Feeling mahu pitam sebab RUMAH TERBUKA..
Sedih kan kalau baca statement aku ni..
Ni merupakan first time kami buat rumah terbuka.
Kami masak rendang dan mee soto JER...
Kelam kabut masak malam tu dan sambung panaskan lauk waktu pagi tu.
1. Masak Rendang Ayam
2. Masak Kuah Mee Soto.
3. Rendam Mee Hoon
4. Sediakan begedil
5. Gorengkan ayam mee soto dan carik-carikkan
6. Rebus ketupat
7. Spagethi (tak dirancang, tapi ada yang request nak)
Oleh kerana kami takde kuali dan periuk besar, makanya semua aktiviti jadi terhad dan kena masak 3 kali untuk nasi impit tu. Mestilah penat kan sebab aktiviti masak yang dua tiga kali nak kena masak ni.
Nak beli periuk dan kuali besar, belum ada bajet. Seriuss..
Tunggu gaji nanti akan kami cuba tunaikan..
Tetamu pertama.
Bakal Pengantin Baru
This September
Baru nak mulakan hidup di rumah baru.
So, ala kadar sahaja kelengkapan yang ada
Nasib baik ada jugak pinggan mangkuk hadiah kawen yang masih berguna
Siap senduk besar guna nak ceduk kuah bagai..
Pasni kena beli senduk sederhana kecil yang comel.
Nak serbu kedai RM2 pasni.. Jom..
Bekas Nasi yang 7 compartment tu Blogger Ezy yang bagi masa kami kawen.
Sangat berguna..
Mee soto dan rendang
Meja kerja suami aku korbankan jadi meja makan.
4 family yang datang
Ada lagi yang tak sampai
Wah.. Photographer kami masa kawen..
Feeling malu pulak sebab sebelum ni pernah duk manja -manja dengan suami depan dia masa photoshoot
Ni anak photographer kami.
Rumah Terbuka kami sampai pukul 3 petang macam tu jer.
Lepas siap, tertidur kami 2 orang depan TV kepenatan..
Macamana la orang yang lagi besar Rumah Terbuka kan..
Ni je makanan yang tak habis.. Tak banyak sangat..
Kami ulang makan makanan yang tak habis.
Alhamdulillah
Psst : First time wat rumah terbuka, mesti banyak kekurangan..
Ok. Bye
XoXO!
3 comments:
First time buat memang susah nak bajet kan hani.. takut tak cukup jer.. nanti kesian pulak tetamu yg datang.. bila berlebih.. tuan rumah pulak kena makan ulang2 kan.. tapi akak tengok dah ok tu..
Nora bagi 3 bintang ehe :)
wah...rajin cik hani bt open house...nisa x yakin lg nk beropen house ni..hehehe...congrats
rajin gak buat open house..sy memang malas nak buat ;D
Post a Comment