Kampung Baru KL & Dinner company suami

Assalamualaikum... Hai Semua...

Last week Suami ada pergi outstation ke Penang & Perak beberapa hari masa weekdays. 
Jumaat pulak ada dinner di Convention Center area KLCC..
Dia tak sempat nak shopping betul-betul untuk tema dinner..
Masa outstation suami aku sempat la di beli topi ala2 70an gitu kat bundle..
Pastu membernya belikan tali getah gantung kat bahu tu (suspenders adjustable elastic belt) di Sunway Shopping Mall, KL.
Suami aku nak beli vest tapi takde saiz. Hehehek.. Kesian kan...

Last minit dia bagitahu aku yang dia dan kawan dia (IS) ada book apartment di Kampung Baru.. 
Masa tu dia kat Penang.. Dan mintak aku kemas barang2 aku dan ikut dia stay kat apartment tu masa dorang dinner. Kebetulan MIL takde kat rumah kan sebab duduk dengan kakak ipar, ape lagiiii terus cergas la aku kemas barang nak merasa ala2 bercuti sekejap di KL.

JUMAAT 13 JANUARY 2023
Jumaat tu suami dan kawan2 dia balik dari outstation dan singgah opis aku. Suami tunggu aku balik kerja pukul 4.30 petang pastu kami berdua gerak ke Kampung Baru.
IS dan wife dia Sue gerak asing dari rumah dia ke Kampung Baru.
Kami berempat berjumpa dan singgah makan di Kedai Makan Kak Som di Kampung Baru sebelum check in. Sana jual nasi dagang, nasi kerabu, nasi berlauk & makanan siam macam mee celup, lockching, etc.


Kedai Kak Som Kampung Baru
Sources From Google


Sources From Google


Aku makan mee celup aje sebab masa lunch dah makan nasi.

Pukul 7.00 malam, Suami & Is pergi dinner.
Dorang ikut jugak la tema dinner sipi-sipi pun. Hik2



Bergambar dengan Encik Suami sebelum dia ke majlis dinner


So, sementara mereka dinner, kami geng isteri berbual2 depan TV tunggu dorang.
Pukul 12 malam dorang balik eh diajak plak kami keluar takut2 kami lapar.
Ke HR Steak House je. Malas nak gi jauh dari Apartment.
Kami order Lamb & Mussel.
Balik 1.30 malam. Aku terus tido. Is dengan Wife dia melepak lagi tengok TV.
Aku ni siap bising kat suami sebab lambat tutup lampu, aku mengantuk sangat dah time tu.. Hahaha


Sources From Google


SABTU 14 JANUARY 2023

Bangun pagi.. Selamat Pagi KL.. Selamat Pagi Kampung Baru..
Kononya malas nak breakfast. Nak keluar untuk check out terus je nanti.
Tapi suami nak keluar tapau.
End up, kami 4 orang semua keluar pagi tu...
Dalam kereta cari kedai2 best nk makan, hujung-hujungnya kami plan nak brunch terus. Takde nak breakfast dulu.
Oleh kerana kedai kami nak pergi bukak pukul 10 pagi, makanya kami jalan2 ke Tugu Negara dulu.


Tak makan breakfast lagi, tapi dah makan eskrim dulu
Pastu mengadu sakit perut


Atas kat ceiling ada macam lencana2 pejuang 
Aku tak perasan kalau dorang tak bagitahu suruh dongak ke atas tengok benda ni




Budak first time ke Tugu Negara


Ni kali pertama kami spent masa macam ni. Sebelum ni pernah lepak makan aje 


Aku pernah ke Tugu Negara tahun 2011 dulu... Dengan geng opis lama. Rindu depa tu !
Suami plak ni kali pertama ke sini, walaupun memang hari2 ke KL. Hehehek.
Bergambar la se pam dua..

Balik terus kebulur singgah makan di Nasi Padang Kampung Baru.
Sedappppp..

Ai is suka..
Suka..
Jadi rezeki datang masa kedai baru buka.
Lauk2 baru masak

Banyak lauk.
Sedap semuanya. Semestinya sambal mereka sedap bagi aku. Pedas tapi tak terlalu pedas.


Lepas makan, balik apartment.
Konon nak g mandi swimming pool.
Tapi aku memilih untuk berdengkur di bilik.


11.45 pagi kelam kabut bangun siapkan diri untuk pulang dan check out..

Selingan photo :
Suami dan kawan2 di majlis dinner

Katanya Atilia menyanyi malam tu


View Apartment yang kami sewa hari  tu

View dari bilik kami

View Siang


View Siang

Lupa nak amik gambar apartment yang kami sewa di Legasi Kampung Baru ni.
2bilik berekon.
1bilik maid tepi dapur xde ekon (single)
Ruang tamu yang luas.
Kalau berkumpul ramai2 muat aje ni. Tido lambak depan TV.
Tapi parking lot cuma 2 kereta aje.
Kalau banyak, kereta lain kena letak tepi2 jalan.

Merasa la tidur semalaman di Kampung Baru, KL.
Berehat sebelum menyambung tugas hakiki menjaga MIL.
Esoknya kami balik Perak ambik MIL.

Jumpa lagi Is & Sue..
Harap next time boleh melepak & bercuti lagi.
(Tapi tu la.. kawan2 kami ni ada banyak aje rancangan nak ke sana, ke sini, tapi semua takut kami xdapat join sebab kami jarang bermalam kat luar kecuali time aku balik kampung di Tganu, Kalau setakat gi rumah adik beradik aku pun, aku sorang aje yg bermalam, suami akan balik teman MIL di rumah melainkan kalau MIL ke rumah anak2 lain (jarang2 sekali)


Ok. Bye
XoXo

5 comments:

Suria Amanda said...

bestnya lepak2 macam ni...x sabar nak kawen bulan 9 nanti..bleh lepak2 ngan husband mcm ni...ngan kawan2 ke..kan?

Mama Zharfan said...

best tuuu ;)

norhidana said...

cantiknya pemandangan dari rumah korang tu, pemandangan malam lagi cantik dari siang hari. Hani yang makin merendah ke suami yg makin tinggi? nampak kekatekan Hani masa gambar sebelum suami pi dinner ehehehe... tapi cute je. Seronok makan di kedai nsi padang ni macam-macam lauk ada kan, dah lama duduk kl tak pernah akak sampai tugu negara hehehe teruk betul.

Afzan said...

sekali sekala acah tourist seronok juga kan...tak perlu jalan jauh

mummy_ayu said...

nice view dr apartment tu....
seronok jenjalan tu.
MA pun x pernah pergi tugu negara .. he he...kena gi jugak tu