Pembedahan Bisul di Columbia Asia

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ketika aku balik kampung di Terengganu. suami update dia ada timbul bisul semula di tempat sama.
Tahun 2021 ni dah 2kali bisul timbul di lokasi yang sama (di punggung).

Tak pernah kena sebelum ni.
Masa kali pertama kena, suami just g klinik biasa.
Doktor picit keluarkan nanah. Pastu next appointment suami tak pergi sebab bisul dah kecut sendiri dengan makan ubat. Mungkin akarnya masih ada, so bisul muncul semula.

Kali ke-2 bisul ni suami dah tak tahan nak g klinik biasa.
So, suami proceed g Hospital Columbia.
Terus doktor proceed suruh operate.

Suami setuju dengan harapan bisul takde timbul lagi.
Takut bukan kepalang ye...

Ketika dia masuk wad, aku di Terengganu. Oleh kerana PKP ni tak boleh teman kat wad/melawat, so suami suruh aku habiskan je cuti kat kampung dan pulang ikut tarikh tiket flight yang dah ditempah.


RABU, 27 OCT 2021
Suami g hospital 9.00 am. Operate start pukul 3.00pm.
Tukar pakaian OT, masuk ubat bius kat tangan (tidurkan) sebelum cucuk tulang belakang.
Sedar selepas operate sekitar 6.00pm
Luka sepanjang 2cm (luka tak dijahit)
Sakit sedikit kat tempat luka lepas sedar 6.00pm tu. Pastu tido - tido semula macam tu.
Sedar sepenuhnya 10malam. Tempat luka terasa sakit (start makan ubat tahan sakit)
Ditempatkan di wad 4 orang sebelum pindah masuk wad 2 orang.

KHAMIS, 28 OCT 2021
Cuci. Sakit sangat. Tanpa bius.

JUMAAT 29 OCT 2021
Cuci. Kurang sakit berbanding semalam. Di cucuk ubat untuk kurangkan sakit, tapi terasa sakit cuma kurang.

SABTU 30 OCT 2021
9.00 am - Pakai baju bedah untuk masuk bilik bedah semula untuk proses jahit luka. (jahitan akan kena buka semula). 
Masukkan ubat kat tangan, pengsankan then cucuk belakang. Tengah jahit tu, suami terjaga. Suami dijahit ketika sedar cuma tak rasa sakit la sebab kena bius separuh badan kan.
3.00 pm - baru ubat kebas hilang.
8.00 pm - Suami boleh discharge.
Aku balik dari Tganu naik flight pukul 6.00ptg. Sampai kul 7 mlm, abang aku jemput aku dan bawak aku ke hospital. Aku amik kereta dan drive suami balik rumah.

AHAD 31 OCT 2021
Berehat aje kat rumah. Berpantang tak makan telur dan seafood saja. Banyakkan sayur dan elak makan daging.

ISNIN 1 NOV 2021
Follow up dengan doktor. Doktor check luka.

SELASA - AHAD 7 NOV 2021
Berehat kat rumah

ISNIN 8 NOV 2021
Buka jahitan. Buka jahitan takde bius. tarik benang macam tu ada. Suami aku kata ngilu dan sakit sikit je. Tak sakit sangat pun. Dapat sambung MC seminggu lagi.

Kos : Sekitar RM14 ribu insurance cover.
Mujurla ada insurance. Berguna ketika perlu.
Sekitar RM500 kena tanggung sendiri (covid test & suppliment fiber). 
Semoga cepat sihat cik suami.






Kami ke Columbia Klang (Bukit Raja/next to Setia Alam)


Covid Test RM290 insurance tak tanggung

Kaunter pendaftaran wad & klinik harian.

Duduk wad 4 orang sebilik sebelum dipindahkan ke wad 2 orang sebilik


Katil pesakit

Antara menu breakfast

Menu makan




Semoga cepat sihat



Ok. Bye
XoXO

5 comments:

mummy_ayu said...

semoga cepat sembuh yer

ezy.fia said...

semoga baik2 je utk mat awk tu.. hehe

norhidana said...

baca pn seriau... gitu je pun udah 14k ye mujur insuran cover idok la terasa sangat kan...
semoga cepat sihat dan tak kuar bisul lagi...

dik, sususan betul dah tu tapi bulan salah tuh, patut november kan tapi oktober jugak hehehe

notie said...

Bab-bab kena operate ni emm seriau. Mudahan sembuh semula

Ujie Othman said...

Baca pun terasa seriau. Semoga cepat sembuh suami Hani