Selepas 11tahun.akhirnya suzuki swift bertukar wajah

Assalamualaikum... Hai Semua...


Alhamdulillah.. Selepas lebih 10tahun,akhirnya Suzuki Swift aku berubah wajah. 

Lama peram duit.. 
Akhirnya dapat jugak cantekkan kereta "cari rezeki" aku ni.. 

Cun bila mak mentua ke rumah adik beradik lain 1-2bulan ni, so suami aku terus lincah bergaya g bengkel cat kereta. Masa mak mentua ada, kami perlu kereta untuk ke klinik dressing luka kencing manis selang 2hari sekali, ke klinik kalau mak tak sihat ataupun nak kena bawak g berurut.. Maklumlah kereta cuma seketul. So, memang kereta kena ada kat rumah aje, xboleh hantar ke bengkel.

Asalnya kami nak warna PUTIH SOLID. 
Kemudian sekelip mata dan last minit bincang ala kadar dengan suami, jadi warna MAROON KECOKLATAN PEARL

Kereta kami sebelum ni warna WHITE PEARL.   So rasa kalau tukar ke warna SOLID WHITE, macam takde beza aje. 
Makanya suami google aje warna dia berkenang, tunjuk kat aku dan aku ON kan aje. 
Semua bincang ikut whatssap aje antara aku dan untuk confirmation warna sebab suami aje yang ke bengkel bincang dengan org bengkel. 

Tunjuk sampel photo warna yang kami nak. Dan ON. 

Hampir 3minggu kereta kat bengkel.
Lama kan?? 
Sebab kedai ni banyak kereta. 
Kami ke sana sebab kawan suami recommend kedai ni sebab dia selalu cat kereta sewa dia kat sini.

SABTU 8 OGOS 2022.
Suami g amik kereta. Aku kat rumah ni eksaited sebab menunggu2 dia balik. Lepas amik kereta dia terus g pasang beberapa aksesories penting lain. Bertambah lama la aku menunggu. Hehehe...
Alhamdulillah....


Antara penambahbaikkan yang aku buat :
1. Tukar bumper depan. (halfcut)
2. Tukar skirting lain.  (halfcut)
3. Tukar spoiler original.  (halfcut)
4. Tukar awning tingkap. (baru)
5. Kemaskan getah pintu. (kedai buatkan)
6. Pasang kamera belakang dan depan.  (baru)
7. Tukar skrin radio sebab dan pasang kamera.  (baru)
8. Tukar seat lain.   (halfcut)
9. Tukar side dalam body pintu.  (halfcut)
10. Tukar bonet depan.  Dulu fiber tapi kena pakai klip sebab ada gap.  So tukar bonet lain.  (halfcut)
11. Pasang emblen suzuki swift dan huruf S yang dulu luruh dan hilang satu2.  (shoppee)



Tunjuk je photo google warna apa yang kami nak pada pekerja bengkel tu


Keadaan asal.


Bumper depan kami beli kat halfcut, kami pasang sendiri sebelum raya 


Bumper lama pecah kena langgar dengan budak India perumahan rumah ni.
Tapi kami tak mintak duit dan tak repot polis sebab pikirkan takpe kereta kami pun bukannya cantek sangat masa tu. Memang dah sopek sana sini kena calar, langgar itu ini.
Banyak kena tercium kereta orang, langgar tiang... Hahaha
Cuma nak mudahkan urusan budak tu aje. Dia nak cari duit untuk repair kereta dia yang lagi banyak kemek dari kami.
(Dia undur dan tak perasan kami ada kat belakang,btw kaki aku menggeletar masa tu..huhuhu)
Kalau ikutkan, kami lagi suka bumper design ni.. Tapi xde modal dah nk beli bumper design ni. So amik je bumper mana yang murah



Kereta lepas tukar semua barang halfcut yang kami beli macam bonet & bumper sebelum di cat

Sebelum di cat selepas ditampal semua surface yang tak rata

Cat base dulu

In the process
(Ni gambar real)


Hasilnya
(Tapi ni nampak cerah lighting)
Sebenarnya warna sebenar lebih kepada warna gambar di atas




Pasang spoiler

Pasang awning tingkap


Install kamera belakang depan





Aku cari duit jugak pasang kamera sebab takut apa2 jadi kita ada bukti rekod video.
Sebab sebelum ni aku ada tengok video kat kilang area rumah aku ada orang yang sengaja langgar kereta yang lalu depan kilang konon2 kereta tu yang langgar dia. Padahal dia yang sengaja lalu sambil letak diri dia dilanggar kereta yang tak laju. Dan nak claim gantirugi. Aku siap scroll komen2 memang ada yang pernah kena kat situ . Dan ada sorang lelaki cina kena tapi dia kantoikan orang tu tunjuk video yang rekod di kamera dia. So dia selamat dan buat repot polis.


Seat lama yang dah kotor.
Dan radio lama.

Screen radio & kamera yang baru.


Seat depan  baru


Seat belakang baru.


Berbaloi tunggu 10 tahun pun. 
Sebab settlekan pinjaman kereta sampai habis.
Pastu kekangan jaga mentua sakit tak boleh kalau g cat kereta sebab kereta nak guna setiap hari untuk mentua.
Akhirnya siap jugak cat kereta. Ni hujung bulan 8 nanti kami pergi jemput mak mentua semula untuk kami jaga kembali. Banyak jasa kereta ni. Bersempit2 dengan kerusi roda 2bijik bila arwah bapak mentua pun dah start tak boleh berjalan masa tu, mak mentua plak luka kencing manis di kaki, dengan tongkat la, bakul air & ubat setiap kali g check up. Dengan terkencingnya kat seat sebab taknak pampers. Kereta ni jugak pak guard siap kenal dan bantu cari parking bila setiap hari pagi2 g dressing kaki di Klinik Kesihatan. Hahaha.. Sebab tu, orang suruh jual, aku sayang!


TOTAL COST
Cat RM2700. 
Beli2 barang2 half cut sekitar 1.5K.
Kamera dan skrin radio serta awning tingkap dan tambah elok getah pintu kos RM2000. 

So, no more mekap2 kereta lepas ni. 
Ini aje la. 
Walaupun kereta dah lama, tapi kereta jarang meragam entah apa2.
Setakat bateri kong kena tukar setahun sekali, tukar tali brek sekali sekala. So kami ok lagi dengan kereta ni. Takde masalah enjin walaupun milage agak tinggi & ekon masih sejuk.


OK. Bye.
XoXO

4 comments:

Warisan Petani said...

Nampak macam baru semula

Biarlah rahsia said...

wah bagusnya sikap seperti ini...byk berjasa dgn org tua pasti rezeki pun murah ...

Mama Zharfan said...

cantik!!

ezy.fia said...

fuyoooo dh cantik la wan nor kamariah mu ni!
byk berjasa selama 10tahun lebih.. mmg ptt mekap dia cantik2.. hehe