nuffnang

JANA DUIT

Bercuti last minit ke Melaka 2022

Assalamualaikum... Hai Semua...


Senyap sunyi blog lama aku tinggalkan. 
Ok. Nak up kenangan g Melaka dengan member. Kami pergi berempat.
Kami suami isteri & Muja Aida suami isteri.

Lama sungguh tak berjalan-jalan melainkan balik kampung aku saja di pantai timur.  Sejak dapat tugas jaga mentua dari 2018,ni kali pertama kami bercuti selain pergi family day company. Oleh kerana mentua di rumah adik beradik lain sejak bulan 7 (bln 7 & 8 sahaja), makanya merasa la kami suami isteri ikut sahabat bercuti ke Melaka.
Last kami ke sini adalah pada tahun 2013 masa member kawen. 

Asalnya, kawan kami (Si Aida & Suami dia) ni ada kerja di Melaka, kami pun follow sekali dan menjadila percutian 2H1M ke Melaka dengan kawan-kawan.

Kami Menginap di Hotel Moty yang sangat memuaskan hati. Berpatutan dan bilik selesa. 
Book hotel khamis malam. Jumaat esoknya gerak g Melaka. 

MOTY HOTEL .
AddressNo. 42, Jalan PM6, Plaza Mahkota, 75000 Melaka

MOTY HOTEL

JUMAAT 22 JULY 2022

Gerak ke Melaka pukul 1.30 petang. Kena sampai sebelum jam 5petang sebab Aida ada perjumpaan pukul 5petang dengan doktor pakar sana. Hantar dia ke sana dulu, pastu baru kami bertiga check in hotel. Sementara Aida ada meeting tu, aku stay kat bilik lepas asar. Suami dan Muja g jalan2 kat Pasar Malam area hotel. Geng lelaki berjalan berdua aje pusing2 cari makan. 

Harus la lincah bergaya packing kalau bab nak bercuti ni kan..




Kita tunggu geng lelaki check in kat kaunter

Lobby yang sangat welcoming guest dan selesa


Oyster dan scallop bakar cheese.
Beli jugak tongmo








MOTY HOTEL ni adalah bangunan kat shoplot ini aje. Tapi ada banyak parking kat sini. Mula2 sampai, tengok luar bangunan nampak biasa aje. Bila masuk lobby wowww.. So welcoming us.. Cantek dan selesa. Biliknya pun selesa. Bilik harga RM200-300 macam tu kalau tak silap. Bilik selesa. Puas hati.

Lepas check in, suami & Muja pergi jalan-jalan kat Pasar Malam sekitar hotel. Aku tak join sebab nak rehat sat sementara tunggu malam.
Lepas magrib kami suami isteri jalan kaki ke Jonker Walk dan Bandar Hilir.  Aida dan Muja berehat kat bilik sebab Aida baru balik dari meeting tu. Ramai giler orang. Meriah. Rasa macam lama betul tak pergi tempat meriah macam ni. 





Canteknya lampu. 
Macam Fairytale 

Jonker Walk Time









Beca meriah wei dengan2 lagu2 tiktok yang viral.
Sound pulak kuat2 pasang lagu memang meriah
Sape ada anak memang sakan la happy bebudak tu naik beca berhias ni


Aku beli fridge magnet as kenangan. 
Ko tengok suami aku beli apa. 
Pengurut kepala dan kayu penggaru dia beli. 
Banyak2 tempat dan barang, ini yang di belinya. hahaha


Suami beli T Shirt untuknya. 
Aku nak yang match xde size. 


Berejam duk memilih topi akhirnya xde yang berkenang


Lepas tu, baru Aida dan Muja turun berjalan jugak. Kami dinner sesama kat area2 situ aje.  Xnak g jauh
start2 kereta bagai. Malam tu tido dengan keadaan sakit tubuh dan kaki. Sakan berjalan.



Dinner sekitar Taming Sari

Bergambar dengan geng2 bercuti







Ok. Yang ni dah macam cover album dah. Ok.Bye





SABTU 23 JULY 2022
  • Eh, awal pagi bunyi fire alarm sebelum pukul 6pagi. Ingatkan kebakaran. Rupanya alarm rosak.  Lepas subuh memang tak leh tidur dah.  Duk bermalasan, pastu turun breakfast. Lepas breakfast kami berdua pusing2 bandar Melaka naik kereta. Takde nak turun berjalan.. Malas. Lebih kepada nak tengok view2 bandar Melaka aje. Banyak kedai breakfast full. Kami gerak balik KL pukul 12tengahari. 

Breakfast time. 
Tempat selesa. 
Makan best. 

Breakfast pun sedap2 menu nya. 





Nak singgah bergambar pagi2 sebab takde orang tapi xboleh parking area sini.
So, memang takde gigih la nak berjalan kalau parking jauh.
Malam tadi punya penangan penat pun tak terbayar lagi.


Joker Walk pagi2 meriah kat kedai breakfast cina.  


Aku siap2 packing sebelum breakfast. 
Sebab lepas breakfast nak jln2 pusing2 bandar.  Balik dari tu, baru mandi dan turun untuk check out 


Bergambar sebelum pulang



Check out time


Habis jalan-jalan 2H 1M.. Takde nak pergi food hunting kat tempat2 viral sebab masa yang mencemburui kita... Oleh kerana ni trip yang last minit arrange, makanya ok la.
Sebab aku tengok kedai2 sini penuh aje orang.


Ok. Bye
XoXO

3 comments:

norhidana said...

tengok luar hotel macam biasa-biasa je... macam hotel bajet sebab bangunan tak tinggi gitu... tapi bila tengok lobi dan biliknya wow..... memang mantap lah puas hati betul. Bestnya jenjalan melaka, akak dah lama gila tak ke sana

anakdenesor said...

walk in distance tak hotel dengan semua tempat..kire berbaloi la kan stay sne..sbb menyampah klo nk kne drive mlm2 jemm..

Mama Zharfan said...

seronok baca psl u cuti2 melaka..i pun dh lama giler tak gi melaka..dulu2 mcm kerap jugak ke situ sbb faktor dekat dgn KL kan