nuffnang

JANA DUIT

Rasionalnya pakaian raya sedondon.

Assalamualaikum...
Haii.. Sihat?


Kata orang raya sekali setahun.
Sebab tu ada yang sanggup berhabis untuk raya yang sekali setahun ni.
Korang pulak macamane???

Raya sebenarnya bertambah meriah sebab adanya kaum PEREMPUAN.
Mereka la yang :
- bertungkus lumus kemas rumah.
- bersengkang mata buat kuih.
- berporak peranda siapkan baju baru.
- berbebel-bebel mintak lelaki panjat pasangkan lampu lip lap.
- berhuru hara di dapur sediakan juadah raya.
- bergaduh bermerajuk pilih warna pilihan untuk sedondong.

Kalau lelaki?
- takpe, raya tengok tv je takpe.
- takpe, pakai baju tahun lepas takpe.
- takpe, tak masak banyak pun takpe, boleh makan kat rumah sedara.
- takpe, rumah sepah sikit takpe. biasa la tu.
- takpe, dah besar raya dah tak eksaited.

Yang menjadikan raya tu suatu perasaan eksaited adalah sebab persiapannya.
Planning untuk baju raya warna pe, nak beli di mana, nak masak pe, nak beli kuih apa, nak tambah baik keadaan rumah.

Kalau perempuan buat ala kadar atau buat tak kesah macam lelaki, ko rasa raya tu meriah dan eksaited tak????
Lelaki ni terdorong untuk memeriahkan lagi raya/persiapan raya bila tengok kaum perempuan yang eksaited raya.

Okey...

Dimana rasionalnya berpakaian sedondon pagi raya?.

Rasionalnya bila :
 - kau mampu (berduit),
 - kau mampu (mengarahkan kaum keluarga pakai sedondon)
 - kau mampu (carikan warna sedondon).

Bila berkeluarga besar especially, kau mungkin mampu sebab berduit untuk beli baju sedondon, tapi hasrat tu terhalang jika tak semua ahli keluarga korang nak pakai warna sedondon.

Sebagai contoh : Payah lelaki nak pakai pink. banyak sangat songehnya nanti.

Warna sedondon jugak kadang-kadang boleh menambah perbelanjaan kita.
Contohnya: semua decide nak beli baju kuning, sedangkan kita takde baju kuning, so terpaksa beli la semata-mata nak kejar sedondon di pagi raya.

Macam aku , aku jarang ada baju raya.
Biasanya pakai baju yang sedia ada (yang masih cantek).
Ataupun kadang-kadang aku DIY baju sedia ada tu untuk nampak lagi cantek.
Kos aku banyak dihabiskan untuk duit raya dan peralatan rumah untuk raya.

Macam keluarga aku, payah nak sedondon sebab semua dah besar.
Tambahan pulak kalau yang dah kahwen tu, pilihan warna mesti nak ikut isteri kan...
Mak aku pulak takde letak syarat nak warna ape tahun ni.
Pakai je la apa yang korang nak pakai..


So, sedondon ke tak sedondong ke di pagi raya semuanya terpulang kat diri masing-masing.
Asalkan tak membebankan..


Ok. Bye

4 comments:

NabilaHasyim CUCKOO said...

haa, adik2 bujang je yg dpt sedondon, sbb xda komitmen..
yg dh kahwen tu, susah sket la, banyak ahti nk kena jaga, huhu..

Umi Nazrah said...

salam singgah. tahun ni, yg sedondon pun anak kembar. kami suami isteri ni pakai ja yg mana ada. apatah lagi saya plak ngah sarat mengandung. hehehe

ezy.xixii said...

aku sedondon ngn suami je..
paksa suami pakai baju same.. haha..

Shafizah Man said...

Assalamualaikum, salam kenal :) yup, setuju sangat kalau bukan sebab para isteri2 or wanita..mmg xkan meriah la raya. Suami fiza ni xberapa berkenan sgt nak sedondon..'org tau la juga kita ni psgn suami isteri' kata ya. Hihi