DIY : Baju Kurung Moden beading and lace

Assalamualaikum...
Hai...


Untuk kenduri my BFF bulan June 2013 nanti, aku ada upah jahit sehelai baju kurung moden..
Time siapkan baju tu berserah je la kalau gemuk nanti tak dapat pakai la time kenduri...

Kami beli kain warna peach ni beli kat Kamdar Jalan TAR bulan Mac 2013 hari tu.
Kemudian upah kat tailor kat Seksyen 18 Shah Alam, RM65.

Baju Melayu suami buat kat tailor ADEN Seksyen 18 Shah Alam jugak.
Baju suami 2 minggu je dah siap. Suka hati suami..
Upah baju suami RM90 sahaja.

Border Lace aku beli kat Jalan TAR, kedai Syarikat Bunga Riben.
Lace Biru ni RM30 semeter.
Mahal tapi best sangat lace ni..
Sebab tak lembik sangat macam lace murahan tu.
Bunga dia pun sangat cantek.
Then aku beli manik dan bunga dari GM.

Price :
Manik : RM18. (Ada banyak lagi lebih-lebih)
Ribbon Rose 3D : RM14 (Ada lebih uuntuk next DIY)
Sifon Poddle Flower : FOC (DIY sendiri guna kain yang sedia ada)


GM Klang


Kami beli di sini 2F -120
Beli banyak dapat murah.
Boleh campur-campur item lain jugak.


The pearl yang comel-comel belaka.
Pelbagai saiz
Bunga Rose 3D pun banyak aku beli sebab nak untuk next DIY


Bakar tepi lace untuk elak keluar bulu-bulu yang menyebabkan mata kite pun berbulu tengok..
Hati pun boleh berbulu sebab sakit hati



Atur patch lace bawah poket baju suami
Untuk baju suami aku buat bawah poket je letak bunga sikit dan manik


Sebelum

Selepas
Tak letak sarat sangat nanti segan pulak dia nak pakai
Letak manik pun sebab ala-ala nak matching gitewww dengan baju aku..



Potong lace untuk baju isteri


Susun lace


First trial susun bunga
Sebelum jahit manik

Rose Flower 3D

Gigih suruh suami tolong jahitkan sekali..


Untuk tudung aku beli tudung bawal RM9.80 je kat jalan Tar.
Kemudian aku add on manik atas bunga ni..






Bunga tangan dihadiahkan untuk my BFF untuk kendurinya


Ok.bye
XoXO

3 comments:

ezy.fia said...

gighnye kawan kite ni..
hikhikhik

cik violet said...

rajinnye berdiy. hehe

shamyheart said...

gigihnya.

Rajin