nuffnang

JANA DUIT

Menyelam Bundle : Baju & Skirt RM3

Assalamualaikum... Hai Semua...


Masih ingat lagi ke kat aku ni. Blogger suam2 kuku ni. Kejap rajin kejap malas update blog.. Maklumla blog 20sen ni membingkiskan kisah2 kehidupan aku yang sendu je. Macam artis sendu!. Hehehe.. Sibuk dengan tugas hakiki kat opis ni haa..

Sibuk-sibuk pun balik kerja tetap sempat singgah Pasar Malam terjah bundle. Kat Pasar Malam Rabu sini dah ada 2 bundle ada jugak barang-barang perempuan. So sempat la menyelam dapat 2-3helai baju. Tempat shopping rakyat marhaen level2 Pasar Malam/Bundle je. Kita gatal kaki la kalau pegi PaviKLCC..hehe!

Jom tengok apa sempat aku selam:


Baju Knitwear
RM3
Dulu tak suka knitwear sebab ingatkan panas. rupanya ada je yang nipis dan tak panas.

Baju belang
RM 3.33

Baju bintik-bintik
RM 3.33

Baju blouse jalur2
RM 3.33

Baju darkblue RM3.33


Skirt garisan
RM 3



Baju belang


Baju bintik bintik

Baju knitwear

Baju blouse jalur

Baju darkblue dan skirt garisan

Semua OOTD ni aku kenakan baju dan kain/seluar dari bundle sekitar RM5 sahaja. Ala buat2 kena hujan atas moto time g or balik kerja...Tu yang aku aim baju/seluar RM5 je maksimum.  Kali ni beli yang 3pasang RM10. Tu yang jadi RM3.33.hehehe!

Psst : Kan duduk sekali dengan mentua, so rumah ada la kerap tetamu datang, so memang kena banyak baju lengan panjang sebab aku tak bape suka pakai kardigen.


Ok. Bye

20 comments:

Syaz Rahim said...

Comel, berbaloi tu murah tapi elok ;)

Farrah MF said...

Berbaloi tu! Cantik bergaya bila pandai mix and match 😊

Warisan Petani said...

Wak pun dari muda sampai ke tua minat cari pakaian bundle

norhidana said...

murah gila... sesuai aje dan cantik je bila dah dipadankan dengan seluar atau skirt yang padan... suka akak nengok

Unknown said...

Yang baju bintik-bintik dengan skirt pink tu comelnyaaaa, suka tengok. Skirt tu beli kat mana?

nayfatimahrasyid said...

Yang penting murah dan selesaπŸ‘πŸ‘

A m m i said...

ammi nak panggil awak ratu bundle lah kalau gini hahahah..

Litah L said...

cantik n berbaloi harga..
teringin jgk mau beli baju2 bundle ni tapi tula sy nda pandai pilih i mean since sy bukan kaki shopping, p mall beli baju baru pun jarang, selalu pakai baju yg sama2 saja p kerja x banyak choice yg ada haha

ray said...

i like. kadang2 lg best g bundle sbb banyak pilihan haha. murah pun murah.
yg penting kalau pandai cari, boleh dpt the one with good quality.

Han Hanni said...

Unknown: skirt ni rm5 beli kat bubdle psr mlm meru.dh lama. Sekitar 2016 kot.

Han Hanni said...

Syaz: haah.. kami kalau murah memang kami rembat je hehehe

Han Hanni said...

Farrah; haah mmg berbaloi. Senang nk mix n match

Han Hanni said...

Wak: haah. Bundle zaman kami kecik2 ayah suka bawak ke sana. Semua adik beradik sambung belajar pun ayah beli baju kat bundle bawak maasuk U...

Han Hanni said...

Dana: kami beli memang dah set siap2 kat kepala.beli ni nak setkn dengan apa..

Han Hanni said...

Nayfatimah; haaa.kan.. murah dan selesa. Jimat duit..

Han Hanni said...

Ammi; panggil kami ratu lebah.. lagi power dan berkuasa.hahahah

Han Hanni said...

Litah L : takpe.slow2..pasni nmpk bundle u masuk n belek2 baju lama2 nnti mesti tahu pilih

Han Hanni said...

Ray: haah .kan.. bundle byk pilihan.kalau nasib baik,dpt yg sgt berkualiti.yg penting baju kita xsama dgn org lain

Nina Mads said...

Berbaloi dgn harga.. kena pandai cari yg elok

ezy.fia said...

amboi makin comel skrg..
hihi..
aku plak sbuk shopping baju kurung hasnuri..
tiap bulan beli sepasang.. haha