nuffnang

JANA DUIT

Piknik Lentang yang best

Assalamualaikum...
Hai :)


Setiap yang gembira, haruslah ada derita sikit kan..
So, lepas bergembira g piknik kat Lentang, haruslah derita sikit sebab lenguh satu badan ni..

Okey...

AKu bertolak dari Shah Alam ke Rumah Baya kul 7.30 pagi..
Saupi dan Izad pun dah tunggu kat Umah Baya..
Pastu terus gerak ke rumah Zaim kat Gombak..



On the way ke rumah Zaim..
Saupi ni suka sangat main kamera canggih Kak Baya
(Kak Baya sejenis manusia yang suka upgrade model phone baru)


Kul 8.30 pagi, semua nak kena gerak ke MCD (sebelum Highway Gombak tu)..
Kat sana kena berkumpul..
Dah bila namanya konvoi mestilah beramai-ramai kan..
Bukan macam dating berdua kan...
So, bila dah ramai macam-macam hal la..
Ada yang lambat, ada yang baru nak gerak..
Ada yang baru lepas tol.. Macam2 hal..
Kena la tunggu dengan sabar sambil wat muka jernih walaupun masih mengantuk..
Ada la dalam 25 orang budak opis yang join (termasuk kalau ada yang bawak kawan, ahli keluarga(
Kat tempat ni la rombak balik kedudukan penumpang dalam kereta..
Tukarkan bagi yang drive semua lelaki.. Bukan kata perempuan tak pro...


Nah, layan je gambar sebanyak 4 juta keping ni.. Biar muntah pink nak...?

Kat MCD Gombak









Aku naik kete Kak Baya (Baya, Nisa, aku, Zaim)..
Lepas kereta ke-enam sampai, teruslah gerak ke Lentang dengan aman dan selamat..
Thank You kat driver kami yang memandu dengan berhemah..


 On the way ke sana..


 Lepas sekitar 1 jam dah sampai... Muka mengangkat barang

 Si tanggang mintak maaf dari mak dia...




 Geng pempuan bina rumah sementara





Geng tak mandi duk bersembang...
Aku turun lewat sikit berendam dalam air...




Mandi sungai memang sangat best...Aku suka..
Pasni nak mintak bakal encik suami buat rumah tepi sungai..
Ke mak nak menantu orang asli??
Hehe..


Bersiap sedia untuk gerak pulang kul 4petang
But, melencong dulu ke rumah opismate (Naza comey) kat bentong



Dalam kereta otw ke rumah Naza kat Bentong..
Ni dengan geng department lain..



 Wah sakan kami bersantai kat halaman rumah Naza..
Time ni badan dah penat sangat... Aku pikir nak tidor je..
Bayangkan ko tengah penat lepas seharian mandi sungai..
Pastu singgah rumah member di Bentong..
Dorang hidangkan makanan yang best-best semuanya..
Ko pelahap seperti tiada lagi hari esok..


Geng baju petak-petak..



Main-main kamera HP canggih Kak Baya
Sedar2 kami berdua dah tertido kat seat belakang sebab kepenatan & kekenyangan..

Jalan agak jammed masa balik..
Sampai umah sekitar pukul 7.30malam..
Lepas mandi dan solat, rehat jap sementara tunggu solat isyak..
Pastu terus tido. 
Awal giler tido malam tu sebab penat.. 
Pecah rekod la sebab tido awal..Roomate i mesti bangga..!


Kesimpulannya: Piknik ni sangat best..Terasa macam nak g lagi.. Tapi nak g dengan sape pulak kali ni??

Wah...siap berkesimpulan bagai.. Macam karangan darjah 6.
Ok,tata semua!
Bye