Bawak MIL makan di luar

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kadang2 tak tahu MIL nak makan apa.
Dah jemu agaknya MIL kan makan masakan tak sedap aku. Hahaha..
Kita ni dah la tak jaguh bab masak. Huhuhu..

MIL request nak makan kat kedai sepupu.
So kami bawak ke sana.
Memang MIL kalau boleh setiap hari nak makan sini.
Kita je tak mampu nak bawak. Huhuhu.
Dalam tak mampu, kerap jugak kami bawak sebab nak MIL makan dengan berselera sikit.










MIL kebiasaanya memang amik nasi ayam penyet aje. Dan Teh O Kosong letak limau.

Dah 5 tahun MIL pantang telur. Sekarang MIL dah start makan telur semula.
Aku terus yahooooo seronok.
Sebab?
Boleh la tambah 1 menu tambahan bila masak. iaitu TELUR. hehehe

Psst : Kan kaki MIL luka kencing manis sejak 5tahun lepas, so memang MIL takut nak makan telur. Wapaun doktor kata telur tak menyebabkan nanah, tapi orang2 tua still takut.


Ok. Bye
XoXO

4 comments:

Mama Zharfan said...

Barakallah fiik.moga ur MIL dikurniakan kesembuhan..aamiin

Suria Amanda said...

Elok la pantang tu..but still telur punca nanah, itu jadi kat Mak Pah..x selera nak amakn selalu fia mintak telur..terus nanah kakinya...ni dh masuk ward balik...tunggu keputusan samada potong atau ada solution lain...

fanny_dcatqueen said...

Saya baru tahu pula ttg telur terhadap kaitannya dengan kencing manis .

Sebagai orang yg tak jago masak, saya pun bingung kalo masak, Krn menunya hanya itu2 saja 🤣. Apalagi kalo masak buat mama. Makin tak confident, apalagi mama jago masak 🤣

Ammi said...

dari kecik mmg kita dimomokkan dengan telur akan buat kita gatal2. dalam pantang takleh makan telur. bersunat takleh telur.