nuffnang

JANA DUIT

Haul Kedai RM2 : Kedai ECO RM2 kampung aku

Assalamualaikum... Hai Semua...


Balik kampung tak sah kalau tak jenguk kedai 2 ringgit. Mak dengan adik lelaki aku pun tahu pasal ni. Siap perli aku. Kalau balik kampung, jauh2 balik dari KL, balik Tganu nak g kedai 2 ringgit je. Kehkehkeh!.. Kali ni g The Store KTCC ada jual barang RM2.10.
Sebenarnya kebetulan aku teringat barang apa nak beli, so aku terus la pegi. Walaupun tumpang kereta abang aku masa balik Tganu. jangan main2 aku tetap shopping penuh satu beg ye... Siap senyap2 g shopping takut dorang bising kereta penuh. Hehehe.. Sengaja aku bawak balik baju sikit sebab nak spare beg kosong satu untuk letak barang..hehehe


Gigih susun dalam ni 

Jom tengok aku beli apa:


Aku beli bekas sayur. Dah lama cari. So dapat ni aku amik la 4 ketul. Ada jaring plastik bawah, so sayur takkan direct kena permukaan bawah bekas.

Hanger kasut ni. Tapi aku nak guna gantung handbag aku. hanger ni keras.

Pewangi kereta perasa vanilla (the best ever!), roller tu suami aku nak. Berus botol tu suami beli untuk cuci botol mak dia.

Cermin untuk gantikan cermin yang pecah dalam bilik air.
(updated: cermin rosak dah pun! Hahaha.. Aku tertepis cermin ni masa dalam bilik air. Cermin tak pecah, tapi rosak frame dia. Aku buang sebab taknak kalau luka tangan di kemudian hari. Moh beli baru)


Bekas letak barang dapur

Penyepit baju aku beli dua. Ni time nak, memang tak cukup wei kalau nak menjemur. Agaknya aku buat ulam makan nasi kot penyepit ni. asyik makin kurang je



Ok. Bye

11 comments:

Anum said...

macam2 ada kan

anakdenesor said...

suka yang hanger kasut tu..nak beli la jugak..heheh..bekas simpan sayur tu pon best juga

norhidana said...

pergi kat eco ni ada je nak dibelinya.... kadang masuk nk beli lain keluar beli barang lain pastu barang yg nak dibeli tak beli...haru

Syaz Rahim said...

Takkan pernah shopping bayar rm2.10 je kalau masuk sini, berhantu!

Litah L said...

asal masuk ja macam2 mau beli kann
happy weekend^^

Elly Matin said...

Tiba-tiba nak pegi pulak. Haha

genuine1224 said...

kedai berhantu. keluar kang mcm2 ada. tak payah pikir nak beli apa, sampai sana dan2 lah panjang list dlm otak ni

ezy.fia said...

yg kat ktcc mall ni aku g skali je..
xbest sgt kat stu..
tp ok la.. byk gop brng umh boleh beli..

tp eco tetap di hati.. haha

HeNRieTTa JoSe said...

menarik hanger kasut tu....kdai berhantukan...mcm mcm nak beli...hehhee...

Kakmim said...

Masuk eco x sah kan x memborong... hihihihi

Azhafizah MN said...

Yang bekas sayur tu fiza guna untuk letak barang basah ikan ayam sotong udang. senang tapis air.