Ayoh dah keluor wad

Assalamualaikum... Hai Semua...



Alhamdulillah...
Finally, selepas sekitar 25 hari di wad, ayoh boleh balik rumah.
But..
Sebelum balik, doktor pastikan ada mesin oksigen standby di rumah.
Baru ayoh dibenarkan balik.

Adik beradik & ipar yang sekitar kampung, uruskan proses penyewa tong oksigen sehari sebelum ayoh balik.
Belajar cara guna.
Tanya itu ini.
Untuk pastikan boleh guna dengan betul di rumah nanti.




Banyak farmasi yang kehabisan mesin oksigen di sekitar Kuala Terengganu.
So kami pergi cari di daerah lain.
Farmasi Lau & Tan di Marang kebetulan ada mesin oksigen.
So, menyewa dari sana.

Deposit RM200.
Bulanan RM200.



Ambil pulang ayoh


Adik beradik  & ipar duai sekitar kampung banyok jasa pada ayoh.
Semoga Allah memberi ganjaran besar kat mereka.

Lepas settle beberapa urusan TTC aku, dan keadaan kesihatan aku ok, aku akan balik kampung lagi membantu mak ayoh aku.
InsyaAllah.


Ok. Bye
XoXO

3 comments:

Suria Amanda said...

Alhamdulillah, semoga diberikan kesembuhan buat Ayah

mummy_ayu said...

alhamdulillah, syukur..moga terus sihat ..aamiin

Mama Zharfan said...

Allahumma yassir