Bilik No 2 pasang wall art painting

Assalamualaikum... Hai Semua...


Bilik No 2

Dah lama pasang painting kat bilik tengah a.k.a bilik no 2. Sekarang baru nak share progress aku deko rumah.


Bilik no 2 ni bilik baju kami. Bilik ni sebelah bilik air dan bertentangan dengan bilik MIL (Mother-In-Law). Dulu masa pindah dan duduk berdua dengan suami je, memang bilik no 2 ni jadi bilik baju, kami tidur sekali sekala aje kat sini kalau ada orang datang sebab biasanya kami tidur di bilik utama.


Bila MIL dan FIL tinggal sekali, kami tidur kat bilik no 2 semula. Sebab senang malam-malam apa-apa jadi kami dengar sebab bilik bertentangan dengan mereka. FIL kadang2 menjerit2 kalau malam-malam dia sakit (saraf). Kalau panggil2, kami dengar. Jiran India kat sini memang dah sedia maklum.
Entah macamana dulu 3tahun jugak kami laki bini tidur katil super single ni dalam bilik ni sebab nak dekat dengan bilik mentua. Hahahaha.

Tak banyak deco bilik ni.
Tapi banyak barang. Penuh dengan wardrobe, low cabinet & meja.
Siap buat meja menjahit kat bilik ni.
Kali terakhir cat bilik tahun 2021 lepas buat kerja pasang tingkap baru & tarik buat plug point baru untuk additional plug point & new aircond switch. And 1 more thing is install exzos fan. 

Sebelum ni dinding kami letak full of frame.
Then kosongkan lepas cat bilik bila kerja2 tukang frame tingkap siap.
Sekarang, up satu wall art painting sebab nak tambah SERI bilik.
Bila pakai 1 aje frame besar macam ni, less la debu berbanding banyak2 frame kecik2 tergantung kat dinding.

Tadaaaa..

Ni saje area yang ok untuk 'UP'kan art painting ni kat wall bilik.
Walaupun sebenarnya lebih cantek letak kat headboard area.

Btw, ni wall art kami dapat masa company aku buat jualan untuk clear barang opis.
Kami beli dengan harga murah.

Ok. Bye
XoXO

1 comment: