nuffnang

JANA DUIT

Abang dan mak sembuh dari covid.

Assalamualaikum... Hai Semua...


11.11.2021 Khamis

Dua hari sebelum tu, sorang kawan abang aku datang ke kedai abang aku. Lepas datang tu, baru tahu kawan dia tu disahkan positif covid lepas tu isteri dia meninggal akibat covid tu. So, apa lagi lepas tahu kes tu terus la kami buat test sebab time tu Mak dan abang aku start demam & sakit tekak. 

Makanya malam tu semua dalam rumah buat covid test (guna yang cucuk hidung).
Ada 4 orang kat kampung masa tu. (nasib baik masa tu takde anak lain yang balik kampung)
Hasilnya Mak dan abang POSITIF.
Double Line abang aku terang.
Double Line mak aku samar-samar (positif dahni)
Adik perempuan dan ayoh NEGETIF.

Masa tahu keputusan abang POSITIF, memang semua mengucap Allah.. Allah.. sebab takut dan risau pikirkan golongan berisiko ayoh dan mak. (Dalam group wasap family, masing2 dah risau)



Keputusan abang POSITIF

Adik dan ayoh NEGETIF

Keputusan mak (tengah2) blur2 double link (tapi dikira POSITIF) 


Mak dan abang kuarantin dalam bilik masing2. Sorang kat bilik bawah, sorang kat bilik belakang di atas rumah.
Mujur bilik air kami ada 3 dalam rumah. 
So, guna bilik air berasingan.
Adik perempuan duduk bilik dia. dan ayoh aku memang terbaring kat ruang tamu dah depan TV.
Semua pakai mask masing2 sebab risau udara. Adik urus masak dan order barang dari kawan2.
Mujur ada kawan2 yang datang hantar barang nak beli itu ini.

Semua ahli keluarga dah risau. Memang group whatssap memanjang je berbunyi2. Register keputusan positif ni dalam mysejahtera, kemudian esok g Klinik Kesihatan.



12.11.2021
Buat swab test RTK di klinik kesihatan yang handle kes covid di negeri masing2. Memang semua persiapan memang kami siapkan dulu. Swab Test kit, oximeter memang dah kami dah standby siap2 kat rumah sebelum ni. Cuma kirim ubat (tambahan) kat kawan adik mari hantar kat rumah. Setiap 2 hari adik perempuan dan ayoh yang negetif tu amik test sebab nak pastikan keputusan sentiasa negetif.



Menunggu giliran swab test di Klinik Kesihatan

Ubatan tambahan yang beli untuk pesakit covid

Bacaan oksigen di ambil setiap hari.


14.11.2021
Klinik call nak bawak Mak dan abang ke Pusat kuarantin Gong Badak. Keputusan SWAB Positif.

Klinik : Hello.. Ini Puan XXXXXX ke?
Mak : Ye saya..
Klinik : Mokcik tahu dok, mokcik positif ni.. Kekgi orang mari amik g pusat kuarantin. Mokcik siap2 la ye.. Jangan risau.. InsyaAllah semua ok. (lembut dan cuma nak kendurkan keadaan nak bagitahu berita keputusan positif ni)
Mak : Mokcik tahu dohhh... Dakpe la.. boleh je mari amik mokcik dumoh ni..


Kelengkapan mak untuk ke pusat

Katil mak

Keadaan selesa kat sana.

Ambulans tunggu tepi jalan. So, mak dan abang jalan kaki sedikit keluar ke jalan besar. Sebelum pergi, mak video call dengan ayah mintak maaf semua. Sayu dan sedih bila ayoh aku nangis esak2. Umur lebih 70tahun memang 100% harap kat bini.. Berjauhan gini memang sedih hor.. Yang ke hospital/pusat.. Pergi bernyawa, balik belum tentu bernyawa. Aku rasa kalau anak2 risau 100%, ayoh aku risau 300% sebab bini segalanya bagi dia (biar pun sokmo gaduh2 laki bini.hehe). Sebab ayoh aku sakit lelah sekarang, memang 100% bergantung kat jagaan bini. apa2 nak bini..apa2 nk bini.. Adik aku sendu gila kat rumah tu tengok situasi tu.

Alhamdulillah. selesa kat Pusat Kuarantin.
JKKK ada hantar bantuan.
Kawan adik aku pun ada hantar bantuan.
Kawan dia tolong beli lauk setiap hari sejak mak masuk pusat kuarantin, adik aku tak masak sbb berdua je makan. Tak padan nak masak sebab masing2 makan sedikit aje.

Bantuan JKK

Video Call dengan cucu

Kerap video call tanya khabor semua.

Alhamdulillah, demam tak teruk Sekejap aje abang dan mak demam, takde deria rasa.. Lepas tu sembuh.. Keadaan ok. Terkawal. oksigen pun ok. . 

17.11.2021

Adik lelaki aku datang buat sanitise seluruh rumah kami. Memang dia ada amik part time sanitise rumah orang. So,dia datang sanitise umah kami. Tq semua adik beradik yang amik part.




22.11.2021

2 petang mak dan abang boleh keluar. Okisgen dalam badan sekitar 98-99. kencing manis dan darah tinggi mak terkawal. Kata abang, ramai lelaki terkandas kat bacaan darah tinggi yang tak ok, so takleh keluar. Doktor suruh rehat dulu.

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Semua selamat.



Tunggu orang datang pick up

Jumpa dan banyak ceritanya


Takut. Rupanya kena kat family.
Kalau ikutkan tarikh tu sepatutnya aku balik ke Tganu, tapi Allah plankan aku balik awal sebab tumpang kakak ipar. 

Semoga terpelihara kita semua dari virus covid 19 ni..

Psst : Walaupun bebas covid dah, tapi kesihatan mereka takla serupa sebelum ni. Skrg mudah mengah2, sengal2, tubuh lesu. Take time jugak 3bulan untuk post covid kan.

Ok. Bye
XoXO

4 comments:

Tinta Farah D said...

blogwalking..
saya doakan semoga ahli keluarga sis sihat sejahtera hendaknya, dan dipermudahkan segala urusan.. semoga cepat sembuh buat semua ..

Ammi said...

syukur Alhamdulillah dah disahkan bebas covid..

semoga kita semua terhindar dari wabak ni..risaukan

notie said...

Alhamdulillah semuga sembuh hendaknya yang positif. Long covid ni kena jaga juga. Apa pun semuga dijauhkan dari di jangkiti covid ni. Seriau kan bila kata positif. Apa pun semua ni ujian Allah.

ezy.fia said...

alhamdulillah.. semoga sihat2 sokmo la blake..
mak sedare aku sblh umh ni pon kena covid..
semoga baik2 je sume..

semoga kita sentiasa dilindungi Allah SWT..