Dressing Kencing Manis : Progress Luka di tumit slow

Assalamualaikum... Hai Semua...


Progress luka di tumit MIL slow sangat untuk kembali tertutup dan sembuh.
Dari APRIL 2019 hingga sekarang JAN 2021 (almost 2tahun), luka tak banyak perubahanan dan tidak tertutup banyak.

Latest Progress Luka Kencing Manis Di tumit
22012021



28112020


07102020


12072020


22042019

Berbanding Nov 2018 hingga April 2019 (sekitar 6bulan), nampak perubahan sangat ketara luka cepat sembuh.

23112018

Antara faktor (dari doktor):

1. Ini kawasan TUMIT. Tempat kita berpijak so payah nak naik kulit berbanding kawasan tapak kaki lain.

2. Usia . Usia MIL lepasi 70tahun, dah tentu kadar penyembuhan lambat berbanding orang muda.

3. Keadaan MIL yang tak reti nak berjengkit bila berjalan. So MIL tetap memijak menggunakan tumit. Tak sakit pun pijak guna tumit, sebab kaki MIL dah kebas akibat kencing manis kan.


Progress Dressing kaki :
1. Setiap hari g klinik.
2. Pastu selang sehari g klinik, 
3. Pastu selang 2 hari g klinik, 
4. Pastu cuci sendiri kat rumah
5. Pastu start semula setiap hari g klinik (selama seminggu sebab ada nanah)
6. Pastu selang sehari g klinik
7. Selang 2hari g klinik
8. Sekarang seminggu 2x sahaja g klinik (Kalau ada public holiday, dressing kami buat 3x di klinik.

So, bulan Jun 2021 nanti akan cukup betul-betul 3 tahun kaki berbalut. Boleh tak aku nak letak harapan agar bulan Jun 2021 nanti tumit ni boleh sepenuhnya tertutup dan sembuh. Hehehe.. Tak perlu lagi kami ulang alik g klinik dressing. 

So far aku dah 3hari bekerja lepas FIL meninggal, MIL duk sorang kat rumah.So far ok je. Duk tengok TV, makan. Sebab MIL ok lagi boleh berjalan guna tongkat. 


Notes : Bila la PKP nak berakhir ni, Bila la covid nak reda ni.. Plan nk balik Tganu, ditangguhkan la. Ingatkan nak balik bulan Feb nanti.. huwarghhhh..

Ok. Bye
XOXO

10 comments:

AzianKhalil said...

semoga tumit MIL cepat sembuh seperti sedia kala...

Nina Mads said...

kesian tgk tumit MIL.. 2 thn pun tak byk berubah ya? semoga terus iktiar cari cara nk sembuhkan luka

Nour Adieb said...

kesian sy tngk

Azhafizah MN said...

Semoga luka kaki MIL kembali sembuh.
Aaminn...

Dalam masa 2 tahun besar juga perubahan dia daripada awal tu. Ada perubahan ke arah sembuh tu. InshaAllah

Mama Zharfan said...

moga cepat sembuh..aamiin

Syazni Rahim said...

nampak improve :)

ShirVen said...

semoga tumit mil cepat sembuh yea, amin

Adinda Baizura Mazlan said...

Semoga MIL cepat sembuh seperti sediakala

anamizu said...

allahuakbar moga MIL cepat sembuh aminnnnnnnn

zila norazila said...

Allahu moga cepat sembuh ya,moga mil sihat sperti biasa ameen.