nuffnang

JANA DUIT

Ride to Genting Highland & shopping kasut dan phone baru

Assalamualaikum... Hai Semua...


Last 2 week suami dan kawan dia bertukar moto.
Ko pakai moto aku.
Aku pakai moto ko.
Kawan suami syorkan kami try ride bawak moto dia.
So, kami proceed ride g Genting Highland aje berdua.
Klang - Genting Highland

10am gerak dari rumah.
Bawak moto santai2 aje. Memang aku pesan siap2 jangan bawak laju2 walaupun moto besar. 
Tak power laĆ  kan.. Moto besar bawak slow.. 

11.00 am singgah makan kat Sri Gombak. Kedai makan yang banyak jenis lauk. Rambang mata nak pilih.
Lepas makan, naik ke Genting. Rupanya dorang tak beroperasi lagi.
Indoor and outdoor theme park semua tutup.
Outdoor kalau ada yang bukak pun, hanya untuk staff trial session.
Staff main sebagai praktis guna sebelum buka kat umum.










Lepas tu turun singgah GPO (Genting Premium Outlet).
Konon nak cari kasut suami sebab sebelum ni g outlet Clarks kat One Utama dan Setia Alam, takde size suami. Eh. eh sampai Clarks GPO ni, kasut suami takde yang berkenang.
Kalau ada yang berkenang dihati, size plak takde.
Rupanya isteri tershopping kasut untuk kerja.
Singgah tak singgah saja. Ada la habuan kasut sepasang. Aku suka giler masuk Clarks kat sini sebab banyak kasut perempuan.

Jauh2 pegi makan kat burger king aje.
Tempat lain kat GPO beratur ramai orang tunggu meja.






Lepas diskaun RM199.
Beberapa tahun baru beli sekali kasut kerja.
2pasang kasut sandal aku yang lama aku buang sebab buruk/koyak2.
Aku bukan jenis selalu kerap beli sandal. Dah 2tahun kot aku tak shopping sandal.
Jenis aku, beli kasut baru, kasut lama kena buang/kasi orang.
Sebab nak muatkan space simpan dalam rak kasut.

Otw balik Klang, singgah Starling Mall.
Cari phone baru
Cari phone yang RM2ribu saja.
Kalau ikut napsuuuuuu kuda ni memang nak beli Samsung Flip atau Samsung Z fold.
Tapi harga cecah RM5-7K, memang batalkan aje niat.

Kenapa beli phone baru?
Sebab Note4 aku yang dah 6tahun pakai ni dah macam tak support 3G.
Call takde dengar suara orang. Kadang2 phone takde line. orang call tak dapat.
Storage kecik dah tak muat, kena buang byk dokumen/gambar2 dlm wassap.
Lebih2 lagi kalau kena delete dokumen/photo urusan kerja, sangat susah nak refer.
Lama suami suruh beli. makanya kali ni beli la.




HONOR 50.
So pakai la sampai 10tahun plak. Takde nya nak tukar2 selalu. Sebab tu pakai duit, bukan pakai ailiorrrr.

Penat rupanya ride naik moto walaupun bukan jauh sangat.
Memang bukan bakat aku nak duk bertenggek belakang suami g ride2 pusing Malaysia ni.
Walaupun dulu angan macam2, bila dah g ride ke Genting pun dah sakit2 tubuh.
Dan harap cepat sampai rumah sebab dah penat duk atas moto. hahaha



Ok.Bye
Xoxo

5 comments:

Syu Deris said...

Syu pun pakai Honor jugak. Cadang nak tukar lain. Tunggulah ada fulus sikit.Hu3

notie said...

wah honor50...yang latest kan. Ahkak pun selagi boleh pakai balun je kalau dah banyak problem hah baru cari baru.

ezy.fia said...

wah melayang byk ribu ni..
tp berbaloi sbb aku tau sgt mu kalo beli brng mahal mmg bertahun2 gne..
hihi..

best gop ride g genting..

Mama Zharfan said...

oo lom bukak yer theme park kat GH tu...cancel lah nak pergi situ hehehe

mama tisya said...

kedai mkn kt sri gombak yg byk lauk tu mmg rambang mata..lama tk pi GPO..syokla ride tu tp sure lg syok naik kete kan hehe...menarik hp baru tu