macamana.

Sini memang ramai orang dirikan khemah.
Suka tengok..
Happening aje..





Bila tengok waze, nak ke Pau Yik Mun sekitar 10minit saja.
So, kami ke sana dulu sebelum masuk highway balik KL.
Jalan ke KL sedikit jem sebab ada kemalangan.
Sampai rumah sekitar 7.50malam.
Pau ni ada tanda halal.. So berani la nak try.
RM3 sebijik.

This trip so fun.
N nak repeatttttttttttttt lagi.
Siap kami duk plan nk beli khemah la, itu ini..
Yelaa... sekarang trend camping kan..
Hahahhaa..


Gambar from google


Weiii.. lepas ni repeat wei..


Kalau ikutkan dorang nak aje bermalam kat sana. Tapi kami takleh join la sebab mak mentua ada kat rumah kan, sape nk teman dan bagi makan. Makanya lain kali la ye kalau nak bermalam masa camping ye.


Boleh terjah sini sebab sini lengkap tukang blog ni ceritakan.

Ok. Bye
XOXo

6 comments:

Cik Jaja said...

awal awal kita baca pasir putih ingatkan kat kelantan. rupanya hulu selangor hehe

norhidana said...

Sana sini org pi berjalan cuti sekolah sekali kan...

Jaja Ahmad said...

Best kann kat pasir puteh resort tu..last week pegi hari biasa..kosong takde orang. Kami anak beranak je 4 orang..hihihi

ezy.fia said...

aku ingt pasir puteh ade kat kelantan je.. haha

besnya berkelah.. seronok..

Kakmim said...

bestnya hani... pegi ramai² mmg best... mst x puas

adianiez AIDA said...

wow. gi berkelah ek situ.
best kan :)