MIL happy jumpa sedara di musim raya ni

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sabtu Ahad Minggu Pertama dah tentu la hari raya pertama dan kedua kan.

Sabtu Ahad Minggu Kedua pulak kami takde kat rumah. Ayah aku masih kat ward kat Tganu. Suami mintak tolong abangnya jaga MIL. Ramai sedara call kami tanya MIL kat mana sebab nak datang beraya sambil melawat MIL. Oleh sebab kami kat Tganu dan MIL dijaga di rumah lain selama 10 hari, makanya kami bagitahu la yang MIL diganti jaga di rumah anak lain sementara aku jaga ayoh aku di wad di Hospital Kuala Terengganu. Tapi masing2 taknak ke sana. Semua cakap takpe la, dan nak tunggu MIL balik ke rumah aku baru nak datang beraya dan melawat MIL sekali.

Makanya, Sabtu Ahad Minggu Ketiga raya ni memang berjujuk la setiap hari weekend/mahupun hari bekerja sedara serbu rumah kami bila kami jemput semula MIL lepas balik dr Tganu.
Tukang urut terus datang melawat MIL bila tahu MIL dah kat rumah kami.
Sabtu datang segerombolan orang kampung MIIL.
Ahad beberapa kali rombongan sepupu suami datang.
Isnin hari bekerja pun masih ada yang datang, kebetulan suami MC. Aku pulak kerja. Maka jamu kerepek je la...
Hari ni pun masih ada paman datang, tapi almaklum la masing2 bekerja. Jiran India bantu panggilkan MIL bagitahu ada orang datang.
Jamu kerepek je kalau tetamu last minit. Hehehehe...
Kalau yang booking nak datang, aku sempat la siap2 masak rendang dan ketupat, nasi putih dan siakap keongsom. Sekali nak MIL biar berselera makan nasi bila ada tetamu teman makan.

Dah 5 tahun jaga, memang MIL 90% duduk dengan aku.
10% lagi duduk dengan yang lain bila kami mintak tolong jagakan sebab ada urusan.
Sebab tu aku rasa sedara senang bila datang rumah kami aje sebab kebanyakan masa dorang datang melawat memang MIL kat rumah kami.

Bila duduk dengan orang tua ni, memang rumah akan selalu kedatangan tetamu sebab nak melawat MIL. Lebih2 lagi ni je mak saudara perempuan dorang yang masih hidup.
Raya pertama dah tentu adik beradik suami datang beraya dengan maknya.
Malam tu pulak sedara nya datang 4 kereta.
Weekend2 seterusnya dah tentu kedatangan sedara yang nak menjenguk MIL.
Yang syoknya, tetamu jarangggg datang tangan kosong. 
Ada aje buah tangannya. Hehe

Tak sempat curi-curi masa nak gi rumah terbuka orang.
Kami pun takde buat rumah terbuka untuk kawan-kawan. Sapa nak datang, hello2 aje.. Hehe..
Dengan kesihatan suami tak bape ok kali ni. 
Sabar aje la melepek hujung minggu kat rumah. Haha


Terima kasih datang melawat MIL.
Sedikit sebanyak menceriakan MIL.
Harap dengan kunjungan macam ni, MIL seronok boleh sembang2..

Merasa la buah tangan dari kampung.
Terima kasih Paman bawak buah tangan



Psttt : Bila depa sembang bahasa jawa, memang krik-krik jela aku. Hehehe

Ok. Bye

2 comments:

Ammi said...

orak ngerti ye?
belajarlah sikit2...

Mama Zharfan said...

tetamu dtg bwk rezeki. alhamdulillah