Pokok lidah jin di beranda ku

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sejenis gigih kalau bab pokok & tanaman.
Itu la aku.
Hehe.
Pukul 11 nak tido pun, duk intai pokok lagi. Hahaha

Oleh kerana ada Besi katil MIL yang aku letak kat beranda tu, Makanya, aku plan nak alih anak pokok lidah jin dalam pasu besar tu untuk masukkan dalam pasu kecik2 dan gantung kat besi katil tu.
Oh ye, pokok lidah jin ada jugak yang panggil pokok lidah mentua.

So aku beli la pasu2 gantung kat dinding untuk letak kat besi katil tu.
Takde pasu yang warna lain.
Yang Warna coklat takde penyangkut.
Kalau boleh memang nak warna coklat sebab tak mudah nampak kotor.
Yang putih memang cantek, tapi cepat nampak kotor.
Hehehe.

2kali beli pasu kat shoppee sebab kedai ni baru re-stock.
RM2.30 macam kedai eco jugak.
Cumanya re-stock kali kedua tu warna dia sedikit lain.
Macam kaler kekuningan sikit. 




Pasu putih RM2.30
Pasu coklat (dalam pasu putih) RM 0.50
Yang murah2 aje kita sapu..hehe

Lama tunggu pasu sampai sebab 2x order kan, sampai je zasss aku alih anak pokok



Tadaaaaa..

Kelam kabut aku alihkan anak pokok sabtu hari tu, lepas tu sebab nak pergi klinik plak dressing kaki MIL seperti biasa as rutin mingguan.
Ehh.. Sekali suami malas nak ke klinik.
Penat aje aku duk kelam kabut alihkan anak pokok.
Sedangkan aktiviti itu sepatutnya lebih santai 
Hehehek


Aku letak 2 jenis pokok lidah jin
Satu yang ada line kuning & satu lagi yang hijau gelap


Konon nak bergambar masa raya nanti berlatar belakangkan pokok2 indah.
Maklumla raya kat sini tahun ni.
Tiba2 suami kata, macamana nak bergambar kat sini nanti membelakangkan matahari, gelap.
Ok. fine.
Tak perlu la. Akan kujadikan keindahan pokok as jamu mata sendiri dah la.. Hahaha

Pokok letak pokok lidah jin kat sini sebab pokok tu tak perlu kerap siram.
Dan siram sikit air pun ok dah.
So, takde la lantai basah sangat
Lagi satu tanam pokok ni senang sebab pokok ni payah mati. Hehehe


Ok. Bye
XoXO

3 comments:

Mama Zharfan said...

cute jer u susun2 tu nampak kemas
bab payah mati tu sgt betul!! sbb ari tu ada satu pasu pokok ni, terbiar jer kat dpn umah (luar pagar) tapi tak mati2 wpun dh bertahun2...memang sgt2 survival mode lah pokok ni...then ari tu time jiran reno umah dan kemas2 kwsn, dh buang semua kot termasuk pokok lidah jin dlm pasu tu

norhidana said...

wahhhh banyak dan cantik betul... raya nanti mesti lawo...

Ezna Khalili said...

Elok je tersusun cantik pokok pokok tu haaa....berseri-seri kawasan rumah.