Banjir 2015 : Cuci Rumah Lepas Banjir

Assalamualaikum...



Entry Banjir Rumah mertua ada link kat bawah ni:
http://puapoo.blogspot.com/2015/01/hasil-selepas-banjir.html
http://puapoo.blogspot.com/2015/01/rumah-mertua-banjir.html

Selepas hampir 16 hari banjir, akhirnya banjir surut.
Oleh kerana sabtu pagi aku kerja, makanya suami balik dulu dengan mertua ke Perak untuk cuci rumah. Semua alatan untuk mencuci aku dah siapkan..
Kalau bawa peralatan sendiri cepat sikit kerja siap kan sebab kelengkapan dah cukup.
Sebab nak gotong royong ramai-ramai....
Satu hari dah siap semua cuci lantai.

HASIL SELEPAS CUCI

Bilik Tetamu.
Tikar getah buang.
Katil buang.
Satu almari buang
Tilam Queen saja yang boleh dipakai..

Bilik Mertua.
Satu almari buang.
Yang lain still boleh guna...

Ruang TV
TV rosak
Cabinet TV buang.


Ruang Tamu masih ok. 
Sini takde barang langsung kecuali letak motor je masa banjir.
Tiles ada yang rosak..


Dapur Area Peti.

Satu almari buang....
Peti semua OK.
Enjin mesin nak kena check.


Pintu cabinet dapur ada yang rosak..
Almari dapur buang.
Meja letak barang buang
Meja makan yang rendah buang 


Bila banjir macam ni baru lah kami semua punggah barang dan jumpa itu ini...
Mana yang lama hilang semua muncul masa ni.
Mana yang buruk lepuk time ni memang dah patut buang...


DAN.. Pabila namanya semua perempuan..wanita..Ibu..Orang Veteran..
Makanya ada sahaja yang ingin disimpannya ataupun ingin di hadiahkan pada kita..


Banyak periuk rice cooker yang dah tak guna disuruh kami bawak balik..



Dibagi sekali pinggan dengan piring..
Bila ada kabinet dapur orang ingat kabinet dapur kita kosong...
Padahal.. Kabinet dapur kita pun dah muntahh..




Keadaan sekarang kat dapur rumah aku.
Dah full tak masuk kabinet lagi.

Ok. Bye
XoXO

1 comment:

cik mah said...

Seronok dpt sm2 kemas...bukan selalu kan...cantik bilik tamu..