Majlis persandingan anak saudara suami

Assalamualaikum... Hai Semua...

Minggu ni attend kenduri anak saudara suami kawen.
Jumaat 7.10.2022 tu nikah di masjid area PJ.
Sabtu esoknya, dorang sanding di dewan kat Puncak Alam.

Pagi Sabtu , Suami bawak mak ke klinik untuk dressing kaki. Sementara aku dan Kak Silah (sepupu suami) kat rumah buat aktiviti pindahkan pokok yang amik semalam ke pasu. Pukul 12 tengahari bersiap dan pergi ke kenduri. Biras dah cakap tema 'Putih'. So, kami pakai baju putih. 

Mak mentua seronok sebab ramai jumpa sedara nya. Lama tak jumpa kan lebih2 lagi lepas PKP. Ramai yang dah takde.
Aku ape lagi. Lepas makan, makan, lepas makan, makan lagi sambil menunggu dorang sembang. 
Pukul 3petang gerak ke Sentul, hantar Kak Silah ke rumah anaknya.



Rutin setiap minggu. Ke klinik cuci kaki luka kencing manis mak mentua


Bersiap ke kenduri


Keluarga kakak ipar  & ibu bapa pengantin (abang ipar & biras)


Bergambar dengan pengantin perempuan
Kak Ita, Kak Silah, Kak Ros & Paman Jamil


Bergambar sebelum pulang



Paman Jamil (bongsu) & Paman Jamingan
Adik beradik mak mentua


Dengan adik buah & sepupu suami (Abang Ehsan suami isteri & Kak Tijah)
Sepupu suami (sebelah bapak mentua)



Anak buah suami & biras (keluarga suami)



Keluarga abang ipar


Pengantin & sepupu perempuan


Kami suami isteri tak ketinggalan bergambar dengan pengantin
Kalau susun macam ni memang jadi tangga la ..hahaha


Bersama sepupu Iwan & isteri serta Kak Silah



Sebelum balik, antara yang menghantar mak mentua ke kereta.
Shima (pangkat anak sepupu suami), Kak Ita & Kak Ros (sepupu suami) & Paman Jamingan (bapak saudara paling bongsu)



Thank You Kak Silah sudi teman mak seminggu spend masa dengan mak mentua ai. Masak kat rumah, dengar mak berceloteh, bagi nasihat..Semua la.. 

Psst : Selamat Pengantin baru Angah & pasangan.
Semoga rumah tangga berbahagia hingga ke syurga. 


Ok. Bye
XoXO

3 comments:

Khamsi Abdullah said...

cantik dan meriah ye

ezy.fia said...

meriah majlis kawen.. seronok g kenduri.. hihi

norhidana said...

Seronoknya majlis pengantin gini dapat jumpa sedara mara dah macam sambutan raya. Seronok macam-macam cerita dikongsi, seronokla mak mentua hani ya. Selamat pengantin baru buat pasangan pengantin nya.